(Sambungan) 2010 ke 2024…satu perjalanan panjang bisnes cetak TShirt online mohcetakbaju…PART 2

Apa yang best kat Part 2 ni?

Salam Cetak Baju kepada semua termasuk ex customer kitaorang.

Dalam Part 1…saya ada kongsikan pasal perjalanan bisnes kitaorang dari merangkak ke berjalan.

Ni dari berjalan ke berlari pulak..tengah berlari jatuh, bangun balik…lari balik, pastu jatuh tersungkur..bangun balik dan begitulah seterusnya sampai sekarang.

Yang tersungkur, terjerembab & tersadung tambah dengan lebam sana sini…itu lah yang buatkan kitaorang maintain sampai 2024 ni…

Apa kisah kitaorang yang tengah2 berlari tu…tersadung & tersembam tu?

  1. Kak Salina nangis sebab kena marah dengan customer.

    Masa awal bisnes dolu2…kitaorang pernah kena marah kaw2 punya sebab tak dapat bagi TShirt macam yang mula2 janji tu.

    Kalau ikutkan..kalau cakap elok2 pun sebenarnya tak ada masalah pun.

    Ada je penyelesaian dia tapi customer memang jenis baran kot…sampai Kak Salina nangis time tu jugak.

    Last2 sekali saya mintak cakap dengan orang lain…last2 elok je boleh settle sebenarnya.

  2. Customer call nak order TShirt pukul 3 pagi.

    Yang ni memang menyirap betul sebab tengah syok2 tido, deme call nak order baju.

    Tengok jam, pukul 3 pagi tapi saya tak angkat pun.

    Cuma lepas tu susah dah nak tido.

    Esoknya customer call balik nak order baju, saya pun tanya dari mana? Langkawi…rasanya dia ingat kat Perak ni siang kot. 🙂

    Saya sound jugak dia, kenapa call pagi2 buta tu…dia tak jawab. Mungkin dia berniaga time tu kot tapi agak2lah…kitaorang pun manusia biasa jugak..perlu tido jugak.

    Sorang lagi…call pukul 1 pagi dari KL. Yang ni jadi order..pastu saya sound jugak kenapa call pagi2 order baju…dia mintak maaf banyak2.

    Macam2 jenis manusia ni ye….

  3. Budak form 4 order 3000 helai

    Yang ni tak silap masa sebelum covid 19 ni.

    Budak ni student sekolah asrama penuh.

    Tapi memang bijak le IDEA dia. Dia tapau semua sekolah asrama penuh seluruh Malaysia.

    Tu yang dapat sampai 3000 helai tu. Bayangkanlah kalau dia ambik RM5 je sehelai untung…tak ke busuk2 pun dapat RM15K untung tu.

    Dalam tahun sama ada lagi dari MRSM & Politeknik seluruh Malaysia yang order…syukurrrr.

  4. Student Malaysia kat Korea order TShirt

    Yang ni memang terkejut masa mula2 customer ni nak order baju tu.

    Rupa2nya customer Malaysia tapi belajar kat Korea tempah TShirt Muslimah ngan kitaorang.

    Sehingga tahun 2024 ni banyak jugak dah saya pos ke luar negara seperti ke UK, Singapore, Brunei dll.

  5. Customer tak bayar baki sampai beribu RM

    Kalau ikutkan benda2 yang yg negatif ni malas nak cerita tapi sebab nak bagi pengajaran jugak..terpaksalah cerita.

    Sebelum ni..ada satu masa tu, saya pos je baju kat customer walaupun dia belum bayar baki.

    Tapi rupa2nya….dah pos & dah terima terus diam tak bayar baki.

    Kat beribu RM jugak.

    Kita punyalah cakap elok2 mintak bayarkan..tapi deme buat derkkk je.

    Memang sakit hati betul.

    Sekarang ni..hanya regular customer yang selalu order dengan saya je yang saya pos dulu tanpa bayar baki dulu.

    Hanya yang saya betul2 percaya je saya berani lepaskan.

    Kalau tak…hampehhhh…


  6. TShirt kena rejek

    Masa awal2 bisnes dulu, memang banyak jugak baju kena rejek sebab salah buat.

    Ada satu tu..kat 60 helai diaorang rejek sebab dia nak sulam, saya salah pegi print.

    Ada jugak beberapa kes dulu2 tapi lama dah tak jadi camtu.

    Cuma baru2 ni ada sekali jadi jugak.

    Customer tak puashati dengan printing.

    Sebab dia regular customer..saya terpaksa ganti semua sekali dengan yang baru.

    Tak apalah…janji dia keep order dengan kitaorang.

  7. Bos jeling time meeting sebab customer call

    Insiden ni berlaku masa saya masih kerja dengan kerajaan lagi.

    Time order dengan banyak dulu…customer selalu call & wasap.

    Kebetulan time tu tengah meeting.

    So…saya terpaksa cakap slow2 ngan customer & bgtau free saya call balik.

    Tapi sekarang bila dah full time ni…tak ada sape dah nak marah…legaaaa.

  8. Tunggu bas pukul 12 malam kat pekan sebab customer nak urgent

    Yang ni memang memori betul sebab saya ada order stiker heatpress dari KL tapi customer nak urgent.

    So..terpaksa pos guna bas.

    Pastu pulak, bas tu lalu area saya dalam pukul 12 tengah malam camtu…memang menunggu le jawabnya sampai bas datang.

    Memang kenangan seumur hidup betullah.

  9. 14 tahun order tshirt dengan supplier..baru sekali je gi kilang dia

    Walaupun dah lama dalam bisnes ni, hanya supplier brand enzo je saya pernah ke kilang diaorang.

    Brand2 lain tak pernah saya pergi tengok kilang dia.

    Biasa order guna Whatsapp je.

    Cuma ada 2 bosses dari Gildan & Rightway pernah datang kedai kitaorang.

    Bangga lah jugak…bos besar datang kat kedai kita.


  10. Macam2 perangai staf yang kitaorang dapat dari tahun 2010

    Dulu masa mula2 start bisnes dulu..kami suami isteri je yang buat bisnes ni.

    Tapi bila order dah start mencanak2, kitaorang pun start ambik staf.

    Macam2 kerenah staf kitaorang ni sebenarnya.

    Ada yang ok & ada yang ke laut.

    Tapi semuanya dugaan untuk kitaorang sebenarnya.

    Last sekali Alhamdulillah…dapat nizam, staf saya yang ada sekarang ni yang start kerja dengan kitaorang sejak 2018 lagi.

    Alhamdulillah…Allah bagi staf yang sangat2 sesuai dengan kitaorang.

    Setakat ni memang tak ada masalah & tak peningkan kepala.

    Datang kerja setiap hari & kerja siap tip top.

    Kebetulan dia ada degree dalam seni halus…so, memang minat dialah ni walaupun kerja sorang2 je.


  11. Hantar sendiri barang sampai ke Terengganu, Putrajaya dll

    Kadang2 kalau kitaorang nak jimat duit kos pos dan sambil2 nak berjalan, kitaorang akan hantar sendiri baju tu kat customer.

    Tak perlu guna courier.

    Ada beberapa kali saya hantar sendiri ke Putrajaya & Bangi.

    Sambil2 bawak anak berjalan ke KL sambil tu hantar sekali barang2 customer tu. Seronok juga.

    Ada jugak time balik kampung kat Terengganu, saya bawak sekali baju customer.

    Time tu boleh jumpa sekali customer tu sebab dah banyak kali dia order, tak pernah pun jumpa orang nya.


  12. Kena tipu dengan scammer website TShirt & scammer jual barang printing

    Yang ni malas rasanya nak ingat. Buat sakit hati je.

    Dah lah hati sakit, duit pun habis gitu je.

    Ada satu masa tu, saya kontek dengan orang kat India untuk buatkan website yang boleh letak gambar tshirt atas dia.

    Lama jugak deal & separuh jalan dia dah buat.

    Tapi tiba2 dah tak boleh kontek orang tu & lepas tu senyap terus bila saya chat.

    Bila disiasat, rupanya deme ni scammer…adduuuhhhh, sedih betul.

    Pastu ada satu insiden kat Malaysia.

    Ada satu caller tu call bagitahu nak bagi mesin cetak free je dari satu pertubuhan NGO ni.

    Tak tahu le kenapa ngok sangat kami time tu.

    Dia kata kalau nak mesin tu, kena buat bayaran dulu dalam RM3,800, baru mesin tu boleh keluar.

    Tapi sekali lagi hampeh….bila saya kontek balik terus deme senyap.

    Last2 saya buat je repot polis & Alhamdulillah, dipendekkan cerita saya dapat balik sebahagian duit tu semula.

    Nak tahu cerita sebenar, boleh PM tepi ye….hehehe.

    Lepas tu serik dah nak percaya orang2 camni…sekarang kena lebih berhati2.

  13. Customer sanggup datang dari jauh sebab takut kena tipu

    Yang ni ada banyak kali jugak.

    Ada satu customer tu sanggup datang dari Penang sebab nak bagi konfiden betul ke kitaorang buat bisnes cetak tu.

    Ada yang datang dari jauh naik motorsikal je.

    Tu ok lagi…masa pilihanraya hari tu, ada sorang ni nak order TShirt pilihanraya dari Sabah.

    Dia kata sanggup datang ke semennjung untuk jumpa saya seba saya bagi harga murah dari supplier lain.

    Tapi last2 tak jadi. Tak tahu kenapa…mungkin dah jumpa kat area dia kot.

  14. Customer kena scam datang balik kat kitaorang

    Ceritanya camni….customer ni sebelum ni pernah jugak beberapa kali order dengan saya sebelum2 ni.

    Tapi satu hari tu, dia order dengan orang lain tapi terkena scam & habis duit dia lesap.

    Tiba2 dia kontek saya untuk tempah baju. Sambil tu dia bercerita sekali yang dia kena scam.

    Alhamdulillah….dia jadi order dengan saya & selamat tempahan dia.

    Ada jugak yang tak pernah order dengan saya sebelum ni tapi bagitahu kena scam dengan company lain.

    Macam sebelum ni jugak….dia mintak tolong dengan saya & Alhamdulillah selesai dengan selamatnya.

    Macam2 jenis manusia dalam dunia ni ye.

    Bukan cepat senang pun kalau tipu orang ni.

So..ini lah antara pahit manis kitaorang semenjak 14 tahun dalam bidang tshirt cetak sendiri secara online ni.

Customer Malaysia dari Korea

Semua pengalaman tu kitaorang jadikan panduan & pengajaran untuk berdepan macam2 lagi kerenah bisnes ni dimasa depan.

Sebagai penutupnya…jom tengok apa cerita pasal cetak tshirt yang saya dah siapkan sebelum ni.

Cetak TShirt Asrama sekolah kat Kuala Kangsar ni…..

Alhamdulillah…setiap tahun cikgu ni order dengan kitaorang.

Tahun ni order lagi..terima kasih cikgu.

Ni adalah tshirt budak taska termasuk beg sekali kitaorang print.

Baju tu kitaorang guna DTF stiker atau heatpress tapi jangan risau ianya adalah stiker yang tahan lama sebab kilang yang print ni.

Bukan stiker2 yang cikai yang print kat rumah tu.

Cantik kan?

Ini lak apron..siap boleh print lagi atas apron tu.

Terpulang kat customer nak stail camane..kitaorang boleh carikan & siap print atas apron tu nanti.

Tempahan yang biasa & setiap kali nak masuk musim cuti sekolah customer kitaorang order….TShirt Hari Keluarga.

Macam2 stail customer nak design diaorang.

Selagi kitaorang mampu buat & sanggup buat..kitaorang tolong buatkan je nnti.

Ok..setakat ni je lah dulu ye.

Kalau diikutkan banyak lagi gambar nak dimasukkan ni tapi banyak2 lak nanti bosan pulak.

So..setakat je tu lah dulu.

Macam biasa..kalau nak order, follow je step bawah ni ye….

Jumpa lagi…baaiiii…

Abg Nik & Kak Salina
Since 2010

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 12/02/2024, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?