Kami pun banyak kali kena tipu….customer tak bayar…

Iklan TShirt I AM 4

 

Hai, hai, hai & Salam Cetak Baju semua,

Berjumpa lagi kita hari ni….hari ni actually kitaorang cuti. So, rehat sikit le. Sambil2 tu sempat le upload cerita sikit pasal bisnes cetak baju ni.

Kalau korang baca tajuk atas ni, mungkin ada yang tak percaya. Biasa kita dengar supplier atau peniaga online yang tipu atau makan duit customer tapi kitaorang terbalik pulak. Kitaorang yang kena tipu pulak.

Actually, sebelum2 ni…saya lebih suka guna pendekatan biar customer yakin & percaya kat kita. Biasanya saya mintak 50% deposit dulu & lepas tu, pos baju diaorang dulu. Bila diaorang dah dapat baju, baru kitaorang mintak duit baki tu.

Tapi, ada yang jenis customer ambik kesempatan. Dah dapat baju, macam2 alasan diaorang bagi atau ada jugak yang senyap terus bila dah dapat baju tu.

Rasanya beberapa ribu ringgit jugak saya kena tipu tu.

Tapi sebenarnya tak ramai yang macam tu. Majoriti adalah pelanggan yang jujur dan baik hati. Saya tak tahu le. Mungkin ada sesetengah tu memang dah jenis tabiatnya camtu kot. Suka kebas duit orang kot.

Saya ceritakan beberapa kisah atau beberapa orang pelanggan yang pernah tipu saya sebelum ni.

1.  Ada satu customer ni, saya tersalah pos baju kosong kat dia. Kalau ikutkan orang lain punya. Saya pun dengan penuh sopan, mintak tolong dia poskan ke alamat sebenar tuanpunya baju tu & saya sanggup tanggung kos pos tu. Tapi dia buat derrrkkk je. Semua mesej saya dia tak jawab & kalau call, tutup handphone. Tak tahu le apa masalahnya.

Kejadian ni berlaku tahun lepas tapi sampai sekarang tak ada feedback.

 

2. Customer yang ini lak, student lagi kat UM. Kalau sape2 baca artikel ni & student UM, pastu pernah order baju SCOMI & ada nombor kat belakang, yang ini pun saya kena tipu jugak.

Dia buat bayaran tapi tak isi form kat page Cara Bayaran. So, camane kitaorang nak proceed order kalau page Cara Bayaran tak isi.

Pastu, tup2 dia kata dah buat bayaran & page Cara Bayaran tak boleh isi. So, saya bersungguh2 le buat baju dia tu ikut date yang dia nak.

Pastu, masa nak pos…courier ada masalah skit & dia terpaksa hantar sendiri baju tu kat tuanpunya asal. Dia kemudian salahkan kitaorang sebab dia kena keluarkan kos lain lak.

Saya setuju bagi diskaun lagi tapi mintak baki saya dibayar. Tapi dah banyak bulan dah, tak bayar2 sampai sekarang. emel pun tak berjawab.

Kitaorang dah bersungguh2 bantu dia siapkan baju tu tapi tak bertimbangrasa langsung.

 

3. Ni lak cikgu sekolah rendah…..cikgu ni pun satu. Nama je cikgu tapi buat busuk nama cikgu je. Sama je macam cikgu yang bocorkan soalan UPSR baru2 ni.

Saya dah bersungguh2 siapkan awal tempahan dia tapi dah berapa bulan tak bayar2 lagi baki dia. Dahlah nak tempah bukan main kasar lagi tapi nak bayar, bukan main liat.

Camane ilmu nak berkat kalau cikgu camni. Tengok le anak2 murid sekarang. Tapi bukan semua cikgu camtu. Ramai lagi yang baik & hebat sebenarnya tapi yang sorang dua ni le yang busukkan nama cikgu tu.

Bila kitaorang call, tak berjawab. Bila dapat jawab, dia kata pegi UK & akan bayar. Tapi samapi sekarang, habuk pun tarak.

 

4.  Ada sorang lagi ni, student kat Pahang. Yang ni order baju I AM kat kitaorang. Baki hampir RM800. Yang ni lagi le sakit hati…dah dapat baju, buat diam sampai sudah. Call tak angkat. Emel & mesej tak jawab. Tak tahu le apa masalahnya.

Kadang2 frust rasanya sebab kita ni bersengkang mata siapkan tempahan2 tu tapi baki tak bayar.

Ada lagi beberapa orang lagi customer yang culas nak bayar baki. Kalau ada masalah dengan baju tu, bawak berbincang. Apa yang saya boleh bantu, saya bantu.

Kalau customer korang rejek, bincang ngan kitaorang untuk dapatkan penyelesaian. tapi bincang cara baik. Jangan nak marah2 atau maki hamun. Kami manusia biasa jugak yang ada perasaan.

Saya lebih suka bantu customer yang bercakap lembut daripada yang bersikap kasar. Korang pun camtu jugak rasanya.

Korang yang tak bayar tu, fikir2kanlah…..kalau korang jual balik baju tu & dapat duit, satu sen pun rezeki korang tak halal & tak berkat. So, camane bisnes & hidup nak senang camtu.

Sama le jugak cam korang mencuri kalau camtu. Tak senang hidup korang dunia akhirat nanti. So, FIKIR-FIKIRKANLAH………

So, sekarang ni…apa yang saya buat, saya mintak dulu customer bayar baki & saya baru pos baju tu.

Saya terpaksa buat camtu untuk elakkan perkara sama berlaku. Tapi korang jangan takut, saya tak akan & tak pernah tipu sebab saya berniaga ni kerana Allah.

Korang fikirkanlah….kalau saya menipu, konfem bisnes saya tak berkat, dah lingkup & dah tak meniaga dah tapi dah 4 tahun lebih saya dalam online & Alhamdulillah, pendapatan kitaorang semakin meningkat dari hari ke hari & semakin tak cukup tangan dah nak siapkan tempahan tu.

Hanya Allah yang banyak membantu kitaorang & disokong oleh korang semua, terima kasih.

So, setakat tu jelah luahan hati kami ye sebab dah lama pendam dalam hati. Nak luahkan jugak, baru lega.

Hari ni nak cerita pasal apa ye?

Cerita 1

tshirt kelas

tshirt kelas

Yang belakang ni, customer nak emboss yang kaler merah tu. Nak tahu tak camane rupanya emboss tu. Emboss tu print timbul macam kat bawah ni….

tshirt kelas

Haaaa….nampak tak design kaler merah tu timbul. Yang putih tu stay cam biasa je.

Design timbul camni le nanti kalau korang order baju I AM emboss nanti. So, nanti design dia lain dari yang lain.

Cuma emboss ni mahal sikit dari print dye biasa sebab kena guna special dye & kena guna airgun untuk timbulkan design tu cam kat bawah ni…

tshirt kelas

Tu tangan teman tu…muka masih tak boleh ditunjuk atas masalah teknikal (bukan sebab tak hensem….hehehe).

Camni le caranya kitaorang naikkan design emboss tu. Banyak guna letrik gak ni. So, sape2 yang nak buat design emboss camni, bgtau le ye.

 

tshirt kelas

 

Cerita 2

tshirt kelas

tshirt kelas

tshirt kelas

Yang ni tshirt kelas biasa. Depan 2 kaler & belakang 2 kaler. Belakang lupa nak upload…hehehe. Manjang je lupa.

Tapi matching gak kaler dia sebab baju kaler navy blue & print kaler biru muda. Design diaorang buat dalam Customink.com. So, agak mudah sikit nak print ni.

Cerita 3

tshirt konvoi

tshirt konvoi

tshirt konvoi

Ni baju konvoi lak ni. Depan 2 kaler, belakang & lengan. Yang ambik masa sikit nak print lengan sebab perlukan papan khas untuk print tu.

Print depan tu pun kena guna marking jugak. Kalau salah marking, tak sharp nanti. Tapi Alhamdulillah, berkat pengalaman, tak ada masalah timbul. Bisa diatur.

Oklah tu…hari ni 3 cerita je sempat update. lain kali, kitaorang kongsi lagi ye.

So, cam biasa…sape2 yang nak order baju I AM tu, tengok promo bawah ni untuk lengan panjang & lengan pendek brand Agent Tee. Kalau nak baju Raglan atau lain2 brand, klik kat button bawah ni.

TShirt I AM Long Sleeve Agent Tee TShirt I AM copy

 

So…cam biasa, kalau sape2 nak order baju untuk apa sahaja aktiviti korang :

1.  Emelkan detail nak order & design nak print kat emel saya di adminkomisen@gmail.com.

atau ;

2.  Call/Whatsapp/SMS ke 0193643692 (Salina) atau 0192254028 (Nik)…..tapiPERINGATAN!!TOLONG JANGAN CALL WAKTU MALAM. KAMI PUN NAK BEREHAT JUGAK!!!

Jumpa lagi korang!!!!! Baiiii….

Dari kami,

Abang Nik & Kakak Salina
adminkomisen@gmail.com

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 16/09/2014, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: