Cerita best & tak best pasal cetak TShirt lepas raya ni…..

Assalam & Salam Cetak Baju semua,

Apa khabar semua & Selamat Hari Raya Aidilfitri kalau belum terlambat.

Nampaknya dah masuk 4 minggu dah kita selamat berhari raya (masa artikel ni ditulis).

Mungkin ramai tertanya2…apa cerita bisnes TShirt lepas raya & dah masuk endemik ni.

Terus terang saya nak bagitahu…ada macam2 cerita pasal bisnes cetak baju lepas raya ni.

Ada cerita best & ada jugak cerita tak best yang korang malas nak dengar….

Apa cerita bestnya???

  1. Time endemik ni ramai dah boleh berkumpul macam2 dulu2.

    So, maknanya….apa yang kita boleh buat sebelum PKP dulu, kita boleh buat semula time ni.

  2. Bila dah dibenarkan berkumpul ramai2…maknanya korang boleh order TShirt untuk apa sahaja aktiviti korang macam dulu2 jugak.

  3. Bila dah dibenarkan buat aktiviti beramai2..maknanya itu semua duit bagi korang.

    Korang pun boleh start buat balik duit dengan bisnes TShirt ni macam customer2 kitaorang pernah buat dulu.

  4. Bila dah boleh buat duit dengan bisnes TShirt ni…maknanya income korang akan bertambah sikit berbanding time PKP dulu.

    Proses order semua still sama..just ambik untung atas angin je.

    Tak perlu nak susah payah nak print atau fikir pasal cetak2 baju tu semua.

    Semuanya kitaorang yang akan buat & fikirkan untuk korang.


    Ni antara yang bestnya bisnes TShirt lepas raya ni…..


    Apa pulak yang kurang bestnya dengan bisnes TShirt lepas raya ni????
  1. Banyak kos TShirt naik harga lepas raya ni….harga barang cetak pun banyak yang naik.

    So…harga barang untuk cetak TShirt pun terpaksa dinaikkan jugak…memang tak boleh elak.

    Kalau tak dinaikkan, sama macam kitaorang bagi sedekah je kat korang nanti.
  2. Kalau order TShirt custom made…akan ambik masa sikit untuk siap sebab ramai staf dah berhenti time PKP hari tu.

    Kalau readymade..In Sha Allah tak jadi masalah sebab semuanya kitaorang yang akan uruskan nanti.

Rasanya yang tak bestnya lepas raya ni..itu je lah.

Yang bab naik harga tu yang kitaorang susah hati sikit sebab benda luar kawalan kitaorang.

Contoh macam TShirt readymade…ada yang kena import dari luar negara, so pihak luar negara memang dah upkan harga, so supplier tempatan kenalah naikkan jugak kalau tak nak rugi.

Bende2 lain still sama macam dulu2 jugak.

Cara nak order, cara nak buat bayaran & semua proses tempahan still sama..tak ada perubahan.

Order guna Whatsapp lebih mudah…follow je step bawah ni…

Bagi korang yang sedang cari peluang untuk tempah TShirt atau buat duit dengan bisnes TShirt kitaorang, kat sini saya ada beberapa IDEA yang korang boleh gunakan…

  1. Lepas raya ni…sekolah banyak start buat sukan sekolah.

    Sekarang ni dah ramai cikgu2 sekolah & cikgu2 koperasi kontek kitaorang untuk buat TShirt Sukan Sekolah.

    Rasanya dalam bulan 6 atau 7 ni, sukan sekolah start kot.

    So..bagi cikgu2 yang rasa nak buat duit sampingan, boleh try order TShirt sukan sekolah dengan kitaorang.
  2. TShirt Kelas….sekolah sekarang pun dah boleh belajar secara bersemuka.

    Maknanya…student dah boleh berkumpul buat aktiviti fizikal sama macam sebelum PKP dulu.

    Time ni lah kalau nak buat TShirt kelas sebagai kenangan memang sesuai sangat2.
  3. TShirt Rewang/Bekwoh…bagi yang cadang nak adakan majlis kahwin cuti sekolah ni, salah satu perkara penting yang patut ada ialah TShirt kahwin atau rewang.

    TShirt rewang..salah satu kenangan seumur hidup untuk semua pengantin atas muka bumi ni.
  4. TShirt Konvoi…..bila dah boleh berkumpul ni, salah satu aktiviti yang orang suka ialah berkonvoi ramai2 naik kereta atau motor.

    Pastu, kenalah pakai TShirt sedondon ramai2 time berkonvoi tu…best ooooo…
  5. TShirt Hari Keluarga…..Ramai tertunggu2 nak berkumpul adik-beradik & sedare mare dah 2 tahun dah.

    Bila masuk fasa endemik ni, seronok lah sebab dah boleh kumpul ramai2 balik.

    Tapi kalau buat hari keluarga, tak ada TShirt sedondon memang tak sah.

    TShirt tu lah yang buat Hari Keluarga tu lebih meriah sebenarnya.

    Kalau Hari Keluarga tapi pakai TShirt biasa je masing2….feel tu tak ada.

    Macam berkumpul biasa2 je.

    So..TShirt keluarga penting untuk kenangan seumur hidup korang nanti.

    Itu antara cadangan yang kitaorang boleh suggest untuk aktiviti lepas raya ni.

    Ada banyak lagi aktiviti lain yang boleh guna TShirt sebenarnya seperti TShirt Company, TShirt Memancing, TShirt Group, TShirt Batch dll.

Terpulang pada korang. Janji ada kenangan untuk korang ingat untuk setiap aktiviti tu. Barulah syoookkkk!!!

APA KATA CUSTOMER KITAORANG?!!

Hari ni cam biasa…nak kongsi ngan korang, apa TShirt kitaorang dah siapkan sebelum ni?

TShirt Hari Guru hari tu. Simple je sebab design 1 kaler warna gold. Baju microfiber oren sport.

Yang ni pun TShirt Hari Keluarga ni. Cetak depan biasa & kat lengan ada nama masing2.

Senang sikit nak ingat nama nanti. Takut ada anak sedare tak tahu nama pak sedarenya nanti. Ada nama sorang2 tu…senang sikit boleh kenal.

Yang ni saya suka sebab memang cantik design jawi dia.

Kena pulak background dia hitam, memang naik betul.

Tempahan yang ni baru je siap dalam 1,000 helai. Alhamdulillah.

Untuk student2 bawah tajaan Yayasan Felda & juga staf Yayasan Felda jugak.

Siap ada kod yang kita boleh scan kat lengan tu. Alahhh…macam kod untuk mysejahtera tu.

Tapi bila scan keluar website Yayasan Felda tu..memang sempoi.

Yang ni TShirt kelas ni. Logo tu pun kitaorang print guna silkscreen printing.

4 ke 5 kaler kalau tak silap. Cikgu cikgi yang nak tempah TShirt untuk kelas masing2 dialu-alukan sangat kalau nak tempah TShirt kelas camni.

Kitaorang pun ada design TShirt kelas sendiri kalau korang nak tengok.

Tempahan ni untuk family day. Kitaorang terima order ni time last2 puasa kat nak raya hari tu.

Mula2 customer ni nak gi main bowling masa raya pertama tu tapi tiba2 raya mengejut hari Isnin.

So..tak jadi le main bowling tu hari raya pertama, terpaksa main raya kedua hari selasa tu.

Tak kisah lah…janji dapat pakai time family day tu. Alhamdulillah…

Oklah…setakat ni dulu buat kali ni.

Nanti kita jumpa lagi di lain siaran ye…

Cam biasa….

Kalau nak order, follow je step bawah ni…

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 28/05/2022, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: