Monthly Archives: July 2013

Peraduan dah tamat & Cuti Raya kami dari 6/8/2013 hingga 11/8/2013!!!

Hai, Hai, Hai….

Salam cetak baju pada semua pelawat2 blog saya. Untuk makluman korang, semalam ada lah hari last bagi promosi 1 helai tshirt FREE bagi tempahan30 lai ke atas & tarikh akhir jugak untuk peraduan soal selidik yang kitaorang buat semenjak bulan Jun hari tu.

Ramai yang join & macam2 jenis komen yang saya terima. Semuanya saya terima dengan hati yang terbuka. Ada yang bagi komen pedas, ada yang puji & ada gak yang no komen. Terima kasih banyak2 pada korang yang sudi meluangkan masa menjawab soal selidik tu sebelum ni.

So, lepas raya ni..kitaorang akan pilih mana pandangan & cadangan paling bernas untuk kitaorang bagi hadiah macam yang dijanjikan sebelum ni. Janji mesti ditepati & pemenang saya akan kontek melalui emel atau telefon nanti.

Semua komen2 tu jugak nanti, saya akan ambil sebagai panduan untuk baiki lagi apa yang kurang dalam bisnes & blog kitaorang nanti.

Terima kasih sekali lagi. I love U all!!!

Dikesempatan ni nak bgtau jugak yang kitaorang sekeluarga akan start bercuti raya dari 6 Ogos 2013 hingga 11 Ogos 2013. Kedai kitaorang bukak balik cam biasa lepas 12 Ogos nanti.

So, bagi sape2 yang nak order dalam masa terdekat ni, kitaorang dah pun stopkan dulu kecuali bagi sape2 yang nak lepas raya. Kalau lepas raya, In Sha Allah, diterima tapi jangan le dekat sangat masanya. Tertonggeng2 kami nak buat nanti. Bagi le peluang kami nak beraye sambil makan satey dulu..hehehe.

Ok..kalau korang dah terang lagi bersuluh pasal cuti kitaorang tu, so cam biasa….nak kongsi ngan korang, macam2 order kitaorang terima baru2 ni. Sampai terpaksa tolak mana yang nak sebelum raya tu. Kesian diaorang..tapi apa boleh buat. Kalau terima & tak siap, lagi teruk kitaorang kena nanti. Mau diaorang gigit telinga kitaorang nanti sebab tak sempat siap. Dok gitu….?

Apa citer hari ni….cer tengok gambar2 kat bawah ni…..

Design Baju Maszuin

 

Ni gambar asal yang customer lukis sendiri. Cantik tak?

Kalau korang nak buat kartun camni pun, bgtau saya. Nanti saya mintak diaorang lukiskan untuk korang.

Pastu, hasilnya bila dah print atas baju cam kat bawah ni….

cetak baju family day

 

cetak baju family day

 

Comey kan…..simple je. Customer ni cakap, dia buat gambar tu guna handphone dia je. Dia kata ada software yang dia guna untuk buat gambar kartun camtu. So….minat ke? Apalagi….emel le kat kitaorang nanti….

Lagi…apa citer lagi….

tshirt kelas

 

cetak tshirt kelas

 

Design Class of 2013 memang ramai betul minta. Macam customer ni. Dia pun guna design tu. Semua design ni, guna Customink.com je. Dia sendiri yang buat. Saya ambik je kat situ.

Belakang 2 kaler. Outline biru & base putih. Tapi dia menyesal skit ambik font yang kat belakang tu sebab susah nak baca.

tshirt kelas

 

Ni lagi gambar baju yang sedang didera tu. Bergelimpangan. Ruang printing walaupun kecik tapi mampu hasilkan beratus2 lai. Macam tak lojik je tapi itulah hakikatnya…..hehehe.

Haaaa….tempahan ni seronok sikit nak kongsi…cer tengok….

cetak baju

 

 

Haayyyaaa!!!!…lu tengok ini tumpahan haaa…ini olang cine ade oder. Dia ada tulis aaaa…Kg balu(kg baru) Tuluk Intan..

Tau tak sape yang order ni…ni dari bos courier saya ni. Dia buat charity untuk sekolah anak dia. Yang katun tu pun anak dia yang lukis. Pastu dia transfer ke Adobe Illustrator & print. 2 kaler printing & 280 pcs. Guna tshirt murah brand Foursquare.

cetak tshirt

 

cetak baju

 

Actually, banyak lagi tempahan yang belum di upload dalam blog ni tapi hari ni agak sibuk sikit. So, sempat 3 cerita je. Lepas ni, dah free, saya upload banyak2 lagi cerita pasal tempahan tu.

So, sape2 yang nak order & nak pakai lepas raya ni, korang di alu2kan untuk buat tempahan segera ye sebab yang menunggu lepas raya ni pun boleh tahan jugak banyaknya.

Nak order & nak tahu harga, mudah je….isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya atau emel/sms/call atau apa sahaja medium yang korang selesa.

Sori…takat ni jelah dulu ye…baaiiii!!!!!

Nik & Salina,
adminkomisen@gmail.com

PENGUMUMAN!!!!…..OREN SPORT ada baju baru…….

Hai korang,

Tengah buat apa tu? Mestilah tengah tengok blog saya kan…takkan tengah mancing ikan lak ye.

Rasanya baru lagi saya post cerita sebelum ni. Tapi disebabkan ada PENGUMUMAN PENTING nak buat…tu yang post lagi cerita baru ni.

Straight to the point…..nak umumkan ni..company Oren Sport ada keluarkan tshirt baru dengan kaler baru yang memang ramai yang cari sekarang ni.

Apa kaler baru yang ada….untuk baju 100% cotton ada DARK PURPLE, untuk baju kain jersi atau microfiber ada kaler SEA BLUE, DARK GREY, MAGENTA & DARK PURPLE, baju2 lain ada gak yang baru tapi ada yang belum dapat harga dari supplier lagi. Dah dapat nanti, saya ceritakan dalam blog ni nanti.

Pastu, baju HONEY COMB ada kaler MILO GREEN. Memang cantik gila design & kaler dia.

Cuba tengok contoh baju tu kat bawah ni….

Kod CT01XX Baru copy

Baju oren sport lengan panjang

Lengan panjang cotton ada kaler baru jugak…..kaler SEA BLUE. Cantik wooooo…boleh padankan dengan tshirt Sea Blue lengan pendek.

Ni gambar baju microfiber lak….

microfiber oren sport round neck

Kod 04XX atas tu untuk baju unisex(laki pompuan boleh pakai) & kod QD15XX yang bawah tu untuk tshirt female…ladies cutting. Ada tambahan kaler Dark Grey, Sea Blue, Magenta ngan Dark Purple.

Yang kolar pun sama gak. Tambahan kaler yang sama.

Ada lagi tambahan baju baru tapi masih belum dapat harga dari supplier. Tapi kalau korang berminat, emelkan ke emel saya di adminkomisen@gmail.com untuk dapatkan harga baju tu. Cer tengok gambar2 baju tu kat bawah ni….

tshirt microfiber oren sport

tshirt microfiber oren sport

Ni antara baju2 yang baru masuk dalam katalog baru Oren Sport. Kalau korang nak tengok lebih banyak baju2 ni…korang boleh klik kat page Katalog Oren Sport kat atas nun ataupun klik je kat link kat bawah ni. Pastu, klik kat link kat bahagian tepi sebelah kiri website tu. Pilih je baju mana yang korang berkenan & emel kod baju kat saya untuk saya bagi harga ye…

<<KLIK SINI UNTUK LIHAT PELBAGAI JENIS BAJU OREN SPORT>>

Korang memang bertuah kalau jumpa blog saya ni sebab blog saya antara yang paling aktif mempromosikan baju Oren Sport. Bukan nak bangga atau riak tetapi menceritakan yang hakikat. Kalau korang taip Oren Sport kat Google, blog saya antara yang paling atas & berada di first page. Untuk makluman korang, kalau duduk di first page carian di Google, maknanya tuan punya website atau blog tu seorang yang aktif le sebenarnya.

Oklah…..kalau korang excited dengan tshirt baru Oren Sport tu, boleh emelkan kat saya terus ye. Takpun boleh kontek terus di talian 0192254028 (Nik) atau 0193643692(Salina). Kalau konfiden skit kalau dengar suara kitaorang, ye tak?

Hari ni…cam biasa…ada beberapa cerita pasal tempahan baju yang saya nak kongsikan ngan korang.

Apa citernya?…..

cetak baju

Ni gambaran baju awal yang customer bagi. Nampak macam senang kan tapi bila customer bagi design camni, maknanya saya kena buat semula design tu. Saya kena buat dalam Adobe Illustrator balik sebelum boleh di print out.

Dipendekkan cerita, ini le hasilnya….

cetak baju

The Crew tu tambahan lain lepas diaorang konfem nak order. Depan besar saiz A3 & belakang pun sama.

Yang susah skit, buat logo Infinite tu. Memang akan ambik masa skit kalau nak buat.

tshirt cetak

baju kelas

Cer tengok. Sampai ke dapur jemur baju tu. Almaklum le….buat bisnes dari rumah. Tu yang main ikut dan je jemur kat mana2 tu.

Kat lengan pun diaorang nak jugak. Print logo sekolah 1 kaler print.

cetak baju kelas

Bersepah2……main longgok2 je. Tapi nak buat camane, dah memang camtu caranya nak print lengan. Kitaorang masukkan papan dalam lengan baju tu untuk bagi design nak print sharp skit.

Ok…apalagi citer tempahan tu……

tshirt kelas

Design depan satu kaler putih…

baju kelas

Design belakang..jugak 1 kaler print. Mudah je nak print, Alhamdulillah.

Cer tengok gambar adik2 ni pulak. Cantik tak Kak Tonnnn!!! hehehehe….Cer tengok baju diaorang pakai.

Cer tengok pulak gambar baju sebelum diaorang pakai tu….

baju kelas

tshirt kelas

contoh baju kelas

Mudah je design dia. Hanya buat kat Customink.com je. Tak payah pening2 mana nak buat design tu. Saya dah bagi dah tempat mudah untuk buat design baju tu.

Rasa excited tak tengok baju2 tu. Kalau korang nak merasa jugak baju kelas korang camtu…apakata isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & tunggu feedback dari saya. Jangan lupa emelkan sekali design nak print tu ye.

Takpun korang emel je maklumat untuk korang order baju tu di adminkomisen@gmail.com atau call terus kitaorang untuk lebih konfiden.

So…jangan lupa datang selalu ke blog saya ni ye. Korang pasti tak puas2 baca macam2 cerita dalam blog saya nanti.

Sampai jumpa lagi….baaaaiiiiii…..

Dari meja kuli merangkap penaip blog & merangkak suami CEO syarikat…hehehehe(jangan mare haa….),

Nik
adminkomisen@gmail.comĀ 

Dah boring dengan font biasa je…kenapa tak cuba font atau tulisan yang lebih canggih?

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Pekabo semua? Sihat le selalu ye….bagi yang muslim, Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak. Lagi beberapa hari kita nak berpuasa.

Kalau diikutkan tahun lepas, walaupun puasa…bertalu2 jugak masuk order. Tahun ni pun Alhamdulillah…walaupun belum bertalu2 lagi tapi setakat ni hampir tak menang tangan jugak order masuk.

