Tolong jangan order kat komen, guna emel kalau nak dapat jawapan cepat……
Hai, hai, hai & Salam Cetak Baju kat semua pelawat2 mohcetakbaju.com,
Tima kasih le kat korang yang sudi melawat blog cetak baju saya yang tak seberapa ni tapi Alhamdulillah, telah menunaikan hasrat beribu2 orang sebelum ini semenjak kami online 2 tahun lepas.
Hari ni saya nak bercerita sikit pasal cara nak tempah baju ngan kitaorang. Sebelum2 ni banyak kali dah saya bgtau tapi mungkin ada yang terlepas pandang kot.
Nak mintak tolong jugak ni….kalau boleh, jangan buat pertanyaan penting kat bahagian KOMEN kat setiap artikel saya sebab susah nak jawab kat situ. Saya lebih suka jawab kat emel. Lagi mudah.
Kenapa???Korang takut emel tak berbalas ke?
Jangan takut…..seorang peniaga aktif secara online seperti saya, emel & telefon adalah 2 alat penting untuk berkomunikasi dengan pelanggan. Kalau tak ada dua2 alat ni….bisnes online tak akan ke mana sebenarnya.
Nak bukti tak yang soalan korang pasti akan terjawab…cuba tengok gambar kat bawah ni.
Nampak tak gambar kat atas ni? Kalau tak nampak, klik kat gambar untuk besarkan.
Cuba korang tengok kat bahagian atas dalam kotak & yang ada anak panah tu. Dalam inbox saya ada lebih kurang 1,700 emel yang belum di delete. Yang dah delete pun dah berapa ribu emel dah. Cuba tengok kat bahagian kiri lak. Hanya 14 emel je yang belum berjawab pada 20 Februari, 2013. Yang 14 emel tak berjawab ni, kebanyakannya komen kat blog saya yang agak susah nak berjawab sebab kena masuk admin WordPress, baru boleh jawab.
Pastu tengok lak, bilangan emel yang saya jawab. Yang dalam bulatan tu, 47 kali kitaorang berbalas emel sebelum dia bagi keputusan. Yang lain tu, semua lebih dari 1 kali…maknanya..semua emel korang pasti berjawab. In Sha Allah.
Tapi masalahnya…..walaupun saya jawab emel tu dah bersungguh2 dah tapi last2 sekali, ada yang senyap je. Saya tak tahu apa masalahnya. Mungkin sibuk ataupun dah dapat tempat lain kot.
Tapi kesimpulannya, emel korang pasti berjawab. Cuma lama dan cepat je bezanya.
Satu lagi….ada gak yang saya terlepas pandang atau terlupa nak jawab balik sebab emel dah banyak bertindih2. So, saya harap sangat kalau saya terlupa camtu, korang emel le balik bgtau yang korang perlukan jawapan.
Saya hanya manusia biasa tapi saya tetap berusaha untuk melayan semua pertanyaan korang.
Bisnes online ni mesti kena ada emel..kalau tak, tak ke mana bisnes kita.
Selain daripada emel, saya pun banyak dapat sms & call. Cer tengok bukti sms saya kat bawah ni….
Nampak tak…ada 259 conversation sms yang saya belum delete dalam box sms saya pada 19/02/2013.
Pastu…..
Yang mesej SENT ada 1,413 & INBOX ada 1,664. Itu tak campur lagi yang dah delete sebab space dah penuh & hp berat.
So, kalau korang risau…SMS tak jawab atau emel tak jawab, korang tengok gambar2 kat atas ni, pastu renung2kanlah. Maknanya, saya akan sentiasa melayan korang selagi mampu & kalau boleh jangan le guna bahagian komen kat bawah artikel2 saya tu. Kalau nak komen gambar atau cerita saya, silakan tapi kalau nak order atau tanya soalan….tolong jangan tanya kat situ ye.
Pastu, nak ingatkan jugak….kalau tak nak emel..tolong gunakan form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya & pastikan emel korang valid. Kalau tak valid, kalau saya jawab balik mesti undelivered.
So….ingat ye. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk jawab emel atau sms korang. Jangan ragu2 & bimbang…ceh!!! macam lirik lagu lah pulak.
Ok……apa tempahan baju yang saya nak kongsi ngan korang hari ni. Cuba tengok gambar kat bawah ni….
Ini design biasa sahaja…baju kelas dari Bintulu. Design semua diaorang buat sendiri. Yang tulisan jawi tu, diaorang yang emelkan. Saya cuma touch up balik dalam komputer.
Baju jenis Single Jersey brand Oren Sport.Cam biasa….memang kena tindih putih dulu sebelum tindih merah tu. Kalau tak…susah nak naik kaler dia.
Cerita kedua…..
Yang ini sempoi je..just design depan kat dada & nama kat lengan. Baju jenis Lacoste atau jenis yang kain kasar skit. Bukan cotton atau microfiber.
Ada 2 kaler baju…hitam & biru. Dua2 print putih. Agak simple…so, tak yah le saya explain panjang2 ye…
Apalagi citer…..
Yang ini lak customer buat design dalam Customink.com je. Saya ikut sebijik dengan apa yang diaorang designkan. Yang ini pun agak sempoi. Tak perlu nak explain lagi sebab hanya print 1 kaler putih sahaja guna print Silkscreen. Macam sebelum ni jugak.
Selain daripada tu, saya ada gak terima order sebanyak 80 lai untuk satu customer ni.
Tahu tak….customer yang ni just bagi draft dalam bentuk lukis tangan je. Tapi walaupun lukis tangan, cantik gak lukisan dia. Cer tengok design awal yang diaorang bagi….
Lukisan tu saya touch up balik dalam Adobe Illustrator. Mana yang design dia nampak kurang sharp, saya licinkan dia bagi nampak lebih cantik walaupun dia tak mintak pun saya touch up balik. Saya bukannya apa…saya rasa saya ni jenis pentingkan kualiti design & baju. Saya agak cerewet skit bab tu. Kalau boleh…kalau saya jadi customer, saya nak yang terbaik…so, camtu le saya buat kat customer. Mesti nak jaga kualiti biar bagi cantik. Bukan saya saje2 cakap ni tapi tulus ikhlas dari sanubariku….chewaahhh!!!
Ok….bila dah puashati, saya start buat blok & print baju tu……Ini le hasilnya….
Ini le rupanya blok printing saya & baju2 sebelum diprint guna dye.
Hasilnya selepas print…..
Sama tak ngan design atas yang dia bagi….yang ini saya print saiz A3 ni. Memang cantik kalau sebesar itu.
Yang ini, 80 lai dalam 2,3 jam siap. Kalau ada tempat lebih besar yang muat 100 lai. Rasanya 1/2 jam dah siap semua sebab 1 kaler je print. Tapi nak citer kat korang le…kalau korang dengar mesti jeles punya. Akak Salina print baju tu pakai baju tido je. Cuma sempat gosok gigi je…hehehe. Jangan mare…tapi ni serius ni. Almaklum le..bisnes dalam rumah. Cam tu le rupanya.
Ok….rasanya takat ni dulu buat kali ni. Ingat pesan saya kat atas nun. Tolong jangan tanya soalan atau order baju kat bahagian komen, susah saya nak jawab. Just isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?”, emel, sms atau call je. In Sha Allah, kami akan melayan korang…
So….jumpa lagi korang…..baiiiii!!!!!
Posted on 20/02/2013, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Baju Kerja Kawin @ Rewang, Baju santai, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kahwin, baju kelas, baju murah, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak t shirt muslimah, cetak tshirt, cetak tshirt kartun, contoh design baju kelas, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt murah, t shirt rewang, tshirt cetak, tshirt group, tshirt kahwin, tshirt keluarga, tshirt murah, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0