2010 ke 2024…satu perjalanan panjang bisnes cetak TShirt online mohcetakbaju…PART 1

Assalam & Salam Cetak TShirt pada semua sahabat2 online,

Satu tanda kesyukuran yang sangat tinggi buat sang pencipta, Allah SWT apabila bisnes cetak TShirt kitaorang yang pada mulanya hanya sebagai kerja part time untuk isteri tapi jadi full time akhirnya hingga kini.

Jom saya cerita perjalanan cetak TShirt kami selama 14 tahun ni bermula dengan merangkak dari bawah.

Semuanya bermula pada Tahun 2010 lagi….

2010

Masa ni wife akan habis kontrak kerja LHDN Teluk Intan sebagai kerani sambilan.

Wife..Salina walaupun ada degree dalam bidang Ekonomi dari UKM Bangi & grad pada 1999 sama2 dengan saya tapi tak pernah dapat kerja tetap.

Walaupun kat 10 tahun duk apply Diploma Pendidikan & Maktab untuk jadi cikgu tapi satu pun tak lekat.

So..mula2 jadi guru sandaran & last sekali pada tahun 2010 kerja sebagai Kerani sambilan kat tempat saya kerja.

Pendek cerita…saya ni bos dia masa tu.

Sempat le kerja sambilan tu dalam 3 tahun sejak 2007 tapi 2010 LHDN tamatkan kontrak dia.

So..masa ni dah pening, mana nak cari tempat kerja lagi sebab saya kesian kat dia takut boring duk saje2 kat rumah nanti.

Tiba2..duk tengah2 cari kerja yang sesuai untuk dia, saya ternampak satu iklan kursus cetak TShirt yang dibuat kat Kuala Selangor.

Saya memang minat dengan seni2 lukis & cetak2 ni…so, saya terus apply untuk join kursus tu.

Yang pegi kursus & belajar tu semua saya walaupun saya dah jadi pegawai kat LHDN masa tu.

Pastu, balik dari kursus saya ajar dia camane nak buat printing baju tu.

Disebabkan saya kerja masa tu, so, semua bab2 printing semua dia buat.

Mula2 tu ingat lagi camane kitaorang start print atas meja makan je.

Masa tu boleh muat 2 helai baju je untuk print dalam satu2 masa.

Oo lupa nak cerita…masa tahun 2010 ni, kitaorang start promote offline je.

Saya masukkan flyers dalam suratkhabar kat pasar tani masa tu.

Promosi online tak berkembang lagi time ni. Whatsapp pun belum ada lagi.

Dengan flyers tu, dapat le customer sekitar tempat kitaorang ni dalam 100 ke 200 orang sebulan….bagi saya not bad untuk permulaan.

Masa ni…masa struggle saya sebab kitaorang start mana ada staf…staf 2 orang je – saya dan wife je.

Camni le rupanya kitaorang dulu2…berdua je. Romantik tak….hehehe…

So…maknanya untuk promosi, marketing, buat design, buat blok, basuh blok dll saya yang kena buat.

Balik je pukul 6 petang dari pejabat, terus sambung kerja.

Malam jawab emel & ambik order. Pagi lepas subuh jawab emel lagi sebelum pegi kerja.

Pendekata…memang bukan senang nak senang.

Wife kerja dia printing & order baju je masa tu.

Tapi 2010 ni belum teruk sangat struggle sebab customer pun belum ramai lagi & masih lagi mampu untuk cover kerja2 bisnes tu.

Customer pertama kitaorang….kedai runcit Kartini kat area rumah kitaorang.

Dia order TShirt untuk staf dia.

Pastu sikit2 orang mula kenal & order dengan kitaorang.

Masa ni printing kalau banyak atas lantai je & kalau muat atas meja makan.

Jemur baju lepas printing pun berterabur atas lantai, meja & katil. Memang sedikit seksa time tu.

2011 – 2015

2011 ni saya start buat website http://www.mohcetakbaju.com.

Nama mohcetakbaju tu saya ambik sebab duduk kat Perak, so..macam “moh le kita cetak baju”..camtu le…

Ingatkan orang sekitar Perak je akan order bila kita buat website tu…

Tak sangka sampai 1 dunia boleh nampak website kitaorang.

Tahun 2011 ke 2015 ni saya anggap waktu puncak untuk bisnes kitaorang.

Bayangkanlah..time ni, gaji saya guna full untuk belanja harian & duit bisnes lepas tolak belanja..tiap2 hari pegi bank masukkan duit..Alhamdulillah.

Masa 2011 ni…saya start promote kat Google Ads, FB ads, mudah.com dll.

Followers saya kat FB time ni cecah 43K orang.

Ada satu kali tu…sampaikan saya terpaksa stop order beberapa minggu sebab tak menang tangan nak siapkan order.

Maklumlah time ni…wife je sorang yang siapkan baju2 tu.

Masa ni jugak dah start tempahan dari 200 ke 300 helai sebulan ke 2000 ke 3000 helai sebulan.

Syukur sangat2 time ni.

Bila dah start order makin bertambah banyak ni, kitaorang pun terpaksa besarkan bengkel & siapkan 1 bengkel printing kat sebelah rumah.

Time ni dalam tahun 2014 & terpaksa buat sebab nak kena tambah lagi meja printing.

Kalau 2010 saya guna meja makan je tapi start 2011 ni saya terpaksa tempah meja khas untuk printing.

Kalau tak jenuh jugak nak siapkan baju banyak2 tu.

Kalau asyik tolak je…nanti marah le orang.

cetak tshirt kartun

Yang atas ni meja printing baru kat tempat baru…baru le nampak proper sikit.

Ok…ni baru cerita Part 1 ni pasal perjalanan bisnes kitaorang.

Nantikan cerita Part 2 pasal macam2 pengalaman kitaorang dalam perjalanan 14 tahun bisnes ni.

Apa yang best kat Part 2 nanti?

  1. Kak Salina nangis sebab kena marah dengan customer.
  2. Customer call nak order TShirt pukul 3 pagi.
  3. Budak form 4 order 3000 helai
  4. Student Malaysia kat Korea order TShirt
  5. Customer tak bayar baki sampai beribu RM
  6. TShirt kena rejek
  7. Bos jeling time meeting sebab customer call
  8. Customer cerewet terpaksa pulang balik baju
  9. Tunggu bas pukul 12 malam kat pekan sebab customer nak urgent
  10. 14 tahun order tshirt dengan supplier..baru sekali je gi kilang dia
  11. 2,3 bos supplier baju datang tengok kedai kitaorang
  12. Macam2 perangai staf yang kitaorang dapat dari tahun 2010
  13. Hantar sendiri barang sampai ke Terengganu, Putrajaya dll
  14. Kena tipu dengan scammer website TShirt & scammer jual barang printing
  15. Customer sanggup datang dari jauh sebab takut kena tipu
  16. Customer kena scam datang balik kat kitaorang

Dan macam2 lagi kenangan yang tak boleh lupa yang saya akan ceritakan di Part 2 nanti…

Tunggguuuuuuuu……

Oklah…bagi korang yang rasa nak tempah TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang, jangan segan & silu ye.

Boleh kontek kitaorang bila2 masa je & korang akan lebih puashati nanti…In Sha Allah.

Tempah hari ni untuk keselesaan korang akan datang…

Disini saya tunjukkan beberapa contoh TShirt kenangan yang siap di Tahun 2023 lepas….

Sampai jumpa lagi di PART 2…perjalanan bisnes cetak TShirt Online kami dari 2010 ke 2024..

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 01/01/2024, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?