Dah nak bukak sekolah ni…Cetak TShirt Sukan Sekolah jadi tumpuan cikgu2 sekarang ni…
Salam cetak baju semua,
Setakat saya tulis artikel ni, lagi seminggu cuti sekolah berakhir & penggal sekolah baru akan dibuka.
Time ni le cikgu2 sekolah berduyun2 nak order TShirt sukan, TShirt Sekolah & TShirt Asrama diaorang.
Bila bukak je sekolah…TShirt2 untuk aktiviti diaorang dah siap sedia dah.
Kebiasaannya yang datang order dengan kitaorang ialah regular customer yang dah beberapa tahun order TShirt dengan kitaorang.
Diaorang duk ulang order dengan kuantiti yang besar…mungkin puashati dengan servis & produk kami kot.
Walaupun ada beberapa kali harga terpaksa dinaikkan sedikit sebab harga material pun dah naik, tapi diaorang still order dengan kitaorang jugak.
Mari nak cerita sikit pasal tempahan TShirt untuk sekolah ni.
Kebiasaannya time cuti sekolah panjang terutamanya hujung tahun nak masuk tahun baru….kitaorang memang pack dengan tempahan TShirt untuk aktiviti sukan sekolah seluruh Malaysia.
Biasanya pihak sekolah akan caj harga TShirt2 ni dalam yuran sekolah budak2 nanti.
Tu yang diaorang berpusu2 order time awal bukak sekolah tu.
Kitaorang ada sediakan beberapa pilihan TShirt Sukan, TShirt Sekolah & TShirt asrama untuk sekolah ni….
Antaranya…
TSHIRT PLAIN
Kalau cikgu2 nak tempah TShirt tapi bajet diaorang tak besar, saya suggest guna baju plain camni je.
Pastu tambah cetak. Harga pun tak mahal sangat & masih lagi mampu milik.





Contoh macam gambar atas ni…sempoi je.
Kain pun sedap dipakai & still boleh bawak pergi jalan2 jugak.
TSHIRT YANG SAMBUNG KAIN ATAU RAGLAN
Kalau yang cotton kitaorang ada dari saiz budak2 sampai dewasa.
Cantik jugak kalau nak order baju camni untuk aktiviti sekolah
Ada lengan pendek & panjang. Sesuai sangat untuk aktiviti yang berkaitan rumah sukan.
TShirt yang ni antara yang paling banyak dapat sambutan dari sekolah sebab kain dia ok & kombinasi warna yang menarik.










Budak2 suka sangat guna TShirt ni sebab kain dia lembut & design dia cantik.
Just tambah design nak print je.
TSHIRT CUSTOM MADE
Yang ni pun banyak kitaorang terima tempahan tapi masalahnya lambat siap.
Masa saya tulis artikel ni, TShirt custom made ni dalam 1.5 ke 2 bulan baru boleh siap.
Ada supplier yang cepat siap tapi harga mahal sikit.
Tak apa…korang bagitahu je dulu detail kat kitaorang, nanti kitaorang tanya supplier dulu nanti.
Kebanyakan besar customer yang buat custom made ni ialah customer yang duk ulang banyak kali order dengan kitaorang.
Ada yang dah 7 ke 8 tahun deal dengan kitaorang, setiap tahun diaorang order dengan kitaorang.







TSHIRT SUBLIMATION
Selain daripada TShirt kat atas ni, ada satu lagi jenis TShirt yang dapat sambutan hangat dari pelanggan iaitu TShirt Sublimation.
TShirt sublimation ni mesti kain jenis microfiber. Jenis cotton saya tak buat.
Saya terima 30 helai ke atas untuk baju sublimation ni sebab kena jahit lain.
TShirt sublimation ni special sebab kita boleh cetak apa je atas baju tu ikut kehendak kita.
Beza dengan TShirt readymade, tak semua jenis stail printing boleh buat macam baju sublimation.
Contohnya camni….










So..cikgu2 sekolah yang nakkan kelainan, boleh try tempah TShirt sublimation ni nanti.
Lain dari yang lain & boleh cetak apa sahaja design yang terlintas kat kepala (selagi tak melampaui batas).
Oklah….hari ni cam biasa, saya nak kongsikan contoh2 tempahan yang saya siapkan sebelum ni.
Oooppsss sori….iklan jap…hehehe.
Bukak2 kotak, keluar lak kepala 2 ekor anak bulus ni. Jadi le buat hiburan kat kedai.












Sebelum cuti sekolah hari tu, kitaorang banyak dapat order TShirt Hari Keluarga.
Cetak pun simple je….1 kaler print.
Design semua pilih & buat sendiri. Kitaorang transfer je ke TShirt.




Yang ni TShirt company ni…
Semua regular customer ni…dah beberapa kali order dengan kitaorang. Senang sikit sebab design semua dah ada.
Tak payah susah2 nak lukis balik sebab semua dah ada.
TShirt yang ni kan….hari tu kitaorang ada siapkan dalam beberapa ratus helai jugak.
Pastu, pakat dengan wife gi hantar sendiri kat KL sebab nak jimat kos pos.
Pastu jugak, minggu lepas gi jalan2 kat Sogo KL dengan anak2. Jumpa dengan branch dia…tak lepas peluang, gi ambik gambar sebagai bukti.
Bangga jugak buat TShirt tu hari tu…hehehehe.


Yang ni khas untuk kem motivasi remaja kat Johor.
Jauh terbang tu…dari Perak ke Johor.
Seronok betul diaorang dapat pakai baju tu sambil bermotivasi.
Terima kasih ustaz Herman..nak order lagi bagitau ye!
Ok…setakat ni dululah ye.
Bagi yang nak order TShirt dengan kitaorang,,just follow je step ni…
BAGAIMANA CARA NAK TEMPAH TSHIRT KORANG TU YE?
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ok..jumpa lagi dilain hari…baaaaaiiiiiiiiii….
Ikhlas :
Abg Nik & Kak Salina
Posted on 11/03/2023, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0