2010 ke 2015……6 tahun dalam bisnes online!

Hai & Salam cetakbaju pada semua,

Alhamdulillah…..syukur sangat2. Tempahan masuk tak putus2 & bertalu2 sejak buka sekolah ni. Pada sape2 yang nak buat bisnes TShirt memang rugi kalau tak start bisnes TShirt korang.

Korang tak perlu pandai cetak baju untuk start bisnes TShirt. Jadi orang tengah pun dah banyak massyuuuukkkk……macam saya pernah ceritakan sebelum ni. Jadi orang tengah pun boleh dapat RM100K sebulan.

Ok…seperti yang saya janjikan bulan lepas, start bulan Mac ni, ada beberapa harga yang saya akan adjust terutamanya yang order dalam kuantiti sikit sebab kitaorang nak jugak cover kos yang terlibat. Kalau tak cover kos2 tu, rugi le skit kitaorang. Ibaratnya buat bisnes TShirt macam bagi sedekah jelah. Kalau camtu, baik saya bagi free je…ye tak. Tapi family kitaorang nak makan jugak. So, kena le ada untung skit, betul tak.

So, untuk pengetahuan korang, kitaorang ada buat sedikit perubahan kecik pada harga setiap design baju kitaorang mengikut saiz design nak print tu. Hanya minor adjustment sahaja. Tak ada beza sangat dengan harga sebelum ni. Klik link bawah ni untuk tengok harga BARU TShirt siap print tu ye. Ini hanya sebagai panduan sahaja. Kalau tak faham, kontek je kitaorang untuk dapatkan harga lebih tepat.

<<KLIK SINI UNTUK LIHAT DETAIL SENARAI HARGA TSHIRT SIAP PRINT TERSEBUT>>

Dah tengok ke? So, senang camni le. Kalau rasa2 tak faham & pening dengan pengiraan tu, korang emelkan je detail nak order & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com untuk dapatkan detail harga selai siap print. Tempahan hanya 5 lai ke atas je ye.

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Ok….malas le nak cerita panjang pasal perubahan harga tu. Takut korang tensen atau stress tengok harga2 tu. Kalau malas nak kira, bagi je terus detail nak order tu untuk kitaorang bagi harga tu kat korang. Harga yang kitaorang bagi tu just untuk panduan korang je. Semua ada harga kat situ ye.

Dah lama tak berkongsi cerita pasal TShirt baju ngan korang kan. Tapi. Hari ni kan…saya nak kongsi ngan korang, bukan cerita baru tapi beberapa gambar TShirt yang kitaorang pernah buat pada awal2 kitaorang mulakan bisnes ni. Just untuk tunjukkan pada korang, bagaimana kitaorang berhempas pulas buat TShirt printing ni sebelum dapat buat dengan lebih selesa seperti sekarang ni.

Kitaorang buat bisnes ni dari 2010 lagi sehingga sekarang. Alhamdulillah. Dan syukur sangat2 sebab bukan sahaja customer baru yang order ngan kitaorang tapi yang puashati ngan servis kitaorang pun duk repeat order. Ada yang dari 2010, 2011 order baju, sampai sekarang masih repeat order ngan kitaorang.

So, sini saya tunjukkan gambar2 lama yang kitaorang pernah buat sebelum ni. Camni le ghopenya macamana kitaorang mula2 buat bisnes tu. Bukan senang sebenarnya…..

Cer baca cerita seterusnya….

cetak tshirt

Ni tshirt ni kitaorang buat dalam Tahun 2011. Cer tengok. Jemur pun atas katil je. Ni baju kitaorang pakai sendiri ni. Sampai sekarang masih guna lagi. Baju Enzo. Memang tahan betul….

DIGITAL CAMERA

Ni pekerja paling muda yang kitaorang upah ni….hehehehe. Ni anak bongsu saya ni.

Sebelum ni kitaorang ada ambik upah printing atas kain untuk baju budak. Kilang bagi kitaorang ni tapi dah stop dah sebab tak cukup kakitangan & kos upah murah sangat. Masa ni order lain pun kena buat jugak. So, tak apalah. Kalau ambik semua order kang, nampak macam tamak lak kang.

DIGITAL CAMERA

Ni le rupa design yang kilang mintak print tu. Letak atas papan & print macam print atas baju biasa.

DIGITAL CAMERA

Tengok ni…bersepah2. Dulu jemur kat tepi tilam je. Print pun atas meja makan je. Tapi tak apa. Asalkan masyyyuuuukkk……..

DIGITAL CAMERA

DIGITAL CAMERA

Tengok. Jemur atas tilam je. Masa ni mana ada meja printing lagi. Tapi Alhamdulillah. Semuanya ditanggung beres….

DIGITAL CAMERA

Ni le gambar baju print atas meja makan tu. Masa ni 2 lai je sekali print. Kalau ada banyak order, menggelupur kitaorang print. Tertonggeng2 mengangkat blok papan tu. Tapi Alhamdulillah…sekarang dah ada hampir 80 meja printing khas dah.

DIGITAL CAMERA

Yang ni maju dah sikit. Print kat meja buffet. Sekali print 9 lai sekali jalan.

Tapi jemur still kena buat camni. Memang tak ada ruang besar time tu.

DIGITAL CAMERA

Yang ini dengan budak2 dua orang tu sekali kitaorang jemur. Tu macam muka tensen tu. Ni pun sama. Jemur kat tepi katil.

DIGITAL CAMERA

DIGITAL CAMERA

DIGITAL CAMERA

DIGITAL CAMERA

Bergelimpangan baju kitaorang jemur. Masa awal2 dulu memang berterabur camni. Belum ada sistem lagi. Sekarang baru le belajar sistem printing yang betul. Baru le nampak tersusun sikit.

DIGITAL CAMERA

Infiniti Dimensi

Infiniti Dimensi 2

Inilah antara tempahan TShirt awal yang kitaorang terima masa mula buat bisnes Tshirt ni. Yang ni masa awal2 kitaorang berkecimpung dalam bidang bisnes tshirt ni.

So, setakat ni dulu buat kali ni. Bagi sape2 yang nak order tshirt untuk apa sahaja aktiviti korang, ikuti langkah2 dibawah ni ye.

Tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Sampai jumpa lagi…..baiiiiii!!!

Yang ikhlas & tulus,

Abang Nik & Kak Salina
www.mohcetakbajuiam.com
www.cetaktee.com

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 01/03/2015, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: