Order Cetak TShirt Sekarang…Lepas raya boleh pakai!

Assalam semua pelanggan & bakal pelanggan mohcetakbaju,

Masa artikel ni di tulis, baru je start puasa.

Alhamdulillah…Allah bagi peluang lagi kat kita untuk sambung bernafas & tempuh lagi Ramadhan tahun ni.

Bagi korang yang sedang mencari2 TShirt untuk macam2 aktiviti lepas raya ni, saya suggest korang start le pikir untuk order sekarang ni.

Ada banyak jenis TShirt yang korang boleh start order bulan ni…antaranya :

ANTARA JENIS2 TSHIRT UNTUK GUNA LEPAS RAYA!

TShirt Hari Keluarga

Bagi korang yang rasa2 macam nak ada kenangan keluarga time raya tahun ni, korang boleh le start untuk tempah TShirt Hari Keluarga korang.

Pasal design atas baju tu, kalau korang tak ada idea, jangan risau…kitaorang ada sediakan jugak.

Cer klik link bawah ni untuk tengok antara contoh design yang kitaorang sediakan.

Biasanya sebulan bulan Syawal orang beraya & time ni lah nak berkumpul adik beradik & sedare mara semua.

TShirt Hari Keluarga ni tak perlu komplikated sangat. Simple2 je pun ok dah..macam bawah ni…

TShirt Sukan Sekolah

Time bulan puasa ni, budak2 tak boleh bersukan sangat sebab masing2 berpuasa.

Kalau buat jugak sukan time ni, mau semua bocor puasa masing2.

So…apakata, dalam bulan puasa ni, cikgu2 start kumpul detail saiz baju semua untuk start order baju sukan sekolah tu.

Nanti bila dah lepas raya, tak ada le terkejar2 sangat nanti.

Bila habis je raya…anytime boleh buat sukan sebab TShirt dah ada semua.

Cikgu2 koperasi pun boleh start jual TShirt kat koperasi sekolah.

Cikgu bagi je design apa nak…nak kitaorang buatkan.

Macam2 stail cikgu boleh buat….

TShirt Batch

TShirt Batch ni kalau sape2 yang pandai buat duit memang masyyuuukkkk.

Sebab TShirt batch ni, korang boleh promote kat group yang besar & banyak tempat.

Contohnya, korang buat TShirt group SBP (Sekolah Berasrama Penuh) untuk seluruh Malaysia.

Korang bukan je boleh buat kat sekolah korang je..tapi bayangkan sampai beribu2 helai ke seluruh Malaysia yang ada sekolah SBP.

Katakan korang dapat order dalam 1,000 helai..kalau korang ambik untuk RM5 je sehelai, tak ke free2 dapat RM5,000 tu?

Gilo betul….

Macam2 tempat korang boleh promote..antaranya MRSM, Politeknik, Universiti dll.

Kat Universiti tu boleh lagi pecah ke ikut kursus lagi, ikut degree, ikut diploma dll.

Bukan sikit2 tu….macam2 idea boleh buat.

TShirt Kelas

TShirt Kelas ni pun banyak jugak kitaorang dapat tempahan.

Terutamanya budak2 sekolah yang nak ada kenangan dengan classmate diaorang.

Bangga jugak kalau ada TShirt kelas ni sebab semua mata memandang kat kita kalau kita pakai TShirt tu ramai2.

Biasanya TShirt sebelah akan jeles nanti…hehehe.

TShirt Kelas ni pun kalau korang tak ada idea nak buat yang macamane…boleh pilih je kat website kitaorang.

Klik link bawah ni & boleh pilih nak design yang mana….

TShirt Syarikat / Company

Antara TShirt yang kitaorang dapat order tak kira masa…setiap masa ada orang order ialah TShirt company.

TShirt company ni ada beberapa jenis :

TShirt untuk staf pakai.

TShirt cenderamata untuk ejen atau rakan kongsi bisnes

TShirt sempena mesyuarat besar2.

TShirt sempena capai satu2 pencapaian

TShirt untuk promosi kat customer

TShirt untuk jual kat staf (koperasi)

Ada macam2 jenis TShirt company yang korang boleh order.

Kalau diikutkan ada macam2 jenis TShirt yang korang boleh pilih bergantung pada idea masing2.

Jika korang rasa nak order TShirt2 ni, guna Whatsapp je macam bawah ni…

Sampai jumpa lagi ye….

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 24/03/2023, in Umum and tagged , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: