Lepas cetak TShirt sukan…pulun TShirt Hari Keluarga pulakkkk….!!!

Assalam semua,

Alhamdulillah…jumpa lagi kita dalam blog mohcetakbaju.com ni.

Syukur sangat2 sebab kalau diikutkan tahun ni kalau nak dikirakan..dah 11 tahun dah mohcetakbaju.com dalam online & 12 tahun dalam industri cetak baju ni.

Syukur sangat2 jugak sebab dapat maintain bisnes ni walaupun hari tu dilanda covid 2 tahun.

Mungkin bisnes2 lain dah tutup kedai tapi syukur sebab bisnes kitaorang masih maintain sampai sekarang.

Kalau diikutkan hati….memang sakit jugak hari tu tapi rezeki Allah tu luas.

Dia nak uji kitaorang tengok tahap mana sabar kitaorang hari tu & sampai tahap mana kitaorang bertahan kot.

Satu lagi…syukur & terima kasih banyak2 kat regular customer kitaorang yang maintain order dengan kitaorang sejak bertahun2 lagi.

Ada yang sebelum order dengan orang lain lepas tu kena tipu, datang semula dekat kitaorang.

Ada yang lost contact sejak 2014 masa dia masih student lagi, cari2 jumpa balik mohcetakbaju.com.

Ada yang buat TShirt sama je dah bertahun2 dengan kitaorang terutamanya TShirt sukan sekolah & asrama sekolah.

Ada yang order banyak kali dengan kitaorang…lambat sikit siap dah merajuk…hehehehe. Tapi dia tetap jadi regular customer kami. Hari yang dia merajuk tu jugak saya siapkan baju dia…..

Ada yang order dengan saya sebab just nak tolong saya..baru2 ni dia bawak masuk order 1000 biji topi, 120 tshirt merdeka, 50 helai tshirt usahawan & sebelum tu ada order TShirt korban lagi tapi satu sen pun tak ambik untung.

Ada customer yang nak order sehelai je TShirt tapi saya bgtau saya terima 5 helai ke atas je….pastu saya dicarutkannya & marah2. Saya kata tak payah marah…google je tempat lain. (Macam2 hal…)

Ada macam2 jenis customer kitaorang ni….Alhamdulillah diaorang lah jadi penyebab bisnes kitaorang maintain lagi sampai sekarang.

Cuba tengok bawah ni apakata diaorang pasal bisnes kitaorang ni…..

Okay..habis bab customer tu, kita masuk pulak bab tempahan TShirt yang sedang “in” sekarang ni.

Kalau diikutkan sekarang ni ada macam2 jenis TShirt yang customer tengah order sekarang tapi yang banyaknya sekarang ni TShirt Hari Keluarga.

Mungkin dah nak start cuti sekolah ni kot.

Ada jugak yang order untuk akhir tahun ni. Dah siap2 order…senang order awal. Tak payah nak kejar2 nanti.

Macam customer bawah ni….bulan 12 nak pakai tapi sekarang dah standby order baju tu.

Sebahagian dah pos kat dia untuk buat sample. So…tunggu lagi untuk next batch punya order.

Yang ni dari customer walk in je. Design simple 1 warna je. Tak payah pening2…customer ni pilih design sedia ada dalam blog kitaorang je…

Korang kalau nak pilih pun…boleh try tengok kat sini.

Klik je link atas ni untuk tengok contoh2 design TShirt Hari Keluarga yang dah ready untuk dipilih je.

Selain dari TShirt, kitaorang ada jugak siapkan tempahan lain seperti topi.

Baru2 ni siapkan dalam 1000 biji topi untuk merdeka.

Sempena merdeka ni jugak ada jugak TShirt yang guna stiker kitaorang siapkan sebelum ni.

Alhamdulillah syukur….semua ni rezeki dari Allah.

Selain TShirt Hari Keluarga & Merdeka, ada jugak TShirt lain yang kitaorang terima tempahan.

Antaranya….

Ada macam2 lagi design TShirt yang kitaorang siapkan baru2 ni tapi nak sempat nak ambik gambar.

So..kalau korang rasa nak order, just ambik je langkah macam bawah ni ye…

Sampai jumpa lagi ye…

Baaaiiiii….

Abg Nik & Kak Salina
0192254028 / 0193643692

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 31/08/2022, in Umum. Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: