Order segera sebelum kami adjust harga…..(kesan dari GST)
Hai & Salam Cetak baju semua,
Fuuuhh!!! kebelakangan ni agak penat sedikit sebab terpaksa siapkan order yang bertalu2 masuk. Alhamdulillah, syukur pada Allah yang sentiasa memberikan rezeki yang tidak putus2 sekarang ini.
Ada hari2nya rasa stress & agak tension sebab terpaksa siapkan baju & design sampai larut malam. Esoknya nak kerja lagi tapi bila order siap dengan cantik & customer pun puashati….rasa stress & tension tu hilang. Bila buat kerja yang kita minat ni, Alhamdulilllah…apa2 rintangan & halangan pun dapat ditempuh dengan jayanya. hehehe…dah macam karangan budak sekolah lak.
Cuma nak bagitau yang beberapa supplier & courier dah start naikkan beberapa item barang sebelum GST ni & saya jugak agak risau. Takut2 kenaikan harga tu akan efek bisnes kitaorang jugak.
So, pada korang yang tengah berfikir panjang nak order tshirt dengan kitaorang, buatlah keputusan segera. Takut2 kami pun terpaksa adjust harga jugak.
Maknanya, lepas ni kalau korang rasa harga saya mahal, saya mintak maaf banyak2. Harga yang saya bagi tu biasanya nak cover kos2 yang memang kitaorang tengah tanggung. Kalau saya boleh kurangkan lagi harga, saya cuba sedaya upaya tapi kalau korang memang nak lagi murah, mintak maaf banyak2. Cuba le survey kat lain lak ye.
Cuma…kalau korang dapat kat tempat lain murah, kemungkinan memang diaorang tak tanggung kos yang besar ataupun diaorang kurangkan kualiti untuk dapatkan harga murah tu.
Bagi saya sendiri, saya tak akan guna baju kualiti rendah. Saya cuba promote baju yang berkualiti tapi masih mampu dibeli oleh semua orang, In Sha Allah.
Ok…nak bagitau jugak ni, pada sape2 yang nak buat baju custom made (maknanya nak jahit lain & tak ada dalam katalog baju kitaorang), saya hanya terima 50 lai ke atas bagi setiap design & setiap baju tu akan guna label baju saya sendiri seperti dibawah ni…
Alhamdulillah, selepas 6 tahun dalam bisnes cetak baju ni, ini pertama kali kitaorang mempunyai label sendiri.
Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Ok….apa cerita hari ni. Hari ni nak kongsi ngan korang tshirt2 family day yang kitaorang buat sebelum ni & bukti baju yang dipakai oleh group family day tu ye.
Buktinya….
Seronok betul diaorang ni dapat baju family day. Kembang hidung rasanya dapat customer yang puashati camni.
Ada lagi…..
Tu diaaa…….happy sakan diaorang tu. Tapi nak cerita sikit le disebalik baju ni. Actually, saya tersalah print nama kat atas baju yang asal.
Customer dengan lemah lembutnya komplen kat saya pasal kesilapan tu. Saya ni, kalau orang komplen dengan lemah lembut, secara automatiknya rasa nak membantu & rasa bersalah.
So, saya mintak dia poskan balik baju tu kat saya untuk saya betulkan balik. Tu yang kat gambar diaorang pakai tu, part nama2 tu dah ditindih putih. Free of charge je sebab memang tahu silap saya. Risiko silap camni memang ada dalam bisnes printing tapi jarang2 berlaku sebab kitaorang memang pentingkan kualiti.
Satu lagi nak bagitahu..setiap printer mesti ada sifat membantu & bertanggungjawab dengan kerja diaorang. Bila kita dah buat silap, mengaku segera & betulkan kesilapan tu supaya customer lebih berpuashati. Katakan kalau saya buat derkkk je dengan kesilapan tu. mesti customer bengkerk & dia akan bgtau semua orang supaya jangan order dengan saya. Tak ke dah buruk nama tu.
In Sha Allah, kalau kita bertolak ansur & niat membantu, akan ada bantuan Allah & bantuan dari manusia. Memang dah selalu jadi dah.
So, nasihat saya pada printer2 & bisnesman cetak baju…jangan sombong dengan customer. Tanpa mereka, siapalah kita.
Ok..apalagi cerita nak kongsi ngan korang ye…
Ini printing biasa menggunakan 3 kaler printing belakang & 1 kaler printing depan. Agak simple. Cuma ambik masa skit masa nak designkan balik dalam komputer je. Yang lain…bisa diatur…
Baju ni guna jenis Gildan Ultra Cotton kaler heather. Cantik jugak kaler dia. Nasib baik senang je print. 2 kaler depan belakang.
Bukan setakat tshirt kelas, yang body builder pun ada yang order ngan kitaorang. 2 kaler printing. Base putih & tindih merah. Semuanya diaorang buat dalam customink.com. Tak yah pening2 nak buat design tu.
Yang ni print atas baju kaler kelabu brand 4square. 3 kaler print. Sama jugak…agak mudah nak print, cuma ambik masa skit nak edit balik dalam blok printing.
Yang ni nak kata komplikated, tak jugak cuma masa nak pecahkan kaler tu, ambik masa skit. Design tu saya just buat dalam Ai je. 2 blok printing saiz A3. So, agak mudah jugak & memang cantik bila dah print.
Yang ini standard baju rewang biasa. 1 kaler print depan belakang. Design customer yang sediakan.
Ok..setakat ni dululah ye.
Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)
Sampai jumpa lagi…bai…
Daripada :
Abg Nik & Kak Salina
www.mohcetakbajuIam.com
www.cetaktee.com
Posted on 27/03/2015, in Baju Family Day, Baju Kerja Kawin @ Rewang, Baju santai, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju keluarga, baju murah, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, design baju, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt murah, t shirt rewang, tshirt cetak, tshirt group, tshirt kahwin, tshirt keluarga, tshirt murah, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0