Kami kembali selepas selamat menjalankan Umrah…..
Hai & Salam Cetak Baju pada semua pelawat setia mohcetakbaju.com,
Allahuakbar 3X & Alhamdulillah yang tidak terkira kepada Allah Yang Maha Hebat.
Syukur (jutaan kali) kerana Allah telah memberi peluang yang besar kepada kami sekeluarga untuk menjalankan ibadat umrah dari 23/03/2013 hinggalah 05/04/2013 yang lalu.
Macam2 dugaan & pengalaman kitaorang dapat masa pergi ke sana. Rasa seperti nak luruh jantung bila lihat Kaabah buat kali pertama. Kat situ jugak saya pohon moga2 bisnes cetak baju saya semakin diberkati, diredhai & dirahmati olehNya. Pastu, mintak jugak semoga dapat rezeki yang melimpah ruah dariNya.
Kat sini saya nak kongsi ngan korang semua, gambar2 kitaorang yang sempat diambil sepanjang umrah tersebut.
Ini le antara gambar2 kitaorang time umrah hari tu. Hari tu kitaorang pegi 8 orang. Saya ngan Kak Salina, anak 3 orang, mertua saya sepasang & mak sedara sorang.
Pegi kat Madinah ok lagi sebab cuaca dia sejuk skit tapi kat Mekah sedikit panas & jarak hotel ke Masjidil Haram hampir 1 km jugak. pastu hotel sejuk aircond, masjid sejuk gak aircond & dalam perjalanan tu panas…so, ramai yang batuk & demam. Kitaorang pun camtu gak….masa tengah taip artikel ni pun masih batuk2 lagi. In Sha Allah, 2,3 hari lagi baik le tu gamaknya.
Nak kongsi ngan korang skit pasal umrah ni…..kalau korang ada duit lebih kan, saya cadangkan gunalah ejen Umrah yang mahal skit supaya hotel tu dekat ngan masjid. Tak ada le kena menapak jauh. Pastu, kalau dapat, pegi le awal2 tahun sbb time tu cuaca tak panas sangat. Mana yang jenis tak tahan panas tu, boleh consider pendapat saya ni.
Tapi apa2 pun…..semua dugaan tu saya anggap ujian dari Allah untuk bagi pahala lebih besar pada kita.
Memang betul orang kata kalau bercakap kat Mekah ni kena jaga sebab ada rakan saya yang tak selera nak makan nasi….dia cakap tak lalu nak makan…sampai balik memang tak lalu nak makan nasi. Makan mi je sepanjang umrah tu.
So, saya rasa itu le sedikit sebanyak cerita pasal umrah yang saya boleh kongsikan ngan korang hari ni. Saya harap, satu hari nanti korang lak dapat jejakkan kaki ke sana nanti, In Sha Allah.
Ok………dah lama saya tak berkonsi cerita pasal printing baju. Kalau tak silap, dari awal bulan 3 lagi saya dah stop order sebab nak siapkan order yang masuk sebelum tu. Ini pun masih ada lagi order yang belum siap tapi nasib baik customer tak kisah bila siap.
Cer tengok gambar bawah ni…..
Yang ini simple je…1 kaler. Tak banyak kerenah. Design pun saya buat sendiri, tunjuk kat diaorang, diaorang setuju je. Tak banyak songeh le. Yang ini dalam 100 lai lebih ni kalau tak silap. 1 hari siap. Guna baju tshirt murah. Sonang yo….
Macam2 kaler baju diaorang buat. Memang fancy betul…design sama jer semua.
Selain daripada tu, baju kelas pun ada gak……..
Yang ini pun sempoi. Design diaorang buat dalam Customink.com. Saya tiru je. Yang ini pun mudah nak print sebab 1 kaler je. 1 hari dah siap.
Lagi….apa citer…..
Ini lak baju pengakap SK Kuala Atok, Raub, Pahang……1 kaler print depan & 1 kaler print belakang. Baju guna TShirt murah je. Walaupun murah tapi kualiti tetap cantik lagi.
Kuantiti dalam 40 lai.
 Ok….rasanya ini je cerita saya hari ni. Sebenarnya masih mamai2 ni. Tengah nak sesuaikan dengan cuaca kat sini rasanya. Batuk pun belum hilang sepenuhnya lagi.
Pada rakan2 yang wish selamat jalan hari tu, terima kasih banyak2 diucapkan.
In Sha Allah, selepas ini kami di mohcetakbaju.com akan lebih aktif dalam bisnes cetak baju untuk membantu rakan2 & adik2 kat luar sana untuk dapatkan tshirt untuk program korang nanti.
So, sape2 yang nak order…sekarang tempahan dibuka semula & sila isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” atau emel atau sms/call utk dapatkan maklumat lebih jelas.
Jangan guna ruangan Comments ye sebab susah nak jawab kat situ.
So….jumpa lagi korang….baiiiiiii…….
Posted on 07/04/2013, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju keluarga, baju murah, baju sukan, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, design baju, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt murah, tshirt cetak, tshirt group, tshirt keluarga, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0