Masa…sangaaaatttt penting dalam bisnes cetak TShirt design sendiri ni….

Hai & Salam Cetak Baju semua,

Apa khabar semua?

Saya doakan semoga semuanya sihat2 belaka & rezeki melimpah ruah semuanya.

Hari ni just nak share dengan korang…bagaimana pentingnya MASA dalam bisnes cetak baju design sendiri ni.

Kalau bagi bisnes yang buat TShirt readymade & customer tak ada event apa2…MASA ni taklah penting sangat.

Tapi kalau bagi TShirt yang nak digunakan dalam acara2 tertentu…kadang2 memang terkejar2 dengan masa ni.

Hanya ada beberapa situasi je yang tunjukkan MASA ni sangat penting bila customer order dengan kitaorang.

Bila tu???

  1. Hari Keluarga

    Biasanya kalau Hari Keluarga yang customer buat tu secara tiba2 atau last minit.

    Jenis yang macam ni memang terkejar2 nak disiapkan sebab TShirt tu MESTI & WAJIB sampai kat tangan diaorang sebelum program Hari Keluarga bermula.

    Kalau dapat lepas Hari Keluarga…memang stress lah customer sebab tak dapat pakai baju tu.

    Ada beberapa kali, saya terpaksa hantar sendiri by hand baju tu kat customer sebab masa dah suntuk.

    Kadang2 tu pelik jugak…kalau nak urgent ni ada je masalah timbul macam courier lambat lah, print problem lah dll.

    Tapi hanya masalah minor saje tu.

    Biasanya kalau customer yang duduk jauh & terpaksa kena pos, kalau suntuk sangat, saya tolak je dengan cara baik.

    Sebab kalau terima & tak sempat pos, kan ke naya tu.

    Kalau yang order tu…dekat2 sini je, In Sha Allah boleh lagi.

  2. TShirt Rewang/Kahwin/Bekwoh


    Yang ni dia punya cerita pun sama jugak dengan TShirt Hari Keluarga.

    Kalau tak pos time hari kahwin diaorang…mesti naya nanti.

    Time kahwin tu mesti TShirt tu dah diterima & boleh pakai sedondon dengan keluarga & petugas2 jamuan tu nanti.

  3. TShirt Program Pejabat

    Ada sesetengah TShirt tu, customer buat untuk meraikan sesuatu kat pejabat diaorang.

    So..untuk raikan program tu, TShirt yang ditempah tu mesti sampai sebelum program dijalankan.

    Kadang2 ada orang besar nak datang…tu yang beria2 benor nak siapkan sebelum majlis tu.

    Macam baru2 ni…saya terpaksa pulun siang & malam siapkan topi untuk customer ni sebab ada menteri nak datang kat ofis diaorang.

    Kalau tak siap on time, mesti kena marah nanti.

  4. TShirt Sukan Sekolah

    TShirt sukan sekolah ni banyak jugak saya terima tempahan tapi kebanyakannya diaorang order awal.

    Yang mana biasa order dengan saya atau regular customer, memang diaorang akan order awal supaya tak kelam kabut.

    Yang last minit order ni biasanya yang baru dapat bajet untuk beli TShirt tu.

    Macam TShirt lain jugak…kalau dah last minit order ni, kalau mampu siapkan ontime, saya terima…kalau tak mampu, saya tolak cara baik.

  5. TShirt Reunion

    TShirt Reunion ni biasanya customer order time2 cuti sekolah sebab nak kumpul ramai2 tu biasanya tunggu anak2 cuti sekolah dulu.

    So..pada yang dah plan awal, tak jadi masalah…In Sha Allah selamat.

    Ada jugak jenis customer yang minggu depan nak buat program, minggu ni baru nak order.

    Ada yang lagi stress tu, Jumaat nak buat program, Rabu baru nak order.

    Kalau suntuk sangat macam biasa…saya cuba tolak dengan cara baik.

    Baik kita terus terang je sebab kalau tamak & tiba2 tak siap on time…rasanya sekali tu je customer tu order kot.

So, kesimpulannya…..bagi customer yang nak buat TShirt & ada program penting nak guna, kitaorang syorkan order awal…average 2 minggu awal ke.

Supaya nanti tak pening kepala atau stress kalau tshirt tak siap on time.

Lagipun bagus order awal ni sebab boleh basuh dulu baju tu & sempat agih kat group proper sikit.

Ada jugak regular customer kami yang dah start untuk buat TShirt sekolah masing2 sekarang ni tapi nak guna tahun depan.

Bagi saya…baik standby awal sebab kalau last minit order…ada 2 risiko, takut baju tak sempat siap ataupun kalau siap pun mungkin risau masalah pada kualiti.

Tapi Alhamdulillah setakat ni kitaorang jujur je….kalau sempat buat, kitaorang bagitahu & kalau tak sempat pun, kitaorang bagitahu jugak.

Buat apa nak rebut semua order tu tapi last2 tak sempat siap on time.

Baik fikir untuk jangka masa panjang daripada nak untung cepat.

So…mana2 yang rasa nak order TShirt korang tu, plan awal2 supaya tak jadi masalah kemudian nanti ye.

Ok…hari ni, cam biasa, saya nak kongsi ngan korang antara tempahan TShirt yang kitaorang siapkan baru2 ni ye….

Punyalah banyak logo nak print atas baju tu.

Yang mencabar sikit bila nak buat satu2 logo tu semula dari scratch…memang kena fokus lebih.

Tapi Alhamdulillah…pengalaman lebih 13 tahun dalam industri ni, so rasa mudah sikit nak buat.

Kalau guna stiker untuk warna logo asal, mudah je sebenarnya tapi sebab nak kena tukar ke 1 warna, tu yang pening sikit tu.

Tapi Alhamdulillah…settle dah semua.

Yang ni biasa je sebab depan logo 2 kaler je.

So, agak mudah. Lagipun ni regular customer ni.

Design logo asal dah pernah buat sebelum ni. So…tak ada masalah besar sangat.

Yang ni pun sama…tempahan dari regular customer kami.

Tapi masalah sikit sebab design asal designer lama yang simpan. Dia dah berhenti kerja.

So…bos le yang kena korek & cari dalam komputer dia sebelum ni.

Nasib baik jumpa…kalau tak, jenuh jugak nak lukis semula gambar didi & friends tu…hehehe.

Sempena Maulidurrasul baru2 ni, kitaorang dapat jugak tempahan dalam 200++ untuk program selawat customer kitaorang.

Alhamdulillah…at least dapat le buat sumbangan sikit pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Kat bawah ni antara gambar2 yang sempat kitaorang ambik masa program tu…seronok ooooo….

Alhamdulillah…..selesai semua tadi.

Ni pulak TShirt Pertandingan Memancing Udang Felcra.

Memang sempoi….seronok le depa dapat baju FREE masing2 sambil mancing udang.

Lagi TShirt Family day.

Simple je…cetak belakang je 1 kaler.

Bukan susah pun…design semua dah standby…tak yah pening2 nak mikirkan designnya…

Semua kami buatkan & tunjuk kat korang.

Setuju je..jalaannnn…..

Sape tahu apa makna GEJOBOS?

Saya dah kahwin dengan orang Perak ni baru tahu apa itu GEJOBOS.

Gejobos ni kalau diikutkan bahasa Jawa..macam rewang le camtu.

Maknanya ni TShirt rewang le ni.

Kalau orang Pantai Timur panggil Bekwoh atau in English BIG WORK…hehehe.

Oklah..rasanya setakat ni dulu buat kali ni.

Macam biasa…banyak cara yang korang boleh order dengan kitaorang….

Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!

Ok semua…jumpa lagi dilain masa…baaaiiii….

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 07/10/2023, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?