Kami jual semula TShirt 4Square…lengan pendek, lengan panjang & kanak2….
Hai, hai & Selamat Cetak Baju semua,
Straight to the point….Tshirt 4square ada balik. Selepas kami stopkan jualan tshirt 4Square sebelum ni sebab ingatkan kilang stop production, sekarang kami jual balik TShirt2 brand 4Square tu.
Cuma sekarang ni, harga kami terpaksa tambah 50 sen selai dari harga sebelum ni & kami samakan dengan harga baju Agent Tee.
So, maknanya…lengan pendek RM10.50, lengan panjang RM16 & kanak2 RM10.50. Cer tengok antara kaler Tshirt yang kami ada untuk korang semua.
Ni antara kaler baju yang kami offer kat korang. So, sape2 yang nak baju lengan panjang kaler Dark melange, grey melange & kaler2 lain, boleh start order dah ye.
Takpun klik link bawah ni atau klik kat page atas nun utk korang mula order baju2 tu ye.
https://mohcetakbaju.com/katalog-4square/
Kitaorang pun ada offer gak baju 4square ni untuk buat baju I AM. Harga sama cam baju Agent Tee. Cer Klik link bawah ni untuk detail harga baju tu.
https://mohcetakbaju.com/tshirt-i-am/
So, pada sape2 yang berhajat nak order baju tu…jangan segan & jangan silu untuk kontek kitaorang, samada :
1. Emelkan ke adminkomisen@gmail.com (cara ni paling digalakkan…)
2. Whatsapp atau SMS ke 0192254028 (abang Nik) atau 0193643692 (Kak Salina).
3. Takpun isi form kat page “Nak tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun.
In Sha Allah, kami akan layan korang sebaik mungkin.
Tolong jangan order melalui komen2 dalam artikel ni ye. Susah nak jawab kat situ.
Ok…apa cerita hari ni?
Hari ni saya taknak bercerita pasal tempahan baju tapi nak cerita pasal blok printing yang saya pernah buat sebelum ni.
Mungkin ada antara korang tak tahu camane bentuk blok printing untuk print design korang tu.
Cer tengok gambar bawah ni. Ni lah antara blok2 printing yang sempat saya ambik gambar. Ada beberapa ratus biji blok printing sebenarnya tapi ni baru sebahagian yang saya boleh tunjukkan.
1 kaler mewakili satu blok printing. So, korang bayangkan kalau saya terima order 1,000 ke 2,000 lai sebulan, berapa banyak blok printing yang perlu saya sediakan.
Blok2 printing ni saya perlu jemur atau letak bawah kipas untuk bagi cepat kering. So, bukan mudah sebenarnya nak print baju korang sebenarnya.
Jadi, pada sape2 yang nak cepat tu, mungkin boleh pikir 2,3 kali ye sebab memang akan ambik masa kalau nak prepare blok ni sebenarnya. lainlah kalau design dah siap2 korang bagi & saya print out je…In Sha Allah, boleh le cepat sikit nanti.
Ok..hari ni setakat ni jelah dulu ye. Nanti apa2 hal, saya cerita lagi dalam artikel akan datang ye.
Yang paling penting, nak bagitahu je…Tshirt 4Square dah ada balik….
So, jumpa lagi korang….bai…
Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com
Posted on 12/10/2014, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, tshirt murah, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0