Habiskan bajet tahunan dengan TEMPAH TShirt design anda sendiri…..

Assalam & Salam Cetak baju semua,

Nampaknya lagi 2 bulan Tahun 2023 akan tamat.

Macam tahun2 sebelum ni, semua tempat terutamanya pejabat, sekolah, persatuan dan lain2 akan cuba sedaya upaya menghabiskan bajet tahunan masing2 sebelum habis tahun.

Ada yang guna bajet tahunan untuk buat kursus motivasi, ada yang buat lawatan sambil belajar, ada yang bagi cenderahati dan macam2 lagi.

Kadang2 yang menguruskan bajet tahunan tu dah pening dah, apalagi yang nak dibeli supaya dapat capai target bajet tahun ni.

Tapi pada kebiasaannya…TShirt adalah antara benda yang agak glamer untuk diaorang gunakan bajet tahunan masing2.

Dengan TShirt ni at least, semua orang boleh pakai lama & boleh jadi kenangan untuk masa2 akan datang.

Kat mana biasanya selalu orang perlu habiskan bajet tahunan ni?

Antaranya….

  1. Pejabat – Kerajaan & swasta

    Bila dah nak hujung tahun ni, kitaorang selalu sangat dapat tempahan daripada pejabat2 kerajaan & swasta untuk buat tshirt untuk staf diaorang.

    Selain daripada cenderahati biasa, TShirt memang dapat sambutan yang menggalakkan.

    Ada juga pejabat2 yang habiskan bajet tahunan dengan buat rombongan atau lawatan ke tempat lain.

    Sambil2 buat lawatan tu, diaorang ada jugak tempah TShirt lawatan sekali.

    So..bajet tahunan tu dapatlah digunakan secara maksimum supaya tahun depan dapat lagi bajet yang lebih kurang tahun ni.

    Staf2 yang dapat baju free tu..memang le seronok.

    Tak adalah masalah staf dipinggirkan dll.
  2. Sekolah/Kolej/Universiti

    Pusat pengajian ni pun kadang2 ada jugak yang perlu habiskan bajet masing2 dari majikan masing2.

    Ada yang buat TShirt untuk student & banyak jugak untuk staf.

    Kalau rasa ada yang nak lebih sikit dari bajet tahunan tu, korang boleh collect sikit dari student atau staf untuk tampung baki harga TShirt tu.

    Student lagilah seronok dapat TShirt2 camtu dari tempat belajar masing2.

    Mana yang dah final year kat universiti tu, lagilah diaorang seronok sebab boleh jadi kenangan bila keluar dari U nanti.

  3. Persatuan/Kelab

    Persatuan atau kelab ni mesti ada bajet tahunan masing2 hasil daripada bayaran yuran masing2.

    Bagi yang tak banyak aktiviti dijalankan tahun ni, tempah TShirt adalah antara yang sesuai untuk gunakan yuran tu.

    Takut ada sesetengah ahli persatuan tu yang jenis kerek sikit & selalu argue pasal kegunaan duit yuran tu, tempah TShirt tu boleh bagi diaorang diam sikit.

    Nanti tahun depan boleh suggest lagi TShirt corak lain pulak.

  4. Keluarga

    Ada sesetengah keluarga, diaorang buat tabung keluarga untuk apa2 aktiviti yang nak dibuat.

    Macam keluarga saya sendiri, memang kitaorang collect duit dari semua adik beradik untuk buat aktiviti tahunan keluarga.

    So, bajet keluarga ni boleh jugak digunakan untuk tempah TShirt especially untuk buat Hari Keluarga.
  5. Kelas

    Ada jugak sesetengah kelas, diaorang kumpul duit sebulan sekali untuk buat aktiviti kelas.

    So…kalau ada lebih2 tu, saya cadangkan buatlah TShirt kelas.

    Yang lagi sempoi, TShirt kelas yang siap ada nama2 student kat belakang baju tu.

    At least, bila dah habis sekolah nanti…kalau terlupa nama kawan sekelas, rujuk je balik baju tu nanti.

    Macam baju kat bawah ni….

Tengok baju ni..siap ada nama satu kelas bahagian belakang tu. Memang sempoi.

Ok….so, ini antara tempat atau aktiviti yang selalu gunakan bajet tahunan untuk aktiviti tahunan diaorang.

Bagi korang yang tak ada bajet tahunan tapi saje2 nak order pun boleh jugak.

Order je guna wasap ikut step bawah ni…tak ada susah pun. Simple je.

Ok,,cam biasa…

Kalau nak tengok…ada macam2 order yang saya siapkan baru2 ni…

Antaranya….

TShirt Hari Keluarga paling banyak dapat sambutan sebelum ni.

Ada macam2 stail customer order.

Tapi design mostly ambik yang kitaorang ada je semua.

So, tak payah pening2 nak pikir pasal design semua.

Tapi ada jugak yg guna design sendiri..terpulang masing2.

Ni tshirt rombongan sekolah ni.

Cikgu2 patut tempah tshirt kat budak2 yang nak pegi rombongan camni….barulah diaorang seronok nnti.

Bukan setakat budak seronok ada baju sedondon camni…cikgu pun mesti seronok jugak.

Bagi yang nak bersukan lak…ada macam2 jenis baju korang boleh pilih.

Ada yang jenis sublimation, ada yang readymade & tambah cetak je.

Mana2 je….saya just print je apa yang korang nak tu.

Ini tshirt company lak.

Mostly yang order ialah regular customer.

Mungkin sebab dah selalu order & servis diaorang rasa ok…tu yang selalu order tu.

Oklah…setakat ni dulu buat kali ni…

Bagi yang rasa tak ada idea nak buat design, korang boleh buat design tu sendiri dengan gunakan website kat bawah ni.

Klik je link bawah ni & korang godek2 le sendiri.

Mudah sesangat….

Selamat berjumpa lagi…baaaaiiiii….

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 04/11/2023, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?