Cetak TShirt dan PRU…tak pernah berpisah dari dulu lagi!
Assalam & Salam Cetak Baju semua,
Haaa…buat apa tu? Mesti le tengah baca blog kan?
Harap2 korang sentiasa sihat walafiat bersama yang tersayang.
Nampaknya PRU datang lagi…5 tahun sekali dia datang.
Kalau PRU atau Pilihanraya Umum ni datang maknanya TShirt wajib ada.
Setiap kali PRU…setiap kali tu lah kitaorang dapat order TShirt untuk pilihanraya.
Biasanya parti2 yang bertanding ni akan bagi free TShirt kat bakal2 pengundi kat tempat diaorang.
TShirt ni ibarat macam promosi atau marketing bagi calon2 yang bertanding sebab bila dah ramai pakai baju tu kat tempat diaorang, maka orang yang nak mengundi akan teringat2 kat TShirt yang ramai2 pakai tu.
Lagi lah bagi mereka yang masih atas pagar atau tak tahu nak pilih calon yang mana….so, susah2 sangat undi je calon yang kita tengok ramai pakai TShirt dia.
Tapi saya tunjuk gambar TShirt Barisan Nasional ni tak semestinya saya ambik order untuk parti tertentu je…untuk bisnes semua kita pulun.
Yang mana boleh buat duit…semua kita sapu.
Orang berniaga ni kena neutral tapi tang mengundi…undi adalah rahsia….
Masa Tahun 2013 hari tu, saya ada jugak bercerita pasal mengundi time tu.
Ini tahun 2013 ni…sekarang 2022..dah 9 tahun dah.
Tahun ni nak mengundi lagi. Sekejap je masa berjalan.
Selain daripada TShirt untuk PRU, kitaorang pun sentiasa sibuk dengan tempahan TShirt2 lain.
Antara yang baru masuk baru2 ni…TShirt sekolah Tadika…










Ni antara TShirt tadika, pasti & Taska yang saya siapkan baru2 ni.
Ada yang tempah siap dengan seluar sekali untuk budak tadika.
Pos bukan setakat Semenanjung je…ada yang tempah nun jauh dari Kota Kinabalu pun ada.
Makasih ye semua….
Selain TShirt tadika, kat akhir tahun ni…TShirt untuk syarikat pun banyak.
Biasanya diaorang nak habiskan bajet tahunan…tu yang biasanya diaorang buat TShirt untuk cenderamata pada staf.









Kalau tak TShirt untuk syarikat..ada jugak yang tempah untuk aktiviti sukan diaorang.
Ada yang cetak nombor & ada jugak yang cetak nama team.
Macam2 stail diaorang ni tempah…ikut je idea masing2.



BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ini lah antara tempahan TShirt yang saya sempat upload untuk hari ni.
Bagi korang yang nak tempah TShirt tu…jangan malu & jangan segan.
Follow je step bawah ni atau atas ni…
Walau sesibuk mana pun kami, customer is always No.1.
Kami menunggu tempahan korang ye!
Yang Ikhlas,
Abg Nik & Kak Salina
0192254028 / 0193643692
Posted on 30/10/2022, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0