Syukur sangat……kedai baru kami dah siap.
Salam cetakbaju buat semua pelawat setia mohcetakbaju.com,
Alhamdulillah……syukur pada Allah. Akhirnya, satu lagi stesen cetak baju kami siap dibina.
Seperti yang saya ceritakan kepada korang pada artikel yang lepas(masa tu bangunan tu dalam proses nak siap)..so, sekarang dah siap dah.
Kini kitaorang ada 2 tempat printing iaitu di sebelah rumah mak saya & sebelah rumah saya sendiri.
In Sha Allah, dengan adanya tempat baru ni, saya akan cuba sedaya upaya untuk tunaikan permintaan pelanggan setia kitaorang untuk dapatkan baju diaorang dengan lebih cepat.
Cuma saya tak kata semua permintaan dapat disiapkan cepat, cuma mungkin akan dapat kurangkan sikit masa menunggu je, In Sha Allah.
Ni le antara gambar bangunan kedai yang dah siap tu.
In Sha Allah..saya juga akan menggunakan mesin printing baru yang lebih canggih seperti dibawah ni.
Ni le namanya…mesin spider sebab dia punya tempat nak letak blok printing macam tangan spider. Kat tepi sebelah kiri tu, kita panggil Flash Dryer yang boleh keringkan dye dengan lebih cepat.
Semua mesin ni saya import dari US….nak tahu tak berapa harganya? Nak cerita ke….macam segan lak nak cerita. Tak yah cerita le ye..nanti orang income tax cari saya kang…hehehe. Cukup sekadar saya katakan yang harganya mencecah belasan ribu ringgit jugak.
Actually…kedai ni belum beroperasi sepenuhnya lagi sebab baru siap. Mungkin dalam seminggu dua ni baru sikit demi sedikit kitaorang masukkan alatan lain & stok. Gambar atas ni kalau korang tengok…kat hujung nun sinki air untuk basuh blok & sebelah tepi tu air compressor. Tujuan mesin tu untuk sembur kat blok bagi design yang agak rumit & halus.
So…In Sha Allah, saya jangka bila dah siap sepenuhnya stesen cetak baju kitaorang ni, dapat le kitaorang siapkan cepat skit order korang nanti ye.
Ok…hari ni cam biasa, saya mesti kongsi ngan korang tempahan2 yang saya pernah buat sebelum ni.
Actually, banyak lagi order yang saya dah buat tapi hanya sebahagian je sempat ambik gambar & upload dalam blog ni. Cam contoh baju bawah ni….
Ni antara contoh tshirt kelas yang kita siapkan baru2 ni. Customer ni buat depan belakang sebenarnya tapi lupa nak ambik gambar belakang. So, agak mudah sebab guna 2 kaler je.
Actually saya guna 1 blok printing je ni. Masa nak print kaler putih, saya tutup design kaler oren. Pastu, masa nak print oren, saya tutup design yang kaler putih & jadikan design kaler putih tu sebagai marking supaya masa print tu, jarak printing sama je semua baju. Itulah sebenarnya rahsia kitaorang printing tanpa guna locking.
Ok…tempahan kedua…
Ok…design ni agak mencabar sikit sebab kena print 4 kaler ni. Hitam, merah, oren & putih. Biasanya kalau print camni kena guna locking tapi Alhamdulillah, wife hanya menggunakan mata dia je nak bg sharp keempat2 kaler tu. Selain dari tu, saya juga buat marking atas blok printing supaya design dia sharp masa nak print.
Tempahan lagi….
Macam2 design customer ni. Memang betul2 kreatif le diaorang ni. Tapi saya respek le orang2 muda ni sebab ada yang masih lagi sayangkan tulisan jawi camni. Korang pun boleh gak nak order camni. Bagitau je nanti.
Bawah ni tempahan simple je sebab 1 kaler print je. So, tak payah explain le ye…..
Tempahan bawah ni agak mencabar sikit design dia sebab perlu guna banyak blok printing & kena pecahkan kaler untuk print setiap kaler.
Memang mencabar betul buat design dia ni. Ada beberapa kali saya tersilap buat blok dia sebab salah pecahkan kaler.
Tapi Alhamdulillah…ni le hasilnya.
Ok..rasanya takat ni dulu buat kali ni. So, cam biasa…sape nak order baju korang untuk apa sahaja aktiviti korang, guna cara ni untuk order baju tu :
1. Isikan form kat page “NAK TAHU HARGA TAK?” kat bahagian atas nun & emelkan design nak print lepas isi form tu ye.
atau;
2. Emelkan detail nak order & design nak print kat emel saya di adminkomisen@gmail.com.(cara ni paling digalakkan)
atau ;
2. Call/Whatsapp/SMS ke 0193643692 (Salina) atau 0192254028 (Nik)…..tapi PERINGATAN!!TOLONG JANGAN CALL WAKTU MALAM. KAMI PUN NAK BEREHAT JUGAK!!!
So, jumpa lagi korang…..baaiiii…
Yang sentiasa bersemangat & merendah diri,
Nik & Salina
adminkomisen@gmail.com
Posted on 04/11/2014, in Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju murah, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, tshirt cetak, tshirt group, tshirt murah, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0