Alhamdulillah…bertalu2 tempahan tshirt kelas masuk sekarang ni…..

Design Baju Raglan 2015

DAPATKAN SEKARANG BAJU RAGLAN LENGAN 3 SUKU SEBELUM KEHABISAN STOK!

Hai, hai & salam cetakbaju semua,

Alhamdulillah…syukur pada Allah. Sekarang ni tak henti2 tempahan TShirt kelas masuk. Macam yang saya bagitau sebelum ni…start je bukak sekolah, student2 akan mula tempah tshirt untuk kelas diaorang. Kebanyakan yang order, student yang tahun akhir kat sekolah tu atau tahun yang ada periksa macam PMR, SPM atau STPM. Ada jugak tshirt2 untuk group2 diaorang sendiri kat sekolah.

So, pada korang yang nak order tshirt kelas, sangat dialu2kan sekarang.

Mungkin korang ada masalah nak buat design tshirt korang kan…jangan risau, dalam blog ni semua masalah korang akan diselesaikan.

1.  Kalau korang tak ada design nak buat atau tak idea nak buat design atau tak reti nak buat design, mudah je…klik kat link bawah ni & korang godek2 sendiri design korang sendiri, lepas dah siap, emelkan ke emel saya di adminkomisen@gmail.com.

Pastu, bagitau sekali jenis baju & berapa lai korang nak order. Penting ni…sebab benda2 ni yang akan tentukan harga baju korang nanti.

<<KLIK SINI SEKARANG UNTUK BUAT DESIGN KORANG TU SENDIRI>>

2. Kalau bajet korang rendah, saya cadangkan korang pilih je tshirt murah brand 4square atau agent tee. Banyak pilihan kaler kat situ. Kualiti pun cantik & saya suka print atas baju ni sebab kain dia lembut & licin time nak print.

<<KLIK SINI……TSHIRT 4SQUARE>>

<<KLIK SINI…..TSHIRT AGENT TEE>>

3. Kalau rasa ada bajet lebih sikit & nak baju yang lain sikit, klik kat page Katalog2 kat bahagian atas nun & cari Katalog Enzo, Change, Oren Sport & Gildan. Macam2 jenis baju ada. So, bukan sahaja tshirt biasa tapi tshirt lain pun banyak kitaorang jual.

Baju muslimah ada, baju korporat ada, jaket ada dll.

4. Apa yang kami offer lagi…..kos pos untuk semenanjung FREE & ke Sabah Sarawak saya tanggung separuh.

5.  Lagi satu, kitaorang sediakan servis printing jenis silkscreen printing, heatpress & sulaman.
So, pada student2 yang tengah cari tshirt kenang-kenangan untuk kelas korang, inilah tempat yang sesuai untuk korang.

Semenjak 5 tahun lepas, anggaran dalam 50K ke 70K helai dah kami siapkan. Ianya bukan satu amaun yang kecik berbanding dengan saiz kedai kami tapi Alhamdulillah, semuanya dapat disiapkan dengan jayanya.

Untuk korang lagi bersemangat nak buat tshirt kelas tu, kat sini saya tunjukkan macam2 jenis TShirt kelas yang kitaorang dah siapkan baru2 ni….

tshirt Raglan

tshirt raglan cetak

tshirt raglan cetak baju

Yang ni guna tshirt Raglan ni. Memang ramai yang order baju camni. Memang cantik sebab biasa baju plain je. Print simple 1 kaler je. Walaupun 1 kaler, still boleh jadi kenangan untuk diaorang.

tshirt kelas

tshirt kelas

Ini tshirt orang malaysia tapi group Jepun. Masa print baju ni rasa macam print baju geng Ultraman pulak sebab semua nama2 jepun. Kelas jepun kot ni. Design diaorang bagi siap. Kitaorang print je.

Design besar camni kena buat 2 lapis supaya naik kaler dia. Mula2 buat 1 layer sebagai base & second layer sebagai penaik kaler dia.

 

DSCN0494Ini Tshirt kelas biasa ni. Lencana print kat dada & tulisan kat bawah. Guna baju brand Enzo. Yang ambik masa bila nak print lencana tu sebab ada 3 kaler tapi Alhamdulillah dengan teknik yang betul, kerja jadi mudah.

tshirt kelastshirt kelas

Yang ini pun guna baju Raglan. Memang sedikit mencabar print baju ni sebab design besar & perlu 5 blok printing ni. Tapi Alhamdulillah jugak…..kami mampu siapkan dengan jayanya. Nak print baju ni pun kena ada teknik yang betul. Kena tentukan kaler apa yang dulu nak print sebab takut kaler kemudian tertindih kaler dibawah. Konfem jadi pelik kalau jadi camtu.

Peringkat nak pecahkan kaler tu dibuat masa buat design dalam komputer lagi. Tak boleh main hentam je. Kena study jugak supaya kaler dia ngam2 dengan design asal.

 

Ok…selain TShirt kelas, ada ramai jugak customer order untuk group atau untuk dijual semula. Cer tengok contoh2 baju yang baru2 ni diaorang order….

DSCN0497

Ini printing biasa. 1 kaler printing. Customer perlu bagi jenis font & In Sha Allah, mudah untuk saya buat balik design tu.

TIPS CETAK BAJU HARI NI :

Customer perlu bagi jenis font yang akan didownload dari internet supaya masa nak print nanti deisgn font tu lebih sharp.

Kalau bagi dalam format jpeq atau lain2, dikhuatiri design tu pecah & tak cantik masa print. Tapi kalau tak ada jugak, boleh bagi

dalam pixel atau resolution yang besar supaya cantik masa nak print nanti.

 

 

Ok…ni antara gambar TShirt yang kami siapkan sebelum ni untuk contoh bagi korang….

tshirt sukan

tshirt sukan bola

Yang ini….saya kena guna stiker kat bahagian dada sebab customer nak cepat & akan ambik masa kalau nak print. Tapi customer ni pun prefer stiker daripada print. So, lagi mudah. Kalau stiker, dalam sejam dah boleh siap.

Selain dari tu….

tshirt harimau

tshirt bola

tshirt kelas

tshirt sukan

Ni group ni. Design semua diaorang ambik dari customink.com je. Tak payah nak pening2 memikirkan camane nak buat design tu. Font & design semua dah ada siap kat situ. Print pun puashati sebab memang mudah nak print.

tshirt memancing tshirt memancing

Ada jugak yang order baju memancing. Yang ini customer sendiri lukis & kitaorang transfer balik dalam komputer. Cuma saya mintak jenis font je dari customer sebab font yang dia bagi dalam lukisan tu tak jelas. So, ni le hasilnya……..

Ok…ni antara design2 lain yang saya nak kongsikan ngan korang ye…

tshirt hari keluarga

tshirt memancing

tshirt kelas

tshirt group

Ni antara gambar2 baju yang saya sempat upload hari ni. Kalau banyak, takut nanti penuh lak blog ni & boring lak korang nanti.

Cam biasa……

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

So, kalau tak order tshirt kelas sekarang, bila lagi. Nanti dah naik kelas, menyesal lak nanti kang.

Sampai jumpa lagi…..baaiiiiiii…..

Yang sentiasa membantu,

Abang Nik & Kak Salina
www.mohcetakbajuiam.com
www.cetaktee.com

P.S : Jika anda sedang mencari TShirt yang print I AM, korang boleh layari www.mohcetakbajuiam.com & kalau nak tengok design baju kelas kat www.cetaktee.com.

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 07/03/2015, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju Kelas, Baju santai, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: