Ada customer dari 2014 order…sampai sekarang order lagi, lama dah tu…TAPI bukan tu je…

Assalam & Salam Cetak Baju guys,

Apa khabar semua? Harap2 you all sihat2 lah selalu ye….

Hari ni nak kongsi ngan korang pasal ada ramai jugak customer2 lama yang order semula ngan kitaorang sekarang ni.

Macam baru2 ni…ada 1 customer tu dia kata pernah order dengan mohcetakbaju.com masa tahun 2014…masa tu dia kat maktab lagi.

Dan baru2 ni dia ada order lagi untuk student dia.

Mula2 tu saya pun tak perasan..tapi dia yang bagitahu.

Tu lah..bangga & kembang hidung jugak le rasa sebab ada customer yang setia tempah dengan kitaorang walaupun dah lama tak order.

Ada jugak cerita lain pasal customer2 yang ulang order ni…

  1. Ada customer ni dah 4 ke 5 tahun order TShirt sekolah tadika diaorang dengan kitaorang…non stop.

    Tahun ni pun dah siapkan 500 helai lebih baju diaorang baru2 ni.

    Tahun lepas, saya sendiri pergi hantar kat sekolah dia kat Putrajaya.

    Syukur jugak…harap2 dia still order lagi untuk tahun2 mendatang.


  2. Ada lagi sorang customer ni, tiap2 tahun dia order baju custom made untuk anak murid sekolah dia.

    Yang hebatnya customer ni, kalau dia nak tempah baju tu..tiba2 je deposit dah masuk dalam akaun saya.

    Harga belum deal lagi masa tu.

    Tapi mungkin sebab memang dah percaya kat kitaorang, dia masuk je deposit untuk booking tu.


  3. Ada customer di Kelantan ni, dah 2 tahun dia order TShirt tadika untuk area Parlimen kat tempat dia.

    Banyak jugak..dalam 1,000 helai jugak.

    2 tahun berturut2 dia dah order. Alhamdulillah.

    Semuanya lancar & puashati semua.


  4. Satu lagi, customer dari Semporna, Sabah….jauh tu.

    Yang ni pun rasanya dah beberapa tahun duk ulang order dengan kitaorang.

    Setiap tahun ada je tempahan untuk sekolah diaorang.

    Baru2 ni, diorder untuk family day pulak.

    Walaupun kos pos ke Semporna, Sabah ni boleh tahan mahal tapi syukur dia still maintain order dengan kitaorang lagi.

    Hari ni tengok peta, baru perasan kat mana Semporna, Sabah tu.

    Jauh jugak tshirt kitaorang ni sampai ye….


5. Ada beberapa customer saya dari Putrajaya yang sentiasa tak putus2 order dengan kitaorang.

Ada yang dari sekolah & ada yang dari company biasa.

Actually…ada banyak lagi tempahan dari regular customer kami.

Dari seluruh Malaysia…syukur sangat.

Mungkin diaorang puashati dengan servis kitaorang kot. Terima kasih lah atas sokongan kalian.

Selain daripada regular customer, meh saya tunjuk customer2 yang seronok & puashati dapat TShirt diaorang masing.

Antaranya :

Ni customer yang saya kata order sampai 1,000 helai tu.

Semuanya sedondon…siap dengan seluar lagi.

Seronok betul anak2 ni dapat pakai baju tu.

Kan ke seronok tu boleh pakai TShirt family day sedondon camtu.

Setahun sekali..bukan mahal pun.

Gambar ni je boleh jadi kenangan seumur hidup kita.

Bila ada yang dah tak ada…tengok balik gambar ni, terkenang masa tu…syedihhh ooooo.

Nampak tak…betapa seronoknya anak2 ni dapat pakai tshirt ni.

Ni dah besar nanti…mau tersipu2 malu tengok gelagat masa budak2 tu….

Yang ni memang betul puashati.

Kedai jual Char Kuey Teow pun boleh order baju camni.

Memang seronok betul.

https://vt.tiktok.com/ZSNHSE675/

Ni antara gambar2 yang customer sendiri bagi & semuanya Alhamdulillah…puashati dengan servis yang kitaorang berikan.

Oklah…setakat ni dulu ye.

Bagi korang yang masih mencari2 tempat untuk tempahan baju ni, singgahlah sini dulu ye.

Korang boleh je tempah terus guna Whatsapp mcm bawah ni ye….

Sampai jumpa lagi di lain hari ye….baaaiiiii…

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 26/11/2023, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?