Hari ni kan, nak kongsi le ngan korang pasal font atau jenis tulisan yang makin canggih sekarang ni. Kalau dulu, tulisan jenis Arial atau Times New Roman je yang biasa orang guna untuk print atas baju. Tapi sekarang ni, ada beratus ribu jenis tulisan yang ada dalam internet & sebahagian besarnya kita boleh download secara free je.

Cer tengok antara contoh tulisan yang saya ada masukkan dalam blog saya sebelum ni….

Jenis font

KLIK SINI KALAU NAK TENGOK JENIS2 TULISAN YANG LAIN!!!

Kalau dulu jenis yang melengkung & straight je kat bahagian belakang. Nampak macam boring je…tapi sekarang ni, kalau korang search FREE FONTS kat Google, berlambak2 jenis font yang korang tak pernah jumpa pun.

Antara website yang banyak saya ambik jenis2 font ni ialah dafonts.com, 1001fonts.com, ufonts.com dll. Kalau tak pecaye, cuba korang survey sendiri dalam internet. Rambang mata korang time nak memilih fonts tu.

Tapi kan…bukan semua font ni FREE. Ada gak yang berbayar. Kebanyakan fonts dalam website buat design baju saya iaitu Customink.com saya kena bayar.

Actually, Customink.com ni orang putih punya website. Saya menumpang je sebenarnya sebab bagi pilihan pada korang yang tak tahu nak buat design baju camane. So, banyak gak fonts dalam tu yang diaorang letak, saya perlu bayar dulu. So, mana yang font kena bayar, saya terpaksa bgtau customer suruh pilih fonts jenis lain atau saya cari fonts yang seakan2 dengan fonts yang diaorang pilih tu. Biasanya fonts yang berbayar ni dari website House Industries. Memang cantik fonts2 dia tapi kos dia sampai USD100++. So, rugi le kalau nak bayar. Setakat nak print je. Boleh deal balik ngan customer.

So…..pada korang yang dah bosan dengan tulisan2 biasa kalau nak print baju, kat blog saya ni macam2 jenis tulisan kitaorang FREE. Pilih je yang mana satu.

————————————————————————————————————————————————————-

TIPS HEBAT UNTUK KORANG :

Kalau korang nak tulisan yang sharp dan cantik, korang perlu pilih jenis2 tulisan dalam internet & download ke komputer korang.

Jangan bagi dalam format .jpeg, .pdf dll sebab kitaorang kena touch up dulu font tu, baru boleh print.

———————————————————————————————————————————————————–

Ok…nak bagitahu lagi ni, promosi FREE Tshirt tu masih lagi berjalan sehingga akhir bulan Julai ni. Ada 2 promosi….dapat TShirt FREE kalau sape2 bagi pendapat atau cadangan yang paling hebat tentang bisnes cetak baju kami ni & FREE TShirt selai pada sesiapa yang order 30 lai ke atas sehingga akhir bulan Julai ni. Kalau tak caye, cuba KLIK SINI!!!

Rebut le peluang ni sementara masih ada….Pasni, tak tahu le nak offer apa lagi tapi In Sha Allah, akan ada lagi offer untuk korang nanti ye.

Ok….kalau tak kongsi cerita pasal baju tak sahkan. Hari ni nak cerita beberapa tempahan yang sempat diambil gambar baru2 ni. Kalau diikutkan banyak yang dah siap tapi mana yang print simple je, saya tak akan masukkan dalam cerita ni sebab dah biasa tengok dah print camtu.

CITER PERTAMA……..

cetak baju kelas
Saya suka design baju ni sebab ada kartun kat depan tu & 2 kaler kat belakang. Customer ni guna Customink.com je tapi gambar kartun tu dia emel lain masa saya nak start print. Cuba tengok jenis font yang diaorang pilih tu. Kan ke lain skit font dia…Cuma kalau korang tengok tulisan Memories 2013 yang baju belakang tu, kalau diikutkan tulisan tu kena bayar tu tapi saya cuba buat tracing dalam Adobe Illustrator. Tapi kalau tracing, tulisan dia tak sharp sangat. So, biasanya kalau nak sharp macam tulisan2 lain saya akan suggest guna font lain yg FREE kat internet. Baru mudah nak print & sharp kat tepi2 line tulisan tu.

cetak tshirt kelas

baju kelas

Kalau diikutkan mudah je print baju ni tapi nama soarng kat depan tu yg akan ambik masa skit tapi masih lagi mudah bagi kami nak print.

CITER DUA :

tshirt kelas

Sekarang ni banyak betul tempahan TShirt kelas yang saya terima. Satu lagi, design “The Class of 2013” cam kat atas ni paling banyak dapat pilihan dari customer. Pastu, biasanya kalau pompuan diaorang letak nama kat bawah baju sebab pakai tudung & nama lelaki kat dada atau lengan.

Cer tengok font nama tu….kan lain dari yang lain tu. Semua ni diaorang buat kat Customink.com je. Maknanya kalau korang tak ada idea nak buat design….website tu bagi banyak pilihan design kat korang. Senang & korang pun puas hati. Kalau nak suruh saya buatkan memang tak sempat & saya mesti akan caj design tu.

cetak baju kelas

cetak baju kelas

Seronok betul budak2 ni dapat baju ni….bila jalan ramai2 kat sekolah pakai baju sama je, rasa cam kembang kempis je hidung…bangga ooooo….hehehehe. Bukan saya tak tahu. Dah ada pengalaman sebelum ni..tu yang boleh cerita tu.

Ok…CITER TIGA :

TSHIRT KELAS

Lagi satu design yang diambil dari Customink.com….Yang SMK Assyakirin tu jenis tulisan dia “BORING LESSON”. Lain kan font dia. Yang ini baju kelas ala2 jersi bola ni sebab diaorang buat ada nama ngan nombor kat belakang…

tshirt kelas

Haaaaa…lupa nak bgtau..saya ada set nombor yang baru. Cam gambar kat atas ni. Kalau korang nak jenis font cam kat atas ni, bgtau ye.

Setakat ni saya ada 2 set nombor je untuk nombor jersi ni. Satu jenis font Jersey & atas jenis Capture It.

Kalau korang nak buat jenis lain boleh…..tapi saya akan caj mahal sikit sebab saya kena buat blok printing baru. Maknanya, kalau korang sanggup bayar lebih, kitaorang boleh buatkan.

tshirt kelas

CITER EMPAT :

tshirt kelas

Lagi tshirt kelas……tapi yang ini diaorang lukis tangan je & saya lukiskan balik. Kalau camni, saya akan caj skit untuk buat design tu & biasanya saya serapkan kos atau caj buat design tu dalam harga baju diaorang.

Bila dah siap saya tunjukkan kat diaorang dulu, pastu baru saya start print.

tshirt kelas

baju kelas

Kalau yang jenis lukis tangan ni…biasanya diaorang tak banyak songeh sangat sebab diaorang bergantung pada saya untuk buatkannya. Tapi nasihat saya kalau korang nak lagi puashati, korang buat le sendiri design tu ngan kawan2 pastu emelkan kat saya. Lagi korang puashati, betul tak?

Ok….rasanya setakat ni dulu buat kali ni.

Saya nak mintak le jasabaik korang…tolong le jangan buat order atau tanya soalan kat bahagian komen di setiap artikel. Kalau nak tanya pasal harga baju korang boleh isi form kat page “Cara Bayaran” kat blog saya atau emel terus ke adminkomisen@gmail.com atau call/sms terus. Whatsapp pun boleh tapi paaaaaaaaling baik ialah emel je maklumat nak order tu sebab tiap2 hari saya jawab emel korang, In Sha Allah.

Ok…jumpa lagi…baaaaaiiiiii….

Nik & Salina,
adminkomisen@gmail.com

%d bloggers like this: