Jom buat bisnes TShirt dengan kitaorang untuk Tahun 2015 ni, nak tak…..

Iklan TShirt I AM 4

Hai, hai,hai & Salam Cetakbaju semua,

Apa khabar semua? Kejap je dah nak hujung Tahun 2014 & dah nak masuk 2015 dah.

Rasanya macam baru lagi kitaorang buat bisnes cetak baju ni tapi yang sebenarnya dah hampir 5 tahun dah dalam online ni. Kitaorang start bisnes ni dari Tahun 2010 lagi.

Dan sehingga sekarang jugak….dah berpuluh ribu tshirt kami siapkan dengan beribu customer dah order dengan kitaorang. Adat berniaga biasalah…..ada yang OK & ada jugak yang KO tapi majoriti berpuashati, Alhamdulillah.

So, korang camane? Dah berjaya dalam hidup korang dah ke atau masih sama seperti sebelum ni?

Bagi korang yang rasa2 nak cuba berniaga, cuba korang berniaga tshirt dalam Tahun 2015 ni. Inilah peluang terbaik korang sebenarnya.

GST

Tahun depan, ekonomi negara dijangka makin padat & mungkin ada yang sesak nafas dibuatnya. Mana tidak, tahun depan kerajaan buat GST. Banyak jugak yang akan efek perbelanjaan harian korang nanti.

Kita tak boleh buat apa dengan GST tu sebab kita rakyat biasa je. Nak tak nak, kita kena tempuh jugak.

Tapi jangan sebab GST kita tension & rasa tekanan hidup. Cari alternatif untuk tingkatkan pendapatan sampingan korang. Satu daripadanya ialah berniaga TShirt.

Tahu tak korang…..permintaan terhadap TShirt atau pakaian ni akan sentiasa ada sehingga hari kiamat.

Manusia mesti akan sentiasa membesar & memerlukan pakaian baru hampir setiap masa. Takkan nak pakai baju sama je dari kecik sampai besar. Pastu pulak…kalau ada aktiviti, biasanya korang kena buat tshirt jugak.

Islam pun suruh kita berpakaian untuk tutup aurat. So, bisnes pakaian ni memang akan mendapat permintaan yang tidak berhenti2 dari dulu, kini & sampai bila2.

Daripada korang join bisnes2 lain yang entah hape2, baik korang cuba lak bisnes tshirt ni.

Ramai kat luar sana join bisnes yang kena cari orang atau downline. Saya dulupun salah seorang daripada orang camtu. Nak kaya cepat le katakan. Bukan semua orang jenis yang pandai tarik pelanggan join bawah dia & lepas tu, sampai bila nak cari orang camtu. Sampai satu tahap, akan jadi tepu jugak nanti.

Lain dengan bisnes TShirt ni. Korang promote kat FB atau website, orang cari korang untuk buat tshirt dia, deal harga dengan pencetak baju, mark up harga & naaahhh…..dah dapat untung korang kat situ.

Nak lagi untung, cari customer yang nak buat tshirt untuk group. Lagi banyak untung camtu.

Ada tok guru printing saya bgtau dulu….ada kawan dia dapat income RM100,000 sebulan hanya menjadi orang tengah je. Hanya ambik untung atas angin. Dia buat marketing tapi orang lain tukang cetak. Tak ke untung besar tu.

Macam saya sendiri….setiap hari…jujur saya katakan, sehari beratus mesej yang masuk samada melalui emel, Whatsapp, call, blog, sms, website dll. So, camane saya nak katakan yang bisnes ni tak ada permintaan. Setiap hari saya akan menjawab emel tersebut yang kebanyakan besarnya bertanya untuk order tshirt diaorang.

Cuma satu lagi saya nak pesan kat korang….Kalau korang nak buat bisnes TShirt ni, jangan cuba masukkan semua design yang korang ada dalam satu promosi.
Cuba tumpu 1 jenis design atau konsep dulu sebelum start promote baju tu. Cuba familiarkan nama korang dengan design2 tertentu dulu.

Contohnya; korang minat dengan baju baby. So, cuba promotekan hanya baju baby sahaja. Jangan campurkan dengan baju dewasa. Cara macam ni boleh menjamin lagi laku ke tak bisnes korang tu.

Kalau nak lagi hebat lagi…kecikkan lagi skop baju baby tu. Jual baju baby kaler hitam sahaja.

Nak lagi hebat lagi….jual baju baby kaler hitam print I AM sahaja.

Semakin kecik fokus bisnes korang, semakin hebat customer pandang bisnes korang nanti.

Takpun korang jual tshirt secara pakej dengan barang2 lain.

Contohnya; korang jual tshirt untuk hari keluarga sahaja.

Sape2 yang beli tshirt hari keluarga, buatkan pakej sekali dengan beg cenderamata, banner, bendera, mug, button badge & macam2 lagi barang yang berkaitan dengan hari keluarga.

Atau; jual tshirt kawin…buat pakej sekali dengan kad kawin, banner, cenderamata, tuala hantaran dll yang berkaitan dengan majlis kawin.

Itu le sikit sebanyak idea yang saya boleh berikan bagi sape2 yang nak mulakan bisnes TShirt korang.

Korang tak perlu pandai mencetak baju untuk start bisnes Tshirt ni sebab bagi saya hanya orang yang mempunyai seni & minat yang tinggi sahaja boleh mencetak baju tersebut.

Apa yang korang boleh buat ialah….buat promosi, dