Design nak print kat baju saaaangat penting untuk kitaorang bagi harga baju……
Hai & Salam mohcetakbaju.com semua,
Kabare semua? Harap2 semuanya waras….Alhamdulillah lepas seminggu balik dari umrah ni, baru le rasa neutral balik. Kalau tak sebelum ni, rasa letih sangat. Rasa nak tidor je. Skarang ni dah lega balik dah. Dah balik buat rutin harian balik dah.
Ok….hari ni nak kongsi ngan korang, sebab apa design nak print atas baju saaaaaangat penting untuk penetapan harga selai baju.
Bukannya apa…ramai antara kawan2 yang nak order baju & dah isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” dah tapi design nak print tak emel. So, kalau camtu, saya tak boleh bagi harga tepat selagi tak dapat design nak print tu. Saya hanya boleh bagi harga baju kosong je lah.
Satu lagi, kalau explain design dalam bentuk ayat. Saya terus terang mengaku yang saya “fail” atau memang tak pandai sangat kalau nak bayangkan design kalau explain dalam bentuk ayat. Saya takut bila print design lain & customer nak design lain.
Jadi, paling mudah….emelkan je design yang nak print tu kat saya & senang saya bagi harga terus nanti.
Kalau korang rasa tak reti nak buat design2 tu, saya ada beberapa option kat korang :
1. Buat design sendiri…..sekarang ni dah ada tempat untuk buat design sendiri tu. Samada korang lukis tangan, scan & emel kat saya atau buat design kat page “Buat Design Sendiri” kat blog saya. Kat situ korang boleh godek2 sendiri design apa yang korang nak. Lagi puashati kalau camtu.
2. Takpun, korang survey gambar2 dalam Internet atau gi kat Google Image, cari design kat situ & emel kat saya.
3. Ataupun, korang survey kat blog saya & cari design yang korang rasa berkenan, pastu emel kat saya.
Senang tak camtu….Kalau nak mintak saya buatkan, mintak maaf banyak2 sebab selain daripada tak cukup masa, kalau korang buatkan sendiri lagi puashati. Saya pernah tolong buatkan design tu kat orang. Tapi asyik duk ding-dong-ding-dong. Pegi balik pegi balik, tak puashati ngan design saya buat tu…last2 saya suruh je diaorang buat sendiri. Lagi puashati.
So, kesimpulannya…..kalau korang nak tahu harga lepas emelkan maklumat tempahan baju, design nak print mesti emelkan jugak. Lainlah kalau korang nak baju kosong. Tak yah le nak emelkan design lagi, tul tak?
Ok….harap2 korang dapat le bagi kerjasama pasal masalah diatas ni ye.
Cam biasa…kalau tak kongsi ngan korang pasal tempahan baju, memang tak sah. Apa cerita pasal baju hari ni???!!!
Baju ni sempoi je. 1 kaler hitam je print. Design ni saya tolong buatkan. Nasib baik customer ni pun sempoi. Ikut je design yang kitaorang buat tu. Banyak gak hari tu baju ni kami buat. Alhamdulillah, tak sampai 1 hari dah siap dah baju ni kami kerjakan…hehehehe.
Selain daripada tu, banyak gak tshirt kelas yang kami terima. Macam2 stail ada. Antaranya seperti gambar kat bawah ni….
Yang ini pun simple gak. 1 kaler print je. Tapi kalau baju jersi camni, time nak print bahagian belakang yang nama ngan nombor tu ambik masa lama skit sebab kena hati2 takut tersilap. Baju kain jersi Oren Sport.
Kalau print hitam memang cepat sebab tak perlu tindih kaler. Kalau kaler lain kang, kena lak tindih putih dulu. Kalau print hitam sekali lalu je.
Selain daripada baju kelas, baju rewang atau baju kawin, banyak gak saya terima. Cam baju kat bawah ni…..
Baju bahagian depan.
Baju bahagian belakang.
Design semuanya dapat dari customer. Saya cuma touch up balik nak bagi sharp lagi je. Saya biasanya guna Adobe Illustrator. Kebiasaannya baju rewang, diaorang pilih baju yang paling murah & 1 kaler print je sebab diaorang nak jimatkan kos. Ada yang order banyak2 & ada yang order sikit. So, mana yang order banyak tu, harga murah skit le daripada order sikit sebab kos printing ikut blok printing & kuantiti tempahan.
Selain daripada tu….
Yang ini pun baju kelas gak. Guna baju kaler magenta brand Oren Sport. Design yang ini, diaorang buat dalam Customink.com. Cuma bila diaorang buat Customink.com, saya tetap kena touch up balik untuk diprint atas baju. Cuma dengan Customink ni, memudahkan skit le customer2 saya yang buntu tentang camane nak buat design tu, ye tak.
So, saya rasa takat ni dulu cerita pasal tempahan baju ni.
Ingat ye….kalau nak tahu harga baju, bagi detail tu lengkap skit ye. Siap ngan kod baju, jenis baju, kuantiti tempahan & design nak print sekali. Kalau tak, memang saya tak boleh nak bagi harga betul.
Kalau korang nak order baju tu, korang pilih je nak guna emel, call, sms atau isi je form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya. Dah dapat semua maklumat tu..baru saya boleh bagi harga ye.
Ok….sampai jumpa lagi ye…..baaiiiiii……
Posted on 16/04/2013, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Baju Kerja Kawin @ Rewang and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju murah, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt murah, t shirt rewang, tshirt cetak, tshirt group, tshirt murah, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0