TShirt Jersi Bercorak pun kami ada…Pilih je nak yang mana!

Salam Cetak Baju semua,

Nampaknya masa saya tulis artikel ni…tinggal lagi beberapa hari tahun 2023 nak berlabuh.

Cepatnya masa berlalu….sedar2 dah hujung tahun dah.

So…apa perancangan korang sebelum habis hujung tahun ni untuk kenangan group korang?

Saya ada beberapa cadangan. Antaranya :

  1. Buat TShirt sebagai kenang-kenangan untuk tahun 2023 ni.

    Ada macam2 design korang boleh print atas baju tu.

    Nak bagi memang terkenang betul…mesti letak Tahun 2023 tu. So, next time bila kita tengok balik baju tu, tahu dah…baju tu kita order time tahun 2023 dulu.
  2. Sulam tuala.

    Tak kisahlah…tuala mandi ke, tuala muka ke, tuala kesat peluh ke….terpulang.

    Hujung2 tahun ni saya banyak jugak dapat tempahan sulam atas tuala ni.

    Sebagai kenang-kenangan…
  3. Buat Mug.

    Mug ni kita boleh print apa je atas dia…sama macam TShirt.

    Boleh letak dalam almari sebagai kenangan.
  4. Sulam atau print topi.

    Sesetengah customer, dia tempah topi untuk kegunaan staf dia.

    Boleh pilih sama ada nak print atau sulam…dua2 boleh.

Tapi mostly ramai yang akan bagi TShirt sebagai cadangan cenderamata tu.

So..hari ni saya nak kongsi ngan korang, contoh2 TShirt bercorak yang readymade yang kitaorang ada….

Kalau kat luar biasa kita panggil TShirt Sublimation.

Ni antara contoh baju yang tengah ada stok sekarang ni…

Ni ada lagi

Ni antara contoh baju sublimation brand Arorasport yang masih banyak lagi stok sekarang ni.

Kalau nak tempah atau nak tanya apa2 bagitahu je.

Ada jugak beberapa TShirt ni untuk budak2 jugak….

Design baju ni ada dari budak sampai dewasa.

Tapi semua baju ni sementara stok masih ada ye.

Maknanya kalau korang berkenan nak tempah TShirt camni….cuma tambah je design lain yang korang nak macam tulisan ke, logo ke, gambar ke dll.

Harga kita kira ikut siap cetak semua nanti.

Ni antara contoh2 design yang kitaorang pernah siapkan sebelum ni guna TShirt bercorak readymade ni…

Ada yang kitaorang punya sendiri & ada yang customer bawakkan…semua kitaorang boleh print.

Kalau ada design baju camni..boleh lah nampak lain dari yg lain sikit.

Kalau plain tu,nampak macam bosan sikit.

Ada corak2 camni..lawa le sikit.

So..bagi korang yang rasa nak cetak apa sahaja design yang bermain dalam kepala korang tu…kontek je kitaorang ye.

Oklah..jumpa lagi di tahun 2024 akan datang ye.

Semoga semuanya berjaya dalam apa jua bidang yang korang ceburi nanti…

Sampai jumpa lagi,

Nik & salina
0192254028 & 0193643692

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 24/12/2023, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?