MAKLUMAN PENTING : Perubahan harga mulai Mac, 2015!

Hai & Salam mohcetakbaju semua,

Ni nak bagitahu ni…..kami akan buat beberapa perubahan harga terutamanya yang berkaitan dengan kuantiti yang sedikit.

Actually, baru2 ni, saya masuk ke kelas otai printing & dia bagitau pasal kos untuk bisnes TShirt ni. Sejak dari 2010 lagi, saya guna harga yang saya belajar dari tok guru lama & inilah pertama kali saya akan buat perubahan harga. Hanya perubahan yang kecik je & tak efek untuk kuantiti yang banyak.

Dari 2010 hingga ke saat ini jugak, kitaorang maintain bagi kos pos FREE kepada semua pelanggan. Kos yang saya tanggung untuk kos pos ni anggaran sebulan ialah RM1,500.00 ke RM2,000.00. Maknanya, saya dah rugi sebanyak ni sebab bagi kos pos FREE tu. Tapi saya tak kisah sebab sekurang2nya saya punya servis ada kelainan daripada website lain & sebab saya bagi kos pos FREE nilah, saya punya bisnes mencanak2 naik semenjak 2010 lagi…Alhamdulillah.

So, bagi korang yang nak merebut peluang sebelum kenaikan harga tu, boleh start order dengan kitaorang sebab bila masuk je Mac, 2015, saya akan naikkan harga tu.

Selain daripada tu, kami akan buat beberapa perubahan dengan blog kitaorang & kami start jual produk2 lain termasuk design yang guna printing plastisol, cenderamata, dll. So, kalau sape2 nak tahu apa perubahan2 yang akan kitaorang buat dalam blog ni, follow sokmo blog ni ye.

Ada lagi satu nak bagitahu ni…..In Sha Allah, kami dalam proses nak buka cawangan di Bangi. So, itu pun saya maklumkan kemudian.

In Sha Allah, saya akan mula menjual baju2 cam bawah ni…

Design 1 Design 2 Design 3 Design 4 Design 5 Design 6

 

TAPI SAYA TERIMA DESIGN CAMNI UNTUK 30 HELAI KE ATAS SAHAJA…….PRINTING PLASTISOL ATAU CMYK
(INI BUKAN PRINT GUNA STIKER ATAU HEATPRESS)

Ok….REBUTLAH PELUANG SEBELUM SAYA BUAT PERUBAHAN LAGI KELAK…

So, cam biasa…..apa cerita cetak baju yang kitaorang dah siapkan sebelum ni.

cetak tshirt

cetak baju

Design camni tak susah nak print sebab base dia paling besar putih. So, kalau nak print kaler lain, senang sikit nak buat marking sebab kitaorang guna kaler putih sebagai marking.

Tulisan tu kena guna font yang di download dari internet. Kalau bagi tulisan dalam format jpeg, takut design dia pecah. Biasanya saya akan download dari internet untuk dapatkan font sebenar sebab kalau print guna font sebenar, design dia lebih sharp bila kita print.

Cerita 2

cetak baju

cetak tshirt

Yang ni agak komplikated sikit sebab yang logo tu ada 4 kaler kena print. Design asal tu saya kena upah designer saya untuk pecahkan ikut kaler asal. Pecah kaler ni bukan semua orang tahu buat. Yang biasa dengan printing baju, diaorang akan mahir dengan pecahkan kaler ni.

Saya terpaksa upah designer luar sebab saya memang tak sempat nak buat sendiri. Lagipun, nak bantu jugak designer2 kat luar nun buat duit. Tak le rugi bakat diaorang nanti.

Belakang simple je. 1 kaler print je. Yang ni biasa je.

baju muslimah cetak

Yang ni baju muslimah. Saiz printing sama dengan baju TShirt biasa. Alhamdulillah…walaupun ada locking, tak guna pun tapi tok guru marah saya sebab kalau tak guna locking, kerja lambat sikit. Betul cakap dia. In Sha Allah, saya akan start guna locking dah. Tak ada le penat sangat nak print nanti.

Cerita 3

cetak baju

Yang ni biasa je. 1 kaler printing. Ada sorang chinese tu mintak buat baju untuk family day dia.

Cantik betul kalau print kuning atas baju merah. Memang menyerlah betul.

Ok…setakat ni je dulu untuk kali ni.

Peringatan Penting Sekali lagi…..

Kami akan buat perubahan harga mulai Mac, 2015 ini.

Oleh itu, sesiapa yang nak rebut harga sebelum dinaikkan, sila berbuat demikian sebelum 1 Mac 2015.

Design Baju Raglan 2015

So, cam biasa…..pada korang yang berkenan nak buat TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang & menggunakan TShirt Raglan kitaorang atau apa sahaja jenis TShirt kat katalog atas nun, korang boleh order terus samada melalui :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Selamat Berjumpa kembali….baaiiiii….

Yang Ikhlas Membantu,

Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com

www.mohcetakbajuiam.com
www.cetaktee.com

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 02/02/2015, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Baju santai and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: