Cetak TShirt design sendiri….dulu dan sekarang!
Ni lah kami..Abg Nik & Kak Salina
Salam cetak baju semua,
Alhamdulillah….syukur pada Allah sebab masih memberikan kita udara untuk bernafas & masih lagi diberikan peluang untuk sediakan TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang…dulu, kini & selamanya.
Nampaknya lepas raya ni, banyak aktiviti yang akan dimulakan semula lepas terpaksa stop sekejap sebab puasa (especially untuk orang islam).
Walaupun puasa, Alhamdulillah kitaorang dapat order non stop jugak sebab ramai yang order tu, nak guna lepas raya ni.
Biasanya kalau tahun2 sebelum ni, order time puasa macam slow sikit tapi ni terbalik pulak.
Tak tahu lah kenapa tapi tak kisah lah…janji ada rezeki masyuukkkk….
Dulu dan sekarang memang banyak bezanya dalam bisnes cetak TShirt design sendiri ni.
Bukan sikit2 punya beza…tapi besar bezanya…
So…hari ni saya nak share sikit dengan korang beza cetak tshirt dulu2 & sekarang.
Ada beza sangat ke????
Memang banyak beza…
Antaranya :
- Kalau dulu2…nak order TShirt design sendiri ni sikit2 tak boleh sebab kilang yang buat. Kalau nak mesti ratus2 helai, baru kilang terima.
Tapi beza dengan sekarang…bila dah ramai yang buat bisnes cetak TShirt sendiri, so, 1 helai pun boleh terima.
Tapi kami di www.mohcetakbaju.com terima 5 helai ke atas je tapi still kuantiti yang sikit & sape2 pun boleh order.
2. Kalau dulu2…design cetak baju tu standard je.
Just simple je & tak banyak pilihan corak2.
Tapi sekarang..bila ada TShirt jenis sublimation, macam2 stail yang tak masuk di akal yang korang boleh buat.
3. Kalau dulu2….nak order cetak baju sendiri kena pegi ke bandar2 atau kilang2 besar, baru boleh order.
Remeh sikit sebab kena deal bersemuka, baru boleh order.
Mana yang duduk kat bahagian pedalaman tu, jangan harap nak beli TShirt design sendiri ni.
Beli je lah kat kedai yang dah siap print.
Tapi sekarang ni, bila dah ada internet & courier, duduk ceruk kampung mana pun boleh order. Semua dihujung jari.
Saya di Semenanjung ni dah banyak kali pos baju ke Sabah Sarawak (Ada nama tempat yang tak pernah dengar pun ada)
Ada jugak beberapa kali customer dari Singapore, UK, Korea dll yang order dengan saya.
Ini menunjukkan sekarang ni memang canggih….seluruh dunia boleh pos.
4. Kalau dulu2….design nak cetak main lukis tangan je.
Dulu mana ada komputer.
Sekarang ni, klik je kat internet, ada macam2 cara boleh buat design.
Sekarang ni pun masih ada lagi customer bagi design dengan cara lukis tangan tapi kitaorang still akan lukis balik dalam komputer supaya design tu lebih sharp.
5. Kalau dulu2…nak pilih baju readymade pun susah utuk siap print.
Kalau dulu,TShirt mesti kena custom made.
Nak cari company yang ada katalog baju memang susah.
Sekarang ni, bersepah2 supplier baju kat Malaysia ni.
Ada macam2 stail yang korang boleh pilih. Mudah & senang je.
Itu antara beza bisnes TShirt cetak design sendiri ni dulu & sekarang.
Sekarang ni memang banyak sangat mudahnya kalau nak order baju tu.
Bukan setakat boleh order untuk sendiri pakai tapi siap boleh buat duit lagi dengan bisnes TShirt tu.
Ni antara contoh2 gambar baju dulu2 sebelum internet wujud.
Korang boleh nilai lah sendiri betapa susahnya nak dapatkan TShirt design sendiri dulu2.




Dulu2 hanya kilang2 yang besar je yang boleh buat print baju ni
Pastu nak print baju pun bukan main susah…banyak kerja
Tapi walaupun camtu, akibat susahnya printing dulu2..diaorang lah yang memudahkan cara printing sekarang.
Sampaikan orang perseorangan pun boleh buat bisnes dengan TShirt design sendiri ni.
Contohnya macam saya sendiri…
Masa mula2 start bisnes TShirt ni pun, starrt print atas meja makan je…










Jemur pun berterabur macam gambar atas ni.
Dulu pakai papan sekeping & masukkan dalam setiap baju.
Time nak jemur letak je berterabur atas lantai atau mana yang ada ruang.
Beza sangat dengan sekarang. Sekarang dah ada meja printing yang proper cam bawah ni…










Sekarang lebih proper sebab dah siap ada penyidai khas untuk sidai baju yang dah siap print.
Kat sini saya nak kongsi jugak cerita dulu2 yang mungkin ramai tak tahu.
Dulu kitaorang pernah jugak masuk suratkhabar Sinar Harian.
Alhamdulillah..merasa jugak muka masuk suratkhabar.
Just nak bagitahu je….untuk korang lebih konfiden untuk order TShirt dengan kitaorang.
Itu je saya nak kongsi hari ni…
Bagi yang rasa nak order TShirt dengan kitaorang, just follow je step bawah ni & korang tunggu je Reply dari kami ye…
Sampai jumpa lagiii…baaaiii….
Abg Nik & Kak Salina
www.mohcetakbaju.com
Posted on 06/05/2023, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0