Daily Archives: 21/04/2024

Lepas Raya Puasa…Standby TShirt Sukan Sekolah & TShirt Raya Haji pulakkk…..

Salam cetak baju semua,

Syukurrr….syukurrrr….dan syukurrrr banyak2 kepada Allah sebab macam2 nikmat dia bagi kat kita.

Alhamdulillah….settle dah puasa 30 hari & sekarang dah masuk Syawal.

Syukur jugak sebab Allah panjangkan umur kami untuk sempat puasa Ramadhan tahun ni..tahun depan belum tahu…Hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Ok….so, kalau ikutkan time puasa hari tu, banyak jugak tempahan masuk terutamanya tempahan baju sekolah & hari keluarga yang dibuat time raya hari tu.

Pastu…dah raya puasa ni, TShirt apa pulak yang dapat sambutan dari customer kitaorang.

Biasanya…lepas raya puasa, kitaorang akan berhempas pulas pulak nak siapkan TShirt sukan sekolah & tshirt raya haji.

Macam artikel2 yang saya tulis sebelum ni…banyak aktiviti yang sekolah jalankan lepas raya ni.

Time puasa hari tu….budak2 tak boleh nak buat aktiviti sukan sebab masing2 berpuasa.

Kalau buat time puasa…alamatnya ramai le yang berterabur puasa diaorang.

So..bila dah habis puasa ni, baru le sesuai nak buat aktiviti sukan.

Cam saya bagitahu sebelum ni..antara aktiviti yang biasa sekolah buat untuk program sukan diaorang ialah :

  1. TShirt Rumah Sukan
  2. TShirt Pendidikan Jasmani
  3. TShirt Asrama
  4. TShirt Kelas
  5. TShirt Persatuan/Kelab
  6. TShirt Pra Sekolah/Tadika/Taska/Tabika
  7. TShirt Sublimation

Dan macam2 jenis TShirt lagi yang cikgu2 sekolah boleh tempah.

Kalau cikgu sekolah sibuk dengan aktiviti sekolah lepas raya ni, ada satu lagi group yang tengah sibuk cari TShirt jugak…..sape tu???

Geng2 tumbang lembu atau geng2 korban.

Ye lah…lepas raya puasa, kita raya haji pulak atau raya korban.

Macam tahun2 lepas jugak…biasanya yang order TShirt korban ni biasanya untuk crew2 yang menumbang & melapah lembu.

Ni antara gambar2 time korban yang kitaorang sempat ambik sebelum ni…

Meriah betul diaorang….tambah2 lagi bila dapat pakai baju TShirt sedondon cam atas ni.

Bawah ni pulak antara contoh2 TShirt korban yang kitaorang siapkan sebelum ni…

Pada korang yang rasa nak tempah TShirt korban untuk korban tahun ni…just wasap je kitaorang kat nombor di bawah…

Kadang2 pening jugak nak cari design2 untuk TShirt korban ni…jangan pening & jangan susah hati sebab kitaorang memang siapkan dah design2 untuk korang pilih.

Klik je gambar bawah ni untuk tengok2 macam2 stail gambar yang ada.

Ni antara contoh2 design2 TShirt korban yang kami ada kalau nak pilih.

Tapi terpulang pada korang…kalau rasa ada design sendiri nak buat, bagi je untuk kitaorang cetakkan nanti ye.

Oklah ye…..jom saya kongsikan apa cerita cetak baju kitaorang baru2 ni?

Ni tempahan last minit sebelum raya hari tu…tapi Alhamdulillah, sempat jugak siap on time.

Kalau ikutkan ambik masa jugak nak buat design tu tapi nasib baik dapat siap jugak.

Lama dah tak terima tempahan untuk cetak nombor belakang baju.

Baru2 ni kitaorang terima, tempahan macam atas ni.

Standby untuk program sukan lepas raya ni.

Gambar asal yang customer bagi sebelah kiri tu…pastu adjust jadi macam sebelah kanan tu.

1 warna je. Biasa tukar ke design 1 warna tu saya guna Photoshop je.

Banyak kali dah kitaorang buat design camni. Cam bawah ni….

Cantik jugak kalau cetak TShirt Hari Keluarga camni…boleh jadi kenangan bila ada antara orang dalam gambar tu dah tak ada. Terkenang masa2 tu nanti……

Yang ni cetak logo kat dada & cetak 1 warna belakang.

Logo depan tu guna print silkscreen biasa je…hasil dia macam guna stiker….

Yang ni siapkan untuk program berbuka puasa sebelum ni.

Cetak atas baju warna neon yellow tapi kamera cikai sikit, tak nampak clear sangat.

Oklah setakat ni….saya stop dulu sini.

Kalau ikutkan banyak lagi gambar nak cerita tapi cukup lah dulu ye.

Macam biasa..kalau nak tempah TShirt, Whatsapp je kitaorang kat nombor hp bawah ni ye….

Ok..jumpa lagi. Baaiiii…….

Ikhlas :

Abg Nik & Kak Salina
http://www.mohcetakbaju.com ~ Established Since 2010