Cikgu2 & Sekolah2…standby untuk tempah cetak TShirt sekolah masing2!

Assalam & Salam Cetak Baju semua,

Sekejap je masa berlalu…..tup tap tup tap…dah masuk bulan 3, Tahun 2022 dah.

Kalau dikira…dah nak masuk 3 tahun kita dalam suasana pandemik Covid 19 ni.

Sepanjang pandemik ni..ramai yang struggle nak hidup termasuklah peniaga kecil2an & sederhana macam kami ni.

Ada juga yang tak sempat struggle tapi terus gulung tikar & stop terus bisnes sebab order tak ada masuk.

Kami di mohcetakbaju.com ni…syukur sangat2 sebab dengan kasih sayang Allah…bisnes kami still maintain walaupun terpaksa berhempas pulas jugak.

Bulan 4 ni kerajaan dah start bagi lebih kebebasan kepada rakyat sebab pandemik akan bertukar menjadi endemik.

Nak tahu apa beza pandemik & endemik….cer KLIK SINI.

Ramai orang tak tahu beza apa itu Pandemik & apa itu endemik.

Sebagai contohnya…endemik ni ialah penyakit denggi.

Penyakit denggi ni memang dah ada dalam masyarakat..so, kena terima & rawat macam biasa.

Maknanya..bila kerajaan tukar dari pandemik ke endemik..maknanya kita kena terima hakikat yang penyakit Covid 19 ni akan sentiasa berlegar2 dalam masyarakat kita.

Tak boleh nak hapuskan sepenuhnya.

So…start je bulan 4 ni sekolah akan beroperasi macam biasa.

Apalagi cikgu & cikgi…boleh dah standby untuk order TShirt sekolah masing2 terutamanya cikgu yang jaga koperasi.

Bagi sape2 yang rasa nak buat duit sampingan time sekolah bukak ni pun boleh jugak.

Apa antara TShirt2 yang biasa sekolah tempah?

Antaranya….

  1. TShirt Asrama

    TShirt camni biasanya samada warden atau pelajar sendiri yang tempah.

    Kalau pelajar sendiri tempah….korang boleh mark up sikit harga tu sebab korang yang uruskan baju tu.

    Katakan saya jual kat korang RM20 sehelai..korang boleh jual RM25 sehelai & dapat untung atas angin RM5 sehelai.

    Kalau pelajar kat asrama ada 100 orang…free2 je korang dapat RM500 untung atas angin.

    Boleh le beli handphone Samsung yang ok sikit.

  2. TShirt Rumah Sukan

    Biasanya TShirt camni, kelab atau koperasi yang uruskan.

    Kitaorang Alhamdulillah…setiap tahun pasti ada je cikgu2 yang tempah TShirt Rumah Sukan ni dengan kitaorang.

    Cuma time Covid ni slow sikit tapi saya jangka Tahun 2022 ni….order pasti akan meriah semula, In Sha Allah.

    TShirt rumah sukan ni standard je warna dia…merah, hijau, biru & kuning.

    Setiap sekolah pasti ada nama unik rumah sukan masing2.

    Kalau sekolah agama…ada yang letak nama ulamak, nama sahabat nabi, nama tokoh2 besar islam & macam2 lagi.

    Ni antara contohnya…

TShirt rumah sukan ni antara yang dapat sambutan paling hangat sebelum2 ni.

Bukan sahaja diaorang tempah baju readymade tapi custom made pun banyak.

3. TShirt Tadika/Taska/PASTI dll

TShirt yang ni jugak antara TShirt yang paling banyak dapat sambutan.

Bukan puluh2 helai…ada yang sampai ribu helai kitaorang terima.

Ada jugak yang di”sponsor” oleh ahli politik.

Ada macam2 stail yang korang boleh pilih.

Saiz dari paling kecik umur setahun & boleh tambah cetak macam TShirt2 lain.

Ni antara contoh TShirt yang kitaorang pernah buat sebelum ni.

4. TShirt Persatuan / Kelab

Setiap sekolah mesti ada kelab atau persatuan.

Kadang2 kelab atau persatuan ni, diaorang ada peruntukan tertentu dari sekolah masing2.

Ada kelab yang tak tahu bagaimana nak guna peruntukan tu sebab time2 covid ni aktiviti tak berjalan sangat.

So…salah satu cadangannya ialah buat TShirt Persatuan dengan menggunakan duit peruntukan tu.

Adil sikit sebab semua boleh pakai baju termasuk cikgu penasihat kelab tu jugak.

Ni antara TShirt kelab yang kami pernah buat sebelum ni.

5. TShirt Kelas

TShirt Kelas ni memang paling TOP & paling dapat sambutan dari pelajar & cikgu2.

Ada antara pelajar2 sendiri yang tempah TShirt Kelas ni & ada juga cikgu yang tolong tempah.

Walaupun time2 Covid ni..banyak jugak kitaorang dapat tempahan TShirt kelas ni sebelum ni.

Ada 1 sekolah ni di Perak…student dia 70 orang je 1 sekolah & pelajar Tahun 6, 7 orang je.

Baru ni cikgu diaorang ada tempah TShirt & mug dengan kitaorang.

7 orang je 1 kelas…memang sempoi habaq hangggg!!!

Ni bukti dia…student 7 orang je 1 kelas. Tambah cikgu sorang…jd 8 orang.

Bagi yang ada pelajar beratus ke beribu orang….mesti pelik kan?

7 orang je 1 kelas….cikgu gi sekolah pun sempoi je.

Ni antara TShirt kelas lain yang kitaorang siapkan sebelum ni….

Ada banyak lagi contoh sebenarnya…ni je yang mampu tunjukkan sini dulu.

Kalau tunjuk semua..penuh lak blog ni nanti.

TShirt kelas ni paling banyak kami dapat order ialah yang ada tulis nama2 pelajar kat bhgn belakang baju.

Ada jugak yang letak nama nombor kat bhgn belakang baju tu.

Macam2 stail ada. In Sha Allah semua kitaorang boleh buatkan.

6. TShirt Batch

Tshirt batch ni bagi saya memang special sikit.

Bukan je boleh dibuat untuk kawan2 satu batch kat satu sekolah tapi boleh buat seluruh Malaysia jugak.

Macam sebelum ni…ada customer yang buat TShirt untuk pelajar Sekolah Asrama Penuh seluruh Malaysia, MRSM seluruh Malaysia, Politeknik seluruh Malaysia & Universiti seluruh Malaysia.

Cara macam ni dapat buat duit lebih banyak daripada tumpu pada satu tempat je.

Ni antara contoh baju batch yang kitaorang buat sebelum ni.

Ada macam2 jenis TShirt yang korang boleh tempah sebenarnya.

Terpulang pada korang sebab bukan senang sebenarnya nak buat TShirt sedondon yang kita dapat pakai ramai2 sebenarnya.

Ok…sampai jumpa lagi ye…baaiii…

Abg Nik & Kak Salina

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 15/03/2022, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: