Monthly Archives: June 2013

TShirt….antara kenangan terindah korang bersama orang tersayang!

Hai, hai & hai….

Salam cetak baju pada korang yang sudi melawat blog kitaorang. Dari hari ke hari, Alhamdulillah rezeki semakin bertambah2 & kalau ada yang kami terpaksa tolak sebab nak segera sangat…maafkan kitaorang.

Bukan apa…saya risau, kalau buat tergesa2 ni, kualiti dia takut tak cantik sangat. Korang tak puas hati, kitaorang lagi tak puas hati. So, jalan selamatnya ialah tolak dengan cara baik. Kalau diikutkan hati, semua nak buat sebab semuanya duit tapi bak kata orang tua2…Orang tamak selalu rugi. Kang kalau ambik semua kang…pastu, janji nak siap tapi tak siap2, tak ke naya tu, betul tak? Janji semua puashati.

Ok…..hari ni kan, saya nak kongsi le ngan korang cerita pasal TShirt ni. Korang bukan pakai saje2 je baju ni tapi actually, kadang2 tu ada sentimental value lagi.

Contohlah kan….kalau buat tshirt kawin, rewang atau bekwoh. Bila waktu kawin tu, pakat ramai2 pekerja kenduri tu pakai baju tu. Memang akan nampak meriah sebab seragam je semua. Pastu kan..korang tempah le jugak untuk diri sendiri selai sbg kenangan.

Lama2 bila korang dah kawin 2,3 tahun….masa hubungan agak suram sikit, korang tengok balik tshirt kawin tu. Mesti korang akan mengimbau balik cerita time kawin dulu. Mungkin mana tahu…tak jadi korang gaduh. Betul tak?

Pastu, contohnya lagi kan….baju kelas. Time belajar buat tshirt satu kelas. Memang meriah giller. Korang pun kembang je hidung sebab ada baju sama je semua. Time tu le korang boleh tengok macam2 jenis nama samaran diaorang letak. Nama cam alien pun ada.

Pastu kan…bila korang dah berpisah & satu hari nak buat reunion, bawak le balik baju tu. Pastu imbau balik kenangan korang dengan tshirt tu. Takpun, time duduk sorang2, korang rasa teringat kat kawan2 dulu, tengok balik tshirt tu. Bila tengok nama sorang2 kat situ, baru le teringat balik kisah2 lama. Betul tak?

Contohnya lagi….baju family day. Setiap tahun korang buat tshirt family day. So, bila korang lupa tahun tu pegi ke mana, so bukak balik tshirt tu. Imbaukan balik kenangan ngan tshirt tu….mesti korang teringat balik nanti. Janji korang tak lupuskan tshirt2 tu.

Macam2 kenangan yang kita boleh dapat ngan baju yang ada cetakan sendiri ni. Memang seronok giler. Cam saya cerita sebelum ni…antara penyebab saya bertemu ngan isteri saya dulu pun, disebabkan tshirt jugak. Tu yang buat bisnes printing tshirt tu….heheheehe.

So…pada korang yang nak order baju..kat sini le tempat yang paling sesuai untuk korang cetak apa sahaja tshirt mengikut aktiviti korang.

Ok…..setakat tu dulu cerita pasal kenangan terindah ngan baju tu. Cam biasa2…mari le kita baca pasal tempahan tshirt yang kitaorang terima sebelum ni.

Cerita pertama…..

cetak baju

cetak baju

cetak baju

Untuk print baju ni, bukan mudah sebenarnya sbb ada banyak kaler nak cetak tu. Kalau diikutkan ada 3 ke 4 blok saya terpaksa sediakan. Depan belakang & kat lengan. Cer tengok kat gambar kedua kat gambar Sengkuang Calit tu.

Kalau sesetengah orang, diaorang akan guna marking atau locking utk print tindih2 kaler. Tapi saya tak guna locking. Saya biasanya saya buat marking sendiri. Biasanya print kali pertama, semua putih, pastu blok kedua utk kaler kuning, saya akan buat design yang mempunyai design penuh tapi masa nak print, saya tutup ngan salotape mana2 design yg saya tak nak print. So, itu le marking saya. Paham ke?

Kalau print camni, ambik masa skit sbb banyak kaler nak kena print.

Cerita kedua….

cetak tshirt

Yang ini simple je. Design ni ambik kat Customink.com je. Saya cuma adjust skit2 design dia sebelum print tu.

cetak baju

Cerita ketiga……

cetak baju sukan

tshirt kelas

Design nak print tak banyak…just depan je. Kain jenis microfiber. 2 kali print utk GTF tu. Simple & sempoi.

Actually ni gambar lama dalam komputer saya ni sebenarnya. Gambar baru dalam kamera lagi. Lupa nak upload. Nanti cerita akan datang saya akan masukkan gambar baru nanti.

So, setakat ni dulu buat kali ni. Cam biasa….saya nak bagi peringatan sikit. Tolong jangan masukkan pertanyaan kat bahagian komen disetiap artikel. Lambat sikit kalau nak jawab kat situ.

Kalau nak order, korang boleh isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” ataupun emel boleh, sms boleh & call pun boleh. Terpulang pada masing2…tapi jangan risau, semuanya akan berjawab nanti, In Sha Allah.

So…jumpa lagi korang….baiiiiiiiiiii……

Tips baik punya untuk korang yang nak start bisnes jadi ejen jual tshirt……

Hai, hai, hai & Salam Cetak baju pada korang yang baru melawat blog kitaorang & yang tak jemu2 datang melawat kitaorang,

Haaaa…..minggu ni, saya nak kongsi ngan korang tips2 berguna berdasarkan pengalaman sebenar kitaorang, bagaimana untuk menjadi seorang ejen jual baju yang hebat sama cam kitaorang…hehehe..(angkat bakul skit). Tak tahu le hebat ke tak? Saje je cakap camtu supaya motivasi kitaorang naik lagi lepas ni. Kang kata riak lak. Mintak jauh le…kalau korang nak tahu, permulaan kejatuhan sesebuah bisnes apabila seseorang itu mula riak & sombong, pastu lupa dengan masa mula2 nak buat bisnes dulu. Lagi satu, sombong dengan Allah…masa susah, doa bukan main nak suruh senang lenang tapi bila dah senang lenang..mula lupa diri. So, pelajaran pertama….jangan sombong & riak, bila dah berjaya. Bila dah start cam tu…akan mulalah jugak kejatuhan bisnes korang. Faham ye, anak2…..hehehe?

Antara tips yang saya boleh kongsi ngan korang kalau nak jadi ejen jual tshirt, tak kira ngan saya sendiri atau ngan sape sahaja…

1. Jangan cepat2 nak cari untung besar. Baru mula nak bisnes dah berangan nak untung besar…salah tu. Orang macam ni biasanya buat bisnes bermusim macam orang jual kat bazzar Ramadhan(bukan semua…sori). Ada yang setahun sekali buat bisnes & time tu jugak nak pulun untung besar2an. Lepas tu diam terus.

So, kalau nak jadi ejen jual tshirt atau apa sahaja bisnes…mula2, jangan fikirkan untung yang besar. Fikirkan dulu, laku ke tak kalau aku jual baju ni. Untung ciput tak mengapa, asalkan bisnes jalan berbanding untung besar tapi jarang2 orang beli. Faham kan….

2.  Ejen jual tshirt yang hebat juga sanggup bersusah payah dahulu. Orang kata, susah dahulu, senang2 kemudian. Jangan lak susah2 dahulu, sampai sekarang susah. Camtu..memang kena mandi bunga le jawabnya. Takpun memang salah pembawakan tu. Mungkin kena tukar bisnes. Susah2 dulu ni maknanya, sanggup mencari ilmu atau mencari bahan walau macamana cara sekali pun. Bukan hanya tunggu je peluang datang menimbun ikut tingkap & pintu rumah korang. Maknanya….usaha le skit. Nak senang, bukannya senang bro….

3.  Berkenaan cari untung besar tu…kalau boleh bertolak ansur le kalau customer tawar harga. Yang ini maaf cakap ye….kebanyakan orang melayu fail skit bab ni. Kadang2 kita nak mintak tawar skit pun, dengan muka masam mencuka cakap “tak boleh!”. Cuba korang tengok kedai cina(maaf ye teman2)….kalau kita mintak tawar, memang dia akan cuba bagi selagi tak merugikan dia. Yang penting kita dapat pegang customer tu, jangan bagi lari kat orang lain.

4.  Mulut kena manis beb…walaupun bisnes online, penggunan bahasa pun kenalah beradab sopan. Banyakkan maaf kalau tak boleh tunaikan. Ini kadang2 macam bercakap dengan robot. Jenis yang tak belajar sivik atau tatarakyat ni. Kalau boleh, buat ayat macam kita bersembang dengan dia. Baru le customer rasa ada chemistry nak deal ngan kita. Betul tak?

5.  Last sekali….belajar, belajar, belajar. Banyakkan baca buku tentang bisnes. Kalau ada kursus, pegi. So, bukan saje korang boleh buat bisnes tshirt…hatta apa kebenda bisnes pun korang boleh kasi hentam. Semua boleh buat duit maaaaa.

So, itu antara tips2 yang sempat saya kongsikan ngan korang tentang nak jadi ejen tshirt ni sebab korang yang akan deal ngan customer. So, nak bagi laku tshirt yang korang jual tu, ilmu kena ada le. Jangan main langgar je.

Apa yang saya kongsikan ni adalah pengalaman sendiri sebenarnya. Bagaimana dengan tips2 yang saya guna tu, Alhamdulillah, saya mampu menjana pendapatan 5 angka sebulan secara kasar & mampu bawak anak 3 orang, isteri seorang, bapa & mak mertua pergi umrah baru2 ini hanya dengan duit bisnes kitaorang ni sahaja. So, bayangkanlah bagaimana bisnes kitaorang ni sebenarnya.

Panjang lebar tips kitaorang tu. Harap2 korang ambik le ilmu kat situ. Tak banyak, sikit pun jadilah ye…

Ok….Hari ni nak bercerita lagi pasal tempahan baju kitaorang. Baca ye jangan tak bace…..

Baju Adibah

Design asal baju cam kat atas ni. Diaorang sendiri buatkan. So, hasilnya….

tshirt kelas

cetak baju kelas

cetak tshirt kelas

Inilah hasilnya….hanya dengan ruang mencetak sekangkang anak kera, Alhamdulillah…berjaya jugak kitaorang print baju2 tu.

Kalau kaler gelap atas baju hitam…mesti kena tindih putih dulu kalau nak bagi naik kaler dia. Maknanya, sebelum print hijau, kitaorang print putih dulu. Boleh jugak print hijau dulu tapi akan guna banyak dye & warna dia tak lah menyerlah cam atas ni. Kaler dia akan nampak kain kat belakang. Pastu, nama & kod bar kat bawah baju sorang2. Yang lambat skit buat nama sebab kena pastikan nama yang betul untuk setiap baju tu.

Lagi…apa cerita….

SONY DSC

Haaaaah..cer tengok ni. Cantik tak Kak Tonnnnn….hehehehe!!!

Yang ini baju family day ni. Cer tengok lak camane, kitaorang print….

t shirt hari keluarga

t shirt family day

Kalau korang tak caye jugak…tak tahu le.

Ini lagi satu bukti testimoni kitaorang……

SONY DSC

Ini pun baju family day gak ni. Sebelum diaorang pakai tu, tengok ni dulu…..

t shirt family day

baju hari keluarga

Terima kasih Aida atas sumbangan baju ni…..cuba dengar apa kata dia(kalau tak dengar, baca ye…..hehheeh)…

Assalamualaikum….

Gambar2 kami dengan T-shirt En Nik. Terima kasih.
Kalau nak masuk blog, no hal la…. sebagai sumbangan dalam membantu mempromosikan lagi bisnes En Nik.
Selamat maju jaya!

Ayat asal ni…..copy paste dari emel dia.  Tenkiu…tenkiu….tenkiu…….

Selain daripada tu, apa citer lagi…….

cetak bajucetak baju

Asalnya cam kat atas ni….pastu, pliiiinggg!!!! Inilah hasilnya……….

baju group cetak

cetak baju

Aisey..gambar bawah tu lupa ambik yang dah tindih merah. Tapi tak apalah…kurang2 ada gak gambar boleh tunjukkan.

Design simple je…semuanya ikut design yang customer nak.

cetak tshirt

Oklah korang..rasanya setakat ni dululah ye.

So, pada korang yang nak order baju…jangan malu & jangan segan ye. Kalau nak tahu harga, klik kat page Nak Tahu Harga Tak? kat bahagian atas nun, emel, sms atau call kitaorang terus. Terpulang pada keselesaan korang ye.

Jumpa lagi…..baaiiiii……

SAPE NAK TSHIRT FREE? BACA CERITA KAT BAWAH NI…BACA TAU….

Iklan Ulangtahun ke 2 dalam online 2

Iklan Ulangtahun ke 2 dalam online

Hai, hai, hai & Salam Cetakbaju semua….

Haaaaa….mesti ramai yang nak tshirt FREE kan? Pastu, mesti korang tertanya2 sebab apa le kitaorang nak bagi TShirt FREE tu kan. Dah tebiat ke..hehehehe.

Sebelum tu, Alhamdulillah…syukur, syukur & syukur pada Allah sebab setakat ni dah 2 tahun genap kitaorang dalam bisnes online ni. Daripada order hanya setakat 100 ke 200 lai sebulan, sekarang terus meningkat ke hampir 1,000 lai sebulan maintain.

Kitaorang start bisnes cetak baju ni mulai Jun, 2011 lagi sehinggalah Jun, 2013. Genap 2 tahun dalam online. Dan doakanlah kami semoga ianya berkekalan dalam tempoh yang lama dalam bisnes online ni ye.

So, dipendekkan cerita…sebagai membalas jasa korang yang sudi singgah & order baju ngan kitaorang, saya nak kongsi kegembiraan ni bersama2. Saya nak bagi tshirt FREE siap ngan design korang sendiri nnti. Cuma bukan semua dapat, ada caranya.

TAPI…ada tapinya….saya tak akan bagi FREE begitu sahaja. Korang kena jawab soal selidik yang saya sediakan dalam link dibawah ni.

<<KLIK LINK NI UNTUK JAWAB SOAL SELIDIK TU>>

Jawab soalan2 berkenaan blog & bisnes kitaorang dan pendapat yang paaaaaling bernas tentang bisnes kitaorang tu, kami akan bagi FREE Tshirt.

Kitaorang bahagikan hadiah tu kepada 2 kategori iaitu :

1.  Pendapat dari pelawat yang belum pernah order baju ngan kitaorang.

2. Pendapat dari bekas pelanggan yang pernah order baju ngan kitaorang.

Hadiah bagi pendapat paaaaaling hebat & dapat mengubah bisnes kitaorang menjadi lebih hebat ialah :

1.  Pendapat dari pelawat yang belum pernah order baju ngan kitaorang.

Hadiah tshirt belum pernah order

Tempat Pertama…….Baju polo/lacoste 1 helai dengan sulaman logo atau nama sendiri, TShirt kain jersi putih dengan print design sendiri, Tshirt cotton (putih atau hitam) dengan 1 kaler printing & TShirt Cenderamata dari mohcetakbaju.com. So, tempat pertama dapat 4 helai hadiah tshirt FREE.

Tempat kedua……..Baju Lacoste 1 helai dengan sulaman nama/logo, 1 helai tshirt jersi putih siap dengan print design sendiri ATAU 1 helai tshirt cotton sebarang kaler dengan 1 kaler printing & Tshirt Cenderamata dari mohcetakbaju.com. So, tempat kedua dapat 3 helai baju.

Tempat ketiga……..TShirt cotton jersi putih dengan design sendiri, TShirt cotton putih 1 kaler print & TShirt Cenderamata dari mohcetakbaju.com. So, tempat ketiga dapat 3 helai baju.

Hadiah tshirt bekas pelanggan

2. Pendapat dari bekas pelanggan yang pernah order baju ngan kitaorang.

Tempat Pertama…….Baju korporat & baju polo/lacoste 1 helai dengan sulaman logo atau nama sendiri, TShirt kain jersi putih dengan print design sendiri, Tshirt cotton (sebarang kaler) dengan 1 kaler printing & TShirt Cenderamata dari mohcetakbaju.com. So, tempat pertama dapat 5 helai hadiah tshirt FREE.

Tempat kedua……..Baju Lacoste 1 helai dengan sulaman nama/logo, tshirt jersi putih siap dengan print, tshirt cotton sebarang kaler dengan 1 kaler printing & TShirt Cenderamata dari mohcetakbaju.com. So, tempat kedua dapat 4 helai baju.

Tempat ketiga……..TShirt cotton lain jersi putih dengan design sendiri, TShirt cotton putih 1 kaler print & TShirt Cenderamata dari mohcetakbaju.com. So, tempat kedua dapat 3 helai baju.

—————————————————————————————————————————

NOTA :

SAPE2 YANG AKAN ORDER BAJU DALAM TEMPOH SEHINGGA 31 JULAI 2013 NI, KORANG BERPELUANG DAPAT HADIAH IKUT KATEGORI BEKAS PELANGGAN KITAORANG.

—————————————————————————————————————————-

So, camane……korang memang bertuah jumpa blog ni sebab jarang2 blog cetak baju cam kami ni, offer baju FREE kat customer.

ADA LAGI…BACA NI……

Iklan free baju

 

Ini lagi hadiah untuk korang sehingga 31 Julai 2013 ni. Sape2 order baju…tak kira apa sahaja jenis baju tapi dengan syarat 30 helai ke atas, korang dapat FREE baju tu selai. So, jimat sehelai untuk korang ye.

So, apa lagi….mulalah jawab soal selidik kitaorang & beri pendapat korang paling hebat supaya kitaorang dapat bagi servis lagi hebat untuk korang nanti.

<<KLIK SINI UNTUK JAWAB SOAL SELIDIK TU>>

SELAMAT MENJAWAB……..

————————————————————————————————————————

Hari ni cam biasa. Kalau tak berkongsi cerita pasal tempahan baju kitaorang memang tak sah punya. Cer baca ni….

tshirt cetak

cetak baju

 

Yang ini best…baju geng PGA Limbang yang pegi ke Ops Daulat baru2 ni. So, diaorang punya pengurusan buat baju untuk hargai jasa diaorang. Cantik gak baju tu. Saya pun teruja tengok baju tu.

Kat lengan sulam logo polis ngan PGA. Depan belakang print. Cantik tak…..Pastu siap nama sorang2 lagi kat dada tu.

cetak bajubaju cetak

 

Selain daripada tu, ada gak tempahan cam kat bawah ni….

tshirt bola

 

3 kaler print saiz A4 ni. Hitam, putih & gold atau kuning.

cetak baju tshirt

 

Actually, ada 3 kaler baju time ni. Biru, kuning & merah. Tapi time ni ada masalah skit dengan stok baju, so terpaksa bertukar2 baju gak time tu. Memang masa tu masalah stok baju sebab masa tu time pilihanraya. Banyak baju yang sangkut.

Tapi nak print baju tu agak mudah gak sebenarnya. 1 malam dah siap dah.

Ok…apa cerita lagi….

baju family day

 

cetak baju family day

 

Ni bahagian depan baju ni. Customer yang designkan & saya terpaksa touch up balik untuk dapatkan design camtu. Depan 2 kaler print, merah ngan hitam.

baju family day

 

tshirt family day

 

Ini lagi satu tshirt family day. Simple je. Diaorang bagi dalam bentuk jpeg & saya olah balik untuk diprint. Simple & sempoi.

tshirt family day

 

baju family day

 

Banyak betul baju family day kitaorang terima sebelum cuti sekolah hari tu. Ini antara baju2 family day yang saya sempat upload. Ada lagi sebenarnya tempahan lain tapi ini je yang saya sempat ceritakan hari ni.

Oklah korang…macam yang saya ceritakan kat awal2 tadi, kalau korang nak tshirt free, apakata korang isi maklumat kat soal selidik kat link yang saya berikan diatas. Pastu, sape2 yang pendapat dia paling hebat, kitaorang akan bagi tshirt free kat korang.

So, mulalah isi soalselidik tu ye. Tarikh tutup hingga 31 Julai 2013 ni.

Cam biasa jugak…kalau sape2 nak order baju, klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun, atau sms/call atau emel terus kat kitaorang untuk tahu lebih lanjut tentang tempahan korang tu.

Jumpa lagi korang….baiiiii…..

%d bloggers like this: