Tips nak buat iklan PERCUMA tanpa bayar satu sen pun (SPECIAL UNTUK BISNES TSHIRT!)
Hai, hai, hai, Salam Cetak Baju & Salam AidilAdha(Buat rakan2 beragama Islam),
Salam Aidiladha buat semua umat Islam di serata pelusuk dunia ye(blog ni sampai ke tepi sempadan Alaska pun boleh tengok ni kalau ada line internet). Selamat berkorban le ye pada semua….
Hari ni nak kongsi ngan korang pasal TIPS buat iklan PERCUMA. Nak dengar tak? Sape nak dengar…angkat tangan…..
Tidak dinafikan, proses pemasaran atau mencari customer sangat2 penting dalam perniagaan termasuklah bisnes TShirt ni.
Ramai orang yang nak buat bisnes ni tapi gagal dari segi marketing. Kedai gah & hebat macam hotel 5 bintang tapi tak ada customer pun datang. Website gempak, siap ada lampu lip lap lip lap lagi tapi sayang, pelawat tak singgah pun.
So, bagaimana nak tarik pelawat atau bakal pelanggan untuk membeli produk korang. Dalam masa yang sama, korang malas nak keluarkan belanja.
Yang sebenarnya, kalau diikutkan kepada hukum bisnes yang sebenar, kalau nak duit datang kat kita, kita perlulah keluarkan dahulu duit kita. Bila duit keluar, baru ada duit masuk. Kalau tak keluar duit pun sebenarnya boleh buat bisnes jugak tapi keputusannya agak lambat dan tak sehebat kita laburkan duit.
Tapi tak mengapa…bagi orang yang baru berjinak-jinak dengan bisnes TShirt, mungkin mereka tak ada modal yang banyak lagi untuk dibelanjakan. So, untuk permulaan ni, mereka bolehlah fikirkan bagaimana cara yang tak perlu keluarkan duit untuk memasarkan produk mereka.
Biasanya, kalau benda yang tak perlu keluar duit, kita kena keluarkan dalam bentuk lain seperti kena keluarkan tenaga, masa dan penat lelah.
Kalau kita ada duit, benda2 camni kita boleh kurangkan lagi.
So, apa cara FREE Marketing yang saya nak cadangkan tu ?
- Bersembang di kedai kopi. – sambil bersembang, bagitahu sekali apa yang kita jual atau website kita. Mudah je. Modalnya…air liur je.
- Setiap kali sms, letakkan iklan. Bukan bayar iklan tapi bayar sms tu sahaja.
- Setiap kali emel, letakkan iklan kita.
- Guna whatsapp – daripada duk bersembang benda yang tak berfaedah, selit2kan sekali iklan kita tapi jangan terlalu kerap. Boring orang nanti.
- Minta kawan-kawan, saudara mara atau adik-beradik tolong promosi
- Tulis kat pokok – jangan tulis sebarangan. kena tengok tempat jugak. Nanti majlis datang tangkap nanti kang.
- Sambil bersembang dalam telefon, sambil buat promosi.
- Iklan dalam Facebook (yang tidak berbayar).
- Tulis atas sekeping kertas iklan korang & tampal ditempat yang dibenarkan.
- Buat flyers dengan tulisan atau print sendiri & edarkan ditempat korang. (Kalau nak cantik, kena bayar le & buat kat kedai printing).
- Cari kain-kain perca yang tak guna & masih cantik lagi yang ada dalam simpanan anda & tuliskan iklan atas kain tersebut.
- Carikan kertas sekeping, tuliskan iklan korang, ambilkan salotape & tampalkan kat belakang kereta (jadikan seperti stiker).
- Tulis iklan korang dalam satu kertas kecil sebesar bisnes kad, pastu edarkan dalam pengangkutan awam seperti bas, LRT, keretapi dll.
- Buat iklan anda atas kadbod atau kertas manila, pegang kadbod atau kertas manila & duduk di tempat2 yang ada lampu isyarat & tunjukkan pada pemandu kenderaan yang lalu lalang disitu.
Kalau ikutkan macam2 idea untuk korang mula mempromosikan bisnes TShirt korang tapi camane pun, nak cepat & berkesan, kena keluarkan duit jugak.
Kalau tak melabur, susah & lambat sikit nak dapat customer nanti. Yang FREE memang nampak cam mudah je tapi korang kena tebal muka, korang kena letih & penat dan korang kena korbankan banyak masa.
So, terpulang pada tahap masing2. Paling mudah…jual kat Facebook je. Itu yang paling glamer pun.
Macam saya sendiri…saya peruntukkan RM2000 ke RM3000 sebulan untuk buat marketing saje. So, disebabkan saya sibuk, belanja sebanyak ni, boleh gantikan penat lelah saya.
Mungkin nampak belanja tu besar tapi berbaloi dengan pulangan yang dapat.
Oklah….saya harap..korang akan berjaya dengan bisnes TShirt korang masing2 ye..
Hari ni nak bercerita pasal apa ye. Banyak gak tempahan yang kitaorang dah siapkan sebelum ni tapi sekarang ni, kitaorang akan mintak dulu baki bayaran, baru pos ye.
Cerita 1
Blur sikit gambarnya. Ni baju group wife ni. Simple 2 kaler je. Kuning tu tak tindih putih pun. Just print sekali je tu. So, agak sempoi.
Haahhh…yang ni budak2 pompuan suka sangat ni. Baju EXO. 1 kaler print je. Yang camni, banyak gak saya terima tempahan. Korang nak order, bgtau ye.
Yang ni pun sempoi je. Depan belakang 1 kaler printing. Tak ada cerita panjang ye sebab simple je.
Ini lak tshirt hari keluarga. Design asal banyak kaler tapi customer ni nak yang 1 kaler je. So, agak sempoi jugak. Cepat & mudah.
Ni bahagian belakang lak. 1 kaler jugak. Kalau 1 kaler camni, harga pun lebih murah dari print banyak kaler. sesuai untuk korang yang nak bajet murah.
Ni lak tshirt I AM tapi ada nam sekolah kat bawah tu. So, terpulang pada masing2.
So…cam biasa, kalau sape2 nak order baju untuk apa sahaja aktiviti korang :
1. Emelkan detail nak order & design nak print kat emel saya di adminkomisen@gmail.com.
atau ;
2. Call/Whatsapp/SMS ke 0193643692 (Salina) atau 0192254028 (Nik)…..tapiPERINGATAN!!TOLONG JANGAN CALL WAKTU MALAM. KAMI PUN NAK BEREHAT JUGAK!!!
Sampai jumpa lagi…..baiiii….
Yang kat sini,
Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com
Posted on 07/10/2014, in Baju Company, Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju keluarga, baju murah, baju sukan, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt murah, tshirt group, tshirt keluarga, tshirt murah, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0