TShirt….antara kenangan terindah korang bersama orang tersayang!
Hai, hai & hai….
Salam cetak baju pada korang yang sudi melawat blog kitaorang. Dari hari ke hari, Alhamdulillah rezeki semakin bertambah2 & kalau ada yang kami terpaksa tolak sebab nak segera sangat…maafkan kitaorang.
Bukan apa…saya risau, kalau buat tergesa2 ni, kualiti dia takut tak cantik sangat. Korang tak puas hati, kitaorang lagi tak puas hati. So, jalan selamatnya ialah tolak dengan cara baik. Kalau diikutkan hati, semua nak buat sebab semuanya duit tapi bak kata orang tua2…Orang tamak selalu rugi. Kang kalau ambik semua kang…pastu, janji nak siap tapi tak siap2, tak ke naya tu, betul tak? Janji semua puashati.
Ok…..hari ni kan, saya nak kongsi le ngan korang cerita pasal TShirt ni. Korang bukan pakai saje2 je baju ni tapi actually, kadang2 tu ada sentimental value lagi.
Contohlah kan….kalau buat tshirt kawin, rewang atau bekwoh. Bila waktu kawin tu, pakat ramai2 pekerja kenduri tu pakai baju tu. Memang akan nampak meriah sebab seragam je semua. Pastu kan..korang tempah le jugak untuk diri sendiri selai sbg kenangan.
Lama2 bila korang dah kawin 2,3 tahun….masa hubungan agak suram sikit, korang tengok balik tshirt kawin tu. Mesti korang akan mengimbau balik cerita time kawin dulu. Mungkin mana tahu…tak jadi korang gaduh. Betul tak?
Pastu, contohnya lagi kan….baju kelas. Time belajar buat tshirt satu kelas. Memang meriah giller. Korang pun kembang je hidung sebab ada baju sama je semua. Time tu le korang boleh tengok macam2 jenis nama samaran diaorang letak. Nama cam alien pun ada.
Pastu kan…bila korang dah berpisah & satu hari nak buat reunion, bawak le balik baju tu. Pastu imbau balik kenangan korang dengan tshirt tu. Takpun, time duduk sorang2, korang rasa teringat kat kawan2 dulu, tengok balik tshirt tu. Bila tengok nama sorang2 kat situ, baru le teringat balik kisah2 lama. Betul tak?
Contohnya lagi….baju family day. Setiap tahun korang buat tshirt family day. So, bila korang lupa tahun tu pegi ke mana, so bukak balik tshirt tu. Imbaukan balik kenangan ngan tshirt tu….mesti korang teringat balik nanti. Janji korang tak lupuskan tshirt2 tu.
Macam2 kenangan yang kita boleh dapat ngan baju yang ada cetakan sendiri ni. Memang seronok giler. Cam saya cerita sebelum ni…antara penyebab saya bertemu ngan isteri saya dulu pun, disebabkan tshirt jugak. Tu yang buat bisnes printing tshirt tu….heheheehe.
So…pada korang yang nak order baju..kat sini le tempat yang paling sesuai untuk korang cetak apa sahaja tshirt mengikut aktiviti korang.
Ok…..setakat tu dulu cerita pasal kenangan terindah ngan baju tu. Cam biasa2…mari le kita baca pasal tempahan tshirt yang kitaorang terima sebelum ni.
Cerita pertama…..
Untuk print baju ni, bukan mudah sebenarnya sbb ada banyak kaler nak cetak tu. Kalau diikutkan ada 3 ke 4 blok saya terpaksa sediakan. Depan belakang & kat lengan. Cer tengok kat gambar kedua kat gambar Sengkuang Calit tu.
Kalau sesetengah orang, diaorang akan guna marking atau locking utk print tindih2 kaler. Tapi saya tak guna locking. Saya biasanya saya buat marking sendiri. Biasanya print kali pertama, semua putih, pastu blok kedua utk kaler kuning, saya akan buat design yang mempunyai design penuh tapi masa nak print, saya tutup ngan salotape mana2 design yg saya tak nak print. So, itu le marking saya. Paham ke?
Kalau print camni, ambik masa skit sbb banyak kaler nak kena print.
Cerita kedua….
Yang ini simple je. Design ni ambik kat Customink.com je. Saya cuma adjust skit2 design dia sebelum print tu.
Cerita ketiga……
Design nak print tak banyak…just depan je. Kain jenis microfiber. 2 kali print utk GTF tu. Simple & sempoi.
Actually ni gambar lama dalam komputer saya ni sebenarnya. Gambar baru dalam kamera lagi. Lupa nak upload. Nanti cerita akan datang saya akan masukkan gambar baru nanti.
So, setakat ni dulu buat kali ni. Cam biasa….saya nak bagi peringatan sikit. Tolong jangan masukkan pertanyaan kat bahagian komen disetiap artikel. Lambat sikit kalau nak jawab kat situ.
Kalau nak order, korang boleh isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” ataupun emel boleh, sms boleh & call pun boleh. Terpulang pada masing2…tapi jangan risau, semuanya akan berjawab nanti, In Sha Allah.
So…jumpa lagi korang….baiiiiiiiiiii……
Posted on 25/06/2013, in Baju Company, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kerja Kawin @ Rewang and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kahwin, baju kelas, baju keluarga, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, design baju, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt rewang, tshirt cetak, tshirt group, tshirt kahwin, tshirt keluarga, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0