Tahun Baru 2022…harga print still maintain lagi!
Salam Cetak Baju semua,
Alhamdulillah…nampaknya dah masuk Tahun 2022 dah.
Kejap je masa berlalu. Pejam celik, pejam celik…Ainix Resources dah masuk tahun ke 12 tahun dalam bisnes online.
Alhamdulillah jugak…semenjak 2010 lagi kitaorang dah siapkan lebih daripada 130,000 helai baju customer & dipos dalam & luar negara.
Sebelum PKP dulu….sambutan memang hebat & memang nak menang tangan nak siapkan order customer.
Kalau tak…takkan lah saya berani untuk berhenti kerja sebagai pegawai kerajaan dengan gaji RM10K sebulan kalau tempahan tak menang tangan camtu.
Tapi ku sangka hujan sampai ke petang..rupanya salji di tengahari….Allah duga negara kita & dunia dengan Covid 19 pada Tahun 2020.
Bukan bisnes kami je terkesan tapi seluruh Malaysia & Dunia turut terkesan.
Ada yang lagi teruk & tak bernasib baik….bisnes kena gulung tikar & muflis sebab tempahan tak ada tapi belanja2 bisnes kena tanggung jugak.
Saya syukur Alhamdulillah…sebab tak ada kos yang besar kena tanggung.
Just hutang kereta & rumah je, tu pun cover guna duit saving.
Tu lah korang….masa tengah ada & rezeki banyak, jangan lupa untuk buat saving.
Time2 camni lah terdesak nak guna.
Takkan nak bergantung kat KWSP atau bantuan kerajaan je.
Tapi kalau terpaksa…nak buat camane. Saya pun sama jugak sebenarnya…. 🙂
So….dipendekkan cerita, bila kerajaan dah bagi merentas negeri & yang dah vaksin pun dah ramai, bisnes kami Alhamdulillah dapat sambutan balik.
Baru lah nampak cahaya sikit.
Boleh lah cover hutang sikit2 yang tertunggak tu.
Tup tup baru2 ni Allah duga pulak dengan musibah banjir.
Sekali lagi bisnes kitaorang terkesan sama sebab orang dah tak dapat buat aktiviti.
Tak apalah….adalah hikmah disebaliknya tu.
Tapi dah masuk 2022 ni, Alhamdulillah…nampaknya amaran banjir pun dah kurang.
Kitaorang harap supaya 2022 memberi lebih banyak sinar pada bisnes kitaorang.
Biarlah naik semula macam sebelum ni & tak turun2 dah.
Tapi semuanya dari kuasa Allah. Hanya Dia sahaja yang Maha Mengetahui.
SABAR & SYUKUR JE LAH.
Cuma hari ni nak kongsi dengan korang yang harga printing kami masih maintain macam dulu2 jugak (sejak 2010 lagi).
Cumanya yang naik harga baju & certain material printing je.
Yang tu kitaorang tak boleh nak buat apa sebab baju tu supplier yang control.
Kalau diaorang naik harga, kitaorang pun terpaksa naikkan…kalau tak, tak ada untung apa2 nanti.
Nak bagitahu jugak….TShirt2 baru pun ada ni.
Nanti bagi masa sikit untuk saya update dalam blog nanti ye..
Hari ni saya nak kongsi dengan korang antara tshirt2 yang kitaorang siapkan dalam Tahun 2021 yang lepas.
Mungkin boleh jadi idea untuk korang tempah tshirt nanti.





Ini adalah sebahagian tempahan yang kami siapkan dalam akhir bulan 12 2021 baru2 ni.
Kalau letak semua gambar dalam ni…nanti penuh pulak blog ni nanti.
So…bagi korang yang rasa nak order baju dengan kitaorang, just order guna Whatsapp je macam bawah ni…
Kalau nak cari baju2 untuk aktiviti korang, boleh guna HP je.
Follow step ni untuk tengok katalog2 baju dalam blog kitaorang yang saya sediakan untuk korang….
KLIK BAHAGIAN MENU KAT BAWAH HEADER BLOG SAYA TU CAM BAWAH NI…
Pastu skrol2 ke bawah untuk lihat macam2 jenis baju ada.
So…setakat ni je lah dulu. Sampai jumpa lagi ye….baaaiii.
Abg Nik & Kak Salina
Posted on 08/01/2022, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0