Rezeki Cetak TShirt Akhir Tahun 2024…1,000++ helai SIAAPPPPPP!!!

Salam Cetak Baju sahabat2 semua,

Nampaknya lagi beberapa hari artikel ni di tulis akan masuk Tahun 2025.

Atau mungkin masa korang baca artikel ni, dah masuk tahun 2025 dah.

Cepat betul masa berlalu dari setahun ke setahun.

Tahun ni kalau dikirakan, Ainix Resources atau http://www.mohcetakbaju.com dah ada dalam industri cetak baju masuk ke tahun ke 15 dah.

Maknanya dah 15 tahun dah kitaorang bisnes cetak TShirt ni.

Dalam 15 tahun ni..macam2 kisah naik turun yang kitaorang dah tempuh.

Sedih ada seronok pun ada. Kalaulah dulu kitaorang give up masa ada masalah bisnes, mungkin tak sampai ke tahap ni dah kot.

Malas lah nak cerita yang tak seronok ni…kita cerita yang seronok je ye…

Alhamdulillah…nak masuk Tahun 2025 ni dapat pulak rezeki lebih 1,000++ helai.

Syukur sangat2 sebab rezeki kitaorang masih maintain sampai le sekarang walaupun dah 7 tahun berenti kerja makan gaji.

Ni antara tempahan2 kalau di jumlahkan lebih dari 1,000 helai untuk bulan Disember sahaja.

Yang ni kitaorang dapat 1,000++helai tempahan dari customer.

Syukur sangat2…mana yang nak guna awal tu memang kitaorang siapkan on time.

Cumanya masa nak siapkan tu jenuh jugak sebenarnya…siang staf print & malam bos lak print.

Kalau tak buat camtu, rasanya lambat jugak siap tu.

Tapi tengok le betapa seronoknya diaorang masa program tu pakai baju tu sedondon ramai2.

Hanya gambar je yang boleh menggambarkan betapa seronok nya diaorang tu…korang yang lain bila lagi?

Tshirt rewang pun ada jugak kami terima.

Yang ni customer sendiri bagi design…so, mudah le sikit kerja kitaorang.

Print out terus dari design asal & print atas baju…so, simple.

Yang ni pulak TShirt untuk geng team building.

Sebab bajet tak mahal, diaorang hanya cetak 1 warna je atas baju putih.

Tapi walaupun 1 warna je…still cantik sebab guna warna merah “wine red”(arak merah).

Nampak menyerlah jugak….

Yang ni kakak saya yang order untuk kelas anak dia.

Bulan 1, 2025 ni diaorang ada program kat Jepun.

So..tempah le TShirt yang nampak ada gambar peta Jepun untuk kenangan budak2 tu.

Yang tempahan ni kan…customer ni order untuk homestay dia.

Pastu dia kata nak ambik gambar masa kat Korea tapi sampai Korea cuaca sejuk giller.

So…tak banyak gambar yang ada baju tu sebab sejuk nak bukak baju.

Tapi tak apalah…janji TShirt kitaorang dah 2 kali sampai ke Korea.

Yang ni satu lagi TShirt kitaorang sampai kat oversea…yang ni kat UK pulak.

Jauh oooo tshirt kitaorang berjalan.

Ingatkan jalan2 dalam Malaysia je…nohhhh..sampai ke UK nun.

Bangga ooo…Alhamdulillah.

Bila cuti sekolah ni biasanya ramai yang tempah TShirt untuk Hari Keluarga.

Nanti akhir bulan Januari & awal bulan Februari ada pulak cuti sekolah sebulan.

So…time tu pada yang nak tempah TShirt Hari Keluarga atau apa sahaja TShirt korang, sekarang dah boleh dah.

Ini lagi gambar2 TShirt yang sempat saya siapkan sebelum ni….

Ada macam2 tempahan yang masuk….company pun banyak.

Last sekali ada tempahan beg 100 buah untuk customer.

Ni kita panggil non woven beg untuk program customer.

Semua kami print ikut kehendak customer.

So..kalau dicampur2kan semua tempahan Bulan Disember sahaja, Alhamdulillah…lebih 1000 helai jugak kami dah siapkan.

So…setakat ni dulu ye cerita kitaorang yang boleh kitaorang kongsi.

Macam biasa…kalau ada sape2 nak tempah TShirt untuk apa sahaja program korang, senang je…Whatsapp kitaorang seperti dibawah ye….

Sampai jumpa lagii….baaiiiiiii….

Ikhlas Dari :

Abg Nik 0192254028

Kak Salina 0193643692

Unknown's avatar

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 29/12/2024, in Umum and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?