Bisnes kitaorang makin berkembang, Alhamdulillah (Catatan buat sape2 yang tak percaya dengan bisnes kami!)

Hai & Salam mohcetakbaju kepada semua pelawat baru & pelawat setia mohcetakbaju,

Pertama2nya, saya nak mintak maaf banyak2 kepada semua bakal pelanggan & pelanggan sedia ada saya sebab terus terang saya nak bagitau yang setakat hari ini…..diulangi…setakat hari ini, saya hanya mampu menyiapkan tempahan korang 3 minggu ke atas selepas dapat deposit sahaja….diulangi! 3 minggu ke atas lepas dapat deposit.

Masalahnya bukan kami lembab atau slow tapi permintaan tempahan melebihi kemampuan kami.

Korang ingat tak sebelum ni dimana 2 kali saya terpaksa stopkan order selama sebulan kerana terpaksa menyiapkan order didalam tangan terlebih dahulu. Kitaorang tak nak tamak sebab yang penting kepuasan pengguna tu. Kalau dengan order yang menimbun2, pastu kami tetap terima jugak order korang…kitaorang takut customer kitaorang lari nanti sebab baju tak siap2 lagi.

Kitaorang juga terpaksa siapkan order tu sampai malam, hampir setiap hari sekarang ni. Untuk pengetahuan korang printing tshirt memerlukan tempat yang tidak panas & agak sejuk. So, kitaorang tak dapat nak print waktu tengahari sebab blok printing cepat kering & tersumbat.

Pastu, korang tahu tak……meja printing kami pada masa sekarang hanya dapat memuatkan 50 baju sahaja bagi satu2 masa. Tempahan sekarang mencecah beratus2 helai. Kemudian, tshirt tersebut bukan boleh diprint sekali sahaja tapi terpaksa ditindih 2 kali bagi mendapatkan kualiti printing yang lebih baik.

SEJARAH BISNES KITAORANG…..

Korang tahu tak…bisnes kami start dengan meja makan je sebagai meja printing kami. Hanya boleh muat 2 helai pada satu2 masa. Pastu, korang tahu tak, kat mana kitaorang jemur baju2 tu…cer tengok gambar kat bawah lak…

cetak baju

cetak tshirt

Tengok le. Bersepah2. Ni masa 2011 ni. Masa ni tempahan kami tak le sebanyak hari ni. Tu yang mampu lagi buat atas meja makan tu.

Pastu kan….disebabkan permintaan semakin meningkat, pada akhir 2011…saya terpaksa beli meja makan atau buffet 2 buah untuk tampung permintaan yang bertambah tu. Sekali printing 9 lai je.

cetak baju

Yang kanan tu 2 buah meja buffet tu & tengok…kat mana saya jemur baju. Kat tepi tu je. Kedai kecik ni terpaksa dibuat untuk tampung permintaan yang semakin bertambah tu.

Masa ni tak pakai lagi meja printing yang betul2. Cuma guna papan biasa je & masukkan dalam baju tu untuk diprint.

So, disebabkan permintaan lagi bertambah & tak sempat nak buat atas 2 buah meja ni….kitaorang pecahkan lagi kedai & buatkan lagi meja printing baru untuk 50 lai pada satu2 masa pulak.

Ini keadaan kitaorang sekarang….

 

 

cetak baju

 

Ini le rupanya kedai kitaorang sekarang yang dapat menampung 50 lai tshirt pada satu2 masa.

Tapi nampaknya….sekarang ni tempahan makin meningkat lagi sekali ganda & kawasan kami agak terhad.

So, tahun ni saya buat lagi satu kedai atau stesen cetak baju kat tepi rumah saya sendiri. Cer tengok ni….hari ni 22/10/2014(Sabtu)…kedai ni belum siap lagi. Dijangka hujung minggu ni siap sepenuhnya. Belah kanan tu gambar rumah saya. Hujung tu kedai baru kitaorang.

DSCN0188

DSCN0187 DSCN0184 DSCN0182

 

Disini saya tak guna meja printing sangat, tapi saya akan mula guna mesin printing atau lebih dikenali sebagai mesin spider. Mesin tu saya import dari US. Dah sampai dah. Ada kat parking kereta saya tapi belum boleh guna lagi. Dah siap kedai baru ni, In Sha Allah, boleh masukkan nnti.

Camane rupa mesin spider tu. Cer tengok contoh bawah ni…..

Mesin spider

 

Ini le namanya mesin spider. Boleh print maksimum 6 kaler pada satu2 masa.

Walaupun namanya mesin spider tapi teknik printing still manual lagi. Ianya agak canggih sikit sebab kitaorang bukannya boleh print design yang solid je tapi design original, macam muka orang, gambar pemandangan dll. So, canggih sikit le.

Tapi walaupun macam tu….saya tak jamin juga boleh menampung permintaan yang semakin meningkat ni. So, saya punya impian akan datang iaah untuk mempunyai kilang sendiri yang mempunyai pekerja sendiri nanti. Pastu, dapat menampung permintaan sehingga 10,000 ke 20,000 helai sebulan (Setakat ni hanya 1,000 ke 2,000 helai je sebulan).

Doa-doakanlah kejayaan kami ye…….AMIN!

Ok…setakat tu dulu cerita berkenaan bisnes kami yang semakin berkembang ni, Alhamdulillah. Maaf…bukan nak riak atau sombong atau menunjuk2 tapi nak bagi konfiden kepada korang yang belum pernah order baju dengan saya. Ramai yang tak percaya dengan bisnes kitaorang. So, nak bagi lebih percaya…saya ceritakanlah sejarah bisnes saya ni untuk sekurang2nya konfiden sikit dengan kitaorang ye.

Oklah..apa cerita hari ni….

tshirt raglan I AM

PRINT TSHIRT I AM ATAS BAJU RAGLAN ENZO

Biasanya customer pilih baju murah biasa je untuk buat tshirt I AM ni. Ada jugak customer yang pilih baju Raglan jenis Enzo untuk buat design I AM tu. Cantik jugak baju ni. Tapi terpulang pada korang.

tshirt I AM Raglan

tshirt I AM Raglan

Ada macam2 kaler. Korang nak order baju I AM ni ke? Kalau nak…klik link link ni untuk tengok senarai harga baju I AM tu…<<KLIK SINI>>

Untuk pengetahuan korang jugak, print jenis Glow In The Dark saya dah stopkan dulu sebab susah nak print sebab dia kena guna powder. Selalu sumbat kat blok printing. So, saya tukarkan dengan emboss untuk baju I AM & apa saje tshirt korang. Tahu tak camane emboss tu….

tshirt I AM emboss

tshirt I AM emboss

Ni le rupanya. Design dia timbul bila kita raba atas design tu. So, kalau emboss, tambah lagi RM3 selai dari harga ikut senarai asal. So, sape2 nak order baju I AM, boleh klik gambar bawah ni ye.

Iklan TShirt I AM 4

Selain daripada tu, banyak gak tshirt kelas yang kitaorang terima. Contohnya seperti bawah ni….

baju kelas

tshirt kelas

Print 1 kaler depan belakang. Agak mudah tapi ambik masa skit nak design balik design belakang tu sebab kena susun balik nama2 dalam nombor tu. Tapi ok je. Alhamdulillah….

tshirt gold

Yang ni lak…print kaler Gold. Kalau Gold ni, harga mahal sikit sebab guna special dye. Biasanya tambah RM3 selai dari harga print biasa. So, kalau nak order, bgtau jugak ye.

Oklah…setakat tu dulu.

So…cam biasa, kalau sape2 nak order baju untuk apa sahaja aktiviti korang :

1.  Emelkan detail nak order & design nak print kat emel saya di adminkomisen@gmail.com.

atau ;

2.  Call/Whatsapp/SMS ke 0193643692 (Salina) atau 0192254028 (Nik)…..tapi PERINGATAN!!TOLONG JANGAN CALL WAKTU MALAM. KAMI PUN NAK BEREHAT JUGAK!!!

Ok…bai…jumpa lagi!!!!

Yang ikhlas & merendah diri,

Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com

P/S : Kepada bakal pelanggan yang tak konfiden dengan bisnes kitaorang, saya harap korang bacalah artikel2 dalam blog saya ni & korang buatlah keputusan bijak korang sendiri.

Kalau tak konfiden jugak, nasihat saya…jangan berurusan langsung secara online. Korang cari le offline yang korang lebih konfiden & boleh tengok dengan mata korang sendiri. Terpulang.

The decision is yours.

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 22/10/2014, in Baju I AM, Baju Kelas and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 6 Comments.

  1. Assalamualaikum Abang Nik dan Kak Salina . Alhamdulillah rezki makin mencurah-curah . Salah satu sebab saya selalu singgah ke blog ni adalah kerana abang dengan akak selalu update blog ni dan tak biarkan macam tu je . Saya ingat nak tempah jugak ,nanti saya email design . Mudah-mudahan Allah murahkan rezeki abang dan kakak dan berkati perniagaan kalian .
    ;))

    Like

  2. Zikri Akhunajah

    Tahniah….. mudah mudahan Allah memberkati perniagaan anda akan dtg.

    Like

  3. Salam abg Nik.. Tahniah dh tambah kedai.. saya follow blog abg nik dari thun 2011..waktu tu abg nik sarung baju kt papan lg.. Tahniah…. semoga perniagaan abg nik berkembang maju…

    Like

  4. 2011 ke 2012 tah..dh lupa.. 🙂

    Like

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: