Tempahan TShirt Hari Keluarga bertubi2 masuk…..

Assalam semua pelawat blog kami,

Selamat bercuti & selamat merentas negeri kepada semua rakyat Malaysia.

Alhamdulillah….nampaknya kes dah makin menurun sebab dah ramai vaksin & kerajaan pun dah bagi merentas negeri.

Bila dah boleh merentas negeri ni….ramai lah yang boleh balik kampung jumpa keluarga tercinta atau pergi bercuti.

Salah satu benda yang rakyat Malaysia rindukan ialah berkumpul bersama2 keluarga & kawan2 setelah lama tak dapat macam tu.

Bila dapat berkumpul ramai2 ni…salah satu benda yang boleh jadi kenangan ialah TShirt Hari Keluarga.

Dan sebab tu lah…semenjak sempadan negeri dibuka ni, bertalu2 kitaorang dapat tempahan TShirt Hari Keluarga.

Dengan TShirt Hari Keluarga ni…ia menjadi satu kebanggaan jugak pada yang menempah sebab dapat pakai sedondon ramai2 baju tu.

Nampak memang diaorang gembira & excited sangat berkumpul dengan keluarga sambil pakai baju2 tu.

Cer tengok macam gambar bawah ni.

Memang seronok betul kalau dapat berkumpul dengan keluarga camni & dapat pulak pakai baju sama semua orang.

Time ni lah boleh kenal semua sedare mara yang kita tak berapa kenal (kalau buat hari keluarga yang besar).

Ada macam2 contoh design baju family day yang kitaorang pernah buat sebelum ni dari 2010 lagi.

Ini adalah sebahagian daripadanya.

Bukan TShirt yang kita banggakan tapi pertemuan dengan keluarga & ikatan silaturrahim yang lagi penting.

Kalau korang rasa pening nak buat design tu sendiri…korang boleh pilih design2 readymade yang kami ada.

Meh saya kongsikan sikit baju2 family day yang saya siapkan baru2 ni….

Bawah ni design asal gambar ayah & ibu customer tu.

So…saya edit untuk dijadikan 1 warna sebab ikut bajet customer, so jadilah macam gambar atas baju tu.

Yang ni baju hitam cetak gold.

Siap ada nama sorang2 lagi bahagian belakang tu.

Just simple je tapi cute sebab cetak kaler gold.

Yang ni customer ambik design yang kitaorang sediakan je.

Tak perlu pening2 dah nak fikir design apa yang nak buat.

Ada macam2 contoh design yang korang pun boleh pilih. Simple & sempoi.

Yang ni TShirt untuk keluarga jugak tapi tema dia memancing.

Ada macam2 idea untuk TShirt yang kita boleh buat.

Terpulang pada masing2. Atas kreativiti masing2.

APA KATA MEREKA TENTANG TSHIRT MEREKA?

Seronok tengok customer2 yang puashati dengan TShirt masing2.

Komen yang ikhlas dari hati customer semua. Terima kasih…Alhamdulillah.

Oklah dulu..kalau nak order TShirt korang, just Whatsapp je kitaorang ye.

Sampai jumpa lagi…baaaaiiiiii….

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 20/11/2021, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: