Motto Kami : Kedai Kampung Tapi Pos Seluruh Dunia

Assalam semua & Selamat Sejahtera,

Syukur Alhamdulillah…..Allah still lagi bagi nafas untuk kita teruskan hidup atas muka bumi ni.

Syukur juga sebab Allah masih lagi rezeki yang tak putus2 kepada kami di mohcetakbaju.com ni.

Hari ni nak kongsi dengan korang pasal bisnes cetak TShirt kitaorang ni.

Bagi sesetengah orang yang buat bisnes samada online atau offline…kos yang ditanggung sangat mempengaruhi harga sehelai tshirt yang dijual.

Apa kos2 yang biasa peniaga cetak baju tanggung?

  1. Sewa kedai
  2. Api & air
  3. Kos tshirt
  4. Kos material printing
  5. Kos masa & tenaga
  6. Gaji pekerja
  7. Kos design tshirt
  8. Lain2 kos sampingan seperti alat tulis, makan minum pekerja dll.

Kalau peniaga tu tanggung kos yang tinggi…maknanya dia kena jual baju dengan harga yang tinggi untuk cover kos2 tersebut.

Biasanya kos yang tinggi ni, peniaga kat bandar2 besar yang kena tanggung.

Sebab tu lah..biasanya peniaga camni tak nak terima kalau order sikit2.

Paling kurang pun 100 helai ke atas baru diaorang terima.

Tapi berbeza dengan peniaga sederhana & kecil2an di kampung2 macam kami.

Macam saya sendiri, kedai saya tak payah sewa dah sebab buat kat bengkel tepi rumah je, staf 2 orang je & kos2 lain agak minimum sebab duduk area kampung.

So…dengan sebab tu lah kitaorang boleh bagi harga yang berpatutan untuk sehelai baju.

Nak kata murah sangat taklah tapi selagi ada untung, saya boleh teruskan dengan harga yang murah dari biasa.

Ni pejabat untuk staf buat design & tempat simpan baju.

Nampak je kecik tapi memang sempoi. Sekeliling penuh dengan pokok2 hijau.

Ada macam2 flora & fauna….kadang2 ada ayam, ada burung, sesekali ada tupai, biawak pun ada.

Nak lagi grand….babi pun ada tp biasa malam2 le baru keluar…hehehe.

Ye lah…kedai kampung tapi kualiti world class sebab dah pos ke luar negara dah.

Ok…hari ni cam biasa saya nak kongsi ngan korang tempahan2 yang kitaorang dah siapkan sebelum ni untuk tatapan korang.

Salah satu servis yang kitaorang offer selain cetak tshirt biasa ialah cetak brand sendiri.

Ramai yang nak buat tshirt tapi nak ada brand sendiri kat belakang leher baju macam gambar atas ni.

So, senang le customer nak kenal brand dia nanti.

Tak susah pun…just print je & label asal kita akan gunting nanti.

Yang ni semua TShirt kelas hari tu customer order sebelum start cuti sekolah.

Yang specialnya bila ada gambar kartun sorang2…tu yang seronoknya tu.

Budak2 mesti suka tengok gambar kartun diaorang tu nanti.

Bawah kartun tu pulak ada nama sorang2.

Maknanya kalau dah besar nanti, bila tengok balik TShirt tu, pasti teringat balik kenangan masa sekolah tu dulu.

Yang ni kitaorang cetak untuk TShirt budak2 tadika ni.

Simple je…1 kaler print. Yang ambik masa sikit tu masa nak edit semula design tu tapi nasib baik ada designer yang mantap.

So..sekejap je dia buat design tu.

Yang gambar bawah tu…tu namanya blok printing.

Sebab 1 kaler print je…so, kitaorang guna blok kayu je. Cepat & pantas.

Yang ni kitaorang print untuk geng2 rebana time kahwin.

Kebetulan ada jiran kat rumah ni dia nak kawin, so dia tempah le baju geng2 rebana untk kahwin dia tu.

Dulu dah ada baju ni tapi sebab dia sendiri jadi pengantin, so dia le yang sponsor baju tu.

Yang ni saya suka sangat print sebab cetak colourful atas tshirt jersi putih.

Memang seronok tengok design warna warni ni.

TShirt virtual run untuk Kolej Yayasan Felda Cawangan Perak.

Alhamdulillah…kat 400 lebih helai jugak diaorang order.

Walaupun penat tapi berbaloi & seronok bila dapat siapkan on time.

Yang ni TShirt Hari Keluarga yang kitaorang terima order sebelum ni.

Walaupun masih dalam Covid tapi customer tetap bersemangat untuk buat Hari Keluarga.

Janji jaga SOP, semua aktiviti tetap boleh berjalan macam biasa.

Yang ni kan…customer just jual ikan kat pasar je tapi dia fikir lain dari yang lain.

Walaupun jual ikan tapi penampilan kena jaga jugak.

TShirt memang sempoi & orang akan ingat kedai dia nanti bila tengok TShirt ni.

Kalau orang lain mungkin rasa macam tak penting tapi sebenarnya TShirt ni pun salah satu cara nak promosi syarikat jugak sebenarnya.

TShirt ni pun sama jugak.

Dia boleh jadi satu alat untuk perkenalkan syarikat kepada orang ramai.

Bila staf pakai baju tu, orang ramai akan tertanya2 & bagi yang rasa memang cari servis diaorang, mungkin dia boleh tanya terus kat orang yang pakai TShirt tu.

Oklah..rasanya setakat ni dulu buat kali ni.

Bagi yang korang rasa Tahun 2022 nak buat kenangan terindah bersama group korang, jangan segan silu untuk buat tempahan TShirt korang ye.

Sampai jumpa lagi…baaaiiiiii…

Abg Nik & Kak Salina

www.mocetakbaju.com

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 27/02/2022, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: