Tips baik punya untuk korang yang nak start bisnes jadi ejen jual tshirt……
Hai, hai, hai & Salam Cetak baju pada korang yang baru melawat blog kitaorang & yang tak jemu2 datang melawat kitaorang,
Haaaa…..minggu ni, saya nak kongsi ngan korang tips2 berguna berdasarkan pengalaman sebenar kitaorang, bagaimana untuk menjadi seorang ejen jual baju yang hebat sama cam kitaorang…hehehe..(angkat bakul skit). Tak tahu le hebat ke tak? Saje je cakap camtu supaya motivasi kitaorang naik lagi lepas ni. Kang kata riak lak. Mintak jauh le…kalau korang nak tahu, permulaan kejatuhan sesebuah bisnes apabila seseorang itu mula riak & sombong, pastu lupa dengan masa mula2 nak buat bisnes dulu. Lagi satu, sombong dengan Allah…masa susah, doa bukan main nak suruh senang lenang tapi bila dah senang lenang..mula lupa diri. So, pelajaran pertama….jangan sombong & riak, bila dah berjaya. Bila dah start cam tu…akan mulalah jugak kejatuhan bisnes korang. Faham ye, anak2…..hehehe?
Antara tips yang saya boleh kongsi ngan korang kalau nak jadi ejen jual tshirt, tak kira ngan saya sendiri atau ngan sape sahaja…
1. Jangan cepat2 nak cari untung besar. Baru mula nak bisnes dah berangan nak untung besar…salah tu. Orang macam ni biasanya buat bisnes bermusim macam orang jual kat bazzar Ramadhan(bukan semua…sori). Ada yang setahun sekali buat bisnes & time tu jugak nak pulun untung besar2an. Lepas tu diam terus.
So, kalau nak jadi ejen jual tshirt atau apa sahaja bisnes…mula2, jangan fikirkan untung yang besar. Fikirkan dulu, laku ke tak kalau aku jual baju ni. Untung ciput tak mengapa, asalkan bisnes jalan berbanding untung besar tapi jarang2 orang beli. Faham kan….
2. Ejen jual tshirt yang hebat juga sanggup bersusah payah dahulu. Orang kata, susah dahulu, senang2 kemudian. Jangan lak susah2 dahulu, sampai sekarang susah. Camtu..memang kena mandi bunga le jawabnya. Takpun memang salah pembawakan tu. Mungkin kena tukar bisnes. Susah2 dulu ni maknanya, sanggup mencari ilmu atau mencari bahan walau macamana cara sekali pun. Bukan hanya tunggu je peluang datang menimbun ikut tingkap & pintu rumah korang. Maknanya….usaha le skit. Nak senang, bukannya senang bro….
3. Berkenaan cari untung besar tu…kalau boleh bertolak ansur le kalau customer tawar harga. Yang ini maaf cakap ye….kebanyakan orang melayu fail skit bab ni. Kadang2 kita nak mintak tawar skit pun, dengan muka masam mencuka cakap “tak boleh!”. Cuba korang tengok kedai cina(maaf ye teman2)….kalau kita mintak tawar, memang dia akan cuba bagi selagi tak merugikan dia. Yang penting kita dapat pegang customer tu, jangan bagi lari kat orang lain.
4. Mulut kena manis beb…walaupun bisnes online, penggunan bahasa pun kenalah beradab sopan. Banyakkan maaf kalau tak boleh tunaikan. Ini kadang2 macam bercakap dengan robot. Jenis yang tak belajar sivik atau tatarakyat ni. Kalau boleh, buat ayat macam kita bersembang dengan dia. Baru le customer rasa ada chemistry nak deal ngan kita. Betul tak?
5. Last sekali….belajar, belajar, belajar. Banyakkan baca buku tentang bisnes. Kalau ada kursus, pegi. So, bukan saje korang boleh buat bisnes tshirt…hatta apa kebenda bisnes pun korang boleh kasi hentam. Semua boleh buat duit maaaaa.
So, itu antara tips2 yang sempat saya kongsikan ngan korang tentang nak jadi ejen tshirt ni sebab korang yang akan deal ngan customer. So, nak bagi laku tshirt yang korang jual tu, ilmu kena ada le. Jangan main langgar je.
Apa yang saya kongsikan ni adalah pengalaman sendiri sebenarnya. Bagaimana dengan tips2 yang saya guna tu, Alhamdulillah, saya mampu menjana pendapatan 5 angka sebulan secara kasar & mampu bawak anak 3 orang, isteri seorang, bapa & mak mertua pergi umrah baru2 ini hanya dengan duit bisnes kitaorang ni sahaja. So, bayangkanlah bagaimana bisnes kitaorang ni sebenarnya.
Panjang lebar tips kitaorang tu. Harap2 korang ambik le ilmu kat situ. Tak banyak, sikit pun jadilah ye…
Ok….Hari ni nak bercerita lagi pasal tempahan baju kitaorang. Baca ye jangan tak bace…..
Design asal baju cam kat atas ni. Diaorang sendiri buatkan. So, hasilnya….
Inilah hasilnya….hanya dengan ruang mencetak sekangkang anak kera, Alhamdulillah…berjaya jugak kitaorang print baju2 tu.
Kalau kaler gelap atas baju hitam…mesti kena tindih putih dulu kalau nak bagi naik kaler dia. Maknanya, sebelum print hijau, kitaorang print putih dulu. Boleh jugak print hijau dulu tapi akan guna banyak dye & warna dia tak lah menyerlah cam atas ni. Kaler dia akan nampak kain kat belakang. Pastu, nama & kod bar kat bawah baju sorang2. Yang lambat skit buat nama sebab kena pastikan nama yang betul untuk setiap baju tu.
Lagi…apa cerita….
Haaaaah..cer tengok ni. Cantik tak Kak Tonnnnn….hehehehe!!!
Yang ini baju family day ni. Cer tengok lak camane, kitaorang print….
Kalau korang tak caye jugak…tak tahu le.
Ini lagi satu bukti testimoni kitaorang……
Ini pun baju family day gak ni. Sebelum diaorang pakai tu, tengok ni dulu…..
Terima kasih Aida atas sumbangan baju ni…..cuba dengar apa kata dia(kalau tak dengar, baca ye…..hehheeh)…
Assalamualaikum….
Gambar2 kami dengan T-shirt En Nik. Terima kasih.
Kalau nak masuk blog, no hal la…. sebagai sumbangan dalam membantu mempromosikan lagi bisnes En Nik.
Selamat maju jaya!
|
Ayat asal ni…..copy paste dari emel dia. Tenkiu…tenkiu….tenkiu…….
Selain daripada tu, apa citer lagi…….
Asalnya cam kat atas ni….pastu, pliiiinggg!!!! Inilah hasilnya……….
Aisey..gambar bawah tu lupa ambik yang dah tindih merah. Tapi tak apalah…kurang2 ada gak gambar boleh tunjukkan.
Design simple je…semuanya ikut design yang customer nak.
Oklah korang..rasanya setakat ni dululah ye.
So, pada korang yang nak order baju…jangan malu & jangan segan ye. Kalau nak tahu harga, klik kat page Nak Tahu Harga Tak? kat bahagian atas nun, emel, sms atau call kitaorang terus. Terpulang pada keselesaan korang ye.
Jumpa lagi…..baaiiiii……
Posted on 11/06/2013, in Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju keluarga, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, cetak tshirt kartun, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt kumpulan, tshirt cetak, tshirt keluarga, tshirt online. Bookmark the permalink. 3 Comments.
Saya sangat setuju dengan tuan. Pelan2 kayuh, dapat rentak, lama-lama akan ada hasil. Yang penting jangan putus asa, sabar sebab bisnes bukan untuk sehari dua.
Salam,cemana ye nak design baju guna apps apa ? kalau tak kreatif guna tangan mesti guna apps kan ? sbbnya saya mahu bisnes juga,cari wang maklumla student em harap boleh tolong .terima kasih
Itu terpulang pada kreativiti awak sendiri. Kalau awak jadi ejen saya, saya ada sediakan tempat untuk buat design sendiri. Tak perlu pening2.
Awak cuma ambik order je nanti.