Macam2 cerita pasal tempahan cetak baju kitaorang…..
Hai & Salam Cetak Baju buat semua pelawat mohcetakbaju.com,
Apa khabar semua? Harap2nya sihat2 selalu le hendaknya ye….Dah masuk bulan 2/2013 dah. Tup tap tup tap…pejam celik pejam celik…dah bulan 2 dah. Rasanya cam baru je kitaorang buat bisnes online. Tahun ni dah nak masuk Tahun ke 3 dah kitaorang dalam online.
Saya agak bangga & syukur sangat2 sebab setakat hari ini..daripada mula bisnes online, saya masih lagi mampu bagi KOS POS FREE untuk semenanjung Malaysia & tanggung separuh untuk Sabah Sarawak.
Bayangkanlah….harga yang saya bagi tu, tetap sama samada korang order online ataupun offline. Saya consider harga yang saya bagi tu masih lagi berpatutan berbanding dengan kualiti baju yang kitaorang hasilkan.
Apa yang saya pegang untuk menjadi seperti sekarang ialah kata2 & pesanan guru2 saya. Kita buat bisnes ni jangan pikirkan untung semata2 tapi niat juga untuk bantu orang ramai kat luar sana. Bila kita ikhlas membantu, In Sha Allah, Allah akan bantu kita pula. Satu lagi…jaaaaaangan kita sombong & bongkak bila dah berjaya. Sentiasa bersyukur & ingat kpd orang yang susah. Apabila kita mula sombong dengan orang…itulah permulaan kejatuhan kita. Ingat tu.
Satu lagi…..untuk jadi senang bukan mudah. Dalam apa sahaja bisnes pun, kalau nak berjaya, mesti kena susah jugak kecuali le bisnes tu ayahanda kita punya. Mungkin senang skit kot. Tapi bagi saya..nak berjaya, kita mesti kena susah dahulu sebab bila satu hari kita dah senang & tiba2 kita dapat kesusahan, sekurang2nya kita tak panik sebab kita pernah susah dulu. Kebanyakan orang yang naik dengan senang, bila sekali jatuh…terus dia jatuh sebab dia tak pernah susah..betul tak?
Saya hanya berkongsi melalui pengalaman sendiri. Sape2 yang berjinak2 nak buat bisnes tu…pikir2kanlah. Jangan hanya takat hangat2 tahi kerbau je…yang penting usaha, jangan mudah give up, minat & rajin. In Sha Allah berjaya.
Ok…cam biasa. Kalau tak cerita pasal tempahan baju, memang tak sah. Nanti takut korang tak pecaye lak kang…
Citer pertama…..
Baju 2 kaler depan dari Kelantan. Bagi saya mudah je nak buat baju ni sebab design dia besar.
Camane proses nak print baju tu? Cer tengok kat bawah ni….
Baju sedang siap sedia untuk didera. Kasi susun dulu kemas2… Pastu….
Print putih dulu….untuk logo tu nak kuning kan…kalau baju gelap, biasanya saya buat putih dulu. Pastu, baru tindih kuning. Pastu pulak….
Nah…ini le hasilnya. Very the simple past tense..hehehehe. Kalau design camni, In Sha Allah…untuk 50 lai, sehari boleh siap….
Ok..citer kedua lak….
Ini lak tshirt untuk family day ni. Kalau tak silap, diaorang buat design dalam Customink.com je ni. Sendiri punya idea je. Bahagian depan ni…bahgian belakang siap ada nombor2 lak….
Belakang cam baju jersi. Siap nama ngan nombor sekali. Memang mudah nak print sebab 1 kaler hitam je.
Lagi…apa citer lagi…..
Yang ini paling sempoi…guna baju tshirt murah je. Depan 1 kaler & belakang 1 kaler.
Aisey…belakang lupa nak upload gambar le. Sori…ada yang depan je. Simple but nice.
Selain daripada tu, tshirt kelas pun banyak gak kitaorang terima…contohnya…
Ramai betul suka gambar headphone ni. Rasanya dah berbelas2 baju dah saya print baju camni ni….
Baju ngan design baju semua guna design dalam blog saya. Tak payah susah2 nak buat….jenis baju pun sebijik ngan baju sebelum ni.
So…rasanya itu jelah yang dapat kongsi hari ni…nak sambung kerja lak. Lepas ni saya nak kongsi pasal tempahan2 lain lak. Banyak lagi sebenarnya nak kongsi sebenarnya. Dalam kamera dah ada, cuma tak sempat lagi nak upload dalam komputer.
Ok….cam biasa2….toooloooooong jangan order baju kat ruangan komen di setiap artikel. Kalau nak tanya apa2, emel, call, sms ataupun isi je maklumat kat page Nak Tahu Harga Tak? kat bahagian atas nun. In Sha Allah, setiap pertanyaan awak tu akan berjawab. Kalau tak berjawab, kontek je terus kitaorang kalau rasa nak dengar suara saya atau orang rumah saya. Lagi konfiden…ye tak?
Sampai jumpa lagi korang….tata titi tutuuuu…baiiii…..
Posted on 04/02/2013, in Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju Kerja Kawin @ Rewang and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju jersi, baju kelas, baju keluarga, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak jersi, cetak t shirt, cetak t shirt muslimah, cetak tshirt, cetak tshirt kartun, contoh design baju kelas, design baju, print baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt murah, t shirt rewang, tshirt group, tshirt keluarga, tshirt murah, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0