Peraduan dah tamat & Cuti Raya kami dari 6/8/2013 hingga 11/8/2013!!!

Hai, Hai, Hai….

Salam cetak baju pada semua pelawat2 blog saya. Untuk makluman korang, semalam ada lah hari last bagi promosi 1 helai tshirt FREE bagi tempahan30 lai ke atas & tarikh akhir jugak untuk peraduan soal selidik yang kitaorang buat semenjak bulan Jun hari tu.

Ramai yang join & macam2 jenis komen yang saya terima. Semuanya saya terima dengan hati yang terbuka. Ada yang bagi komen pedas, ada yang puji & ada gak yang no komen. Terima kasih banyak2 pada korang yang sudi meluangkan masa menjawab soal selidik tu sebelum ni.

So, lepas raya ni..kitaorang akan pilih mana pandangan & cadangan paling bernas untuk kitaorang bagi hadiah macam yang dijanjikan sebelum ni. Janji mesti ditepati & pemenang saya akan kontek melalui emel atau telefon nanti.

Semua komen2 tu jugak nanti, saya akan ambil sebagai panduan untuk baiki lagi apa yang kurang dalam bisnes & blog kitaorang nanti.

Terima kasih sekali lagi. I love U all!!!

Dikesempatan ni nak bgtau jugak yang kitaorang sekeluarga akan start bercuti raya dari 6 Ogos 2013 hingga 11 Ogos 2013. Kedai kitaorang bukak balik cam biasa lepas 12 Ogos nanti.

So, bagi sape2 yang nak order dalam masa terdekat ni, kitaorang dah pun stopkan dulu kecuali bagi sape2 yang nak lepas raya. Kalau lepas raya, In Sha Allah, diterima tapi jangan le dekat sangat masanya. Tertonggeng2 kami nak buat nanti. Bagi le peluang kami nak beraye sambil makan satey dulu..hehehe.

Ok..kalau korang dah terang lagi bersuluh pasal cuti kitaorang tu, so cam biasa….nak kongsi ngan korang, macam2 order kitaorang terima baru2 ni. Sampai terpaksa tolak mana yang nak sebelum raya tu. Kesian diaorang..tapi apa boleh buat. Kalau terima & tak siap, lagi teruk kitaorang kena nanti. Mau diaorang gigit telinga kitaorang nanti sebab tak sempat siap. Dok gitu….?

Apa citer hari ni….cer tengok gambar2 kat bawah ni…..

Design Baju Maszuin

 

Ni gambar asal yang customer lukis sendiri. Cantik tak?

Kalau korang nak buat kartun camni pun, bgtau saya. Nanti saya mintak diaorang lukiskan untuk korang.

Pastu, hasilnya bila dah print atas baju cam kat bawah ni….

cetak baju family day

 

cetak baju family day

 

Comey kan…..simple je. Customer ni cakap, dia buat gambar tu guna handphone dia je. Dia kata ada software yang dia guna untuk buat gambar kartun camtu. So….minat ke? Apalagi….emel le kat kitaorang nanti….

Lagi…apa citer lagi….

tshirt kelas

 

cetak tshirt kelas

 

Design Class of 2013 memang ramai betul minta. Macam customer ni. Dia pun guna design tu. Semua design ni, guna Customink.com je. Dia sendiri yang buat. Saya ambik je kat situ.

Belakang 2 kaler. Outline biru & base putih. Tapi dia menyesal skit ambik font yang kat belakang tu sebab susah nak baca.

tshirt kelas

 

Ni lagi gambar baju yang sedang didera tu. Bergelimpangan. Ruang printing walaupun kecik tapi mampu hasilkan beratus2 lai. Macam tak lojik je tapi itulah hakikatnya…..hehehe.

Haaaa….tempahan ni seronok sikit nak kongsi…cer tengok….

cetak baju

 

 

Haayyyaaa!!!!…lu tengok ini tumpahan haaa…ini olang cine ade oder. Dia ada tulis aaaa…Kg balu(kg baru) Tuluk Intan..

Tau tak sape yang order ni…ni dari bos courier saya ni. Dia buat charity untuk sekolah anak dia. Yang katun tu pun anak dia yang lukis. Pastu dia transfer ke Adobe Illustrator & print. 2 kaler printing & 280 pcs. Guna tshirt murah brand Foursquare.

cetak tshirt

 

cetak baju

 

Actually, banyak lagi tempahan yang belum di upload dalam blog ni tapi hari ni agak sibuk sikit. So, sempat 3 cerita je. Lepas ni, dah free, saya upload banyak2 lagi cerita pasal tempahan tu.

So, sape2 yang nak order & nak pakai lepas raya ni, korang di alu2kan untuk buat tempahan segera ye sebab yang menunggu lepas raya ni pun boleh tahan jugak banyaknya.

Nak order & nak tahu harga, mudah je….isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat blog saya atau emel/sms/call atau apa sahaja medium yang korang selesa.

Sori…takat ni jelah dulu ye…baaiiii!!!!!

Nik & Salina,
adminkomisen@gmail.com

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 27/07/2013, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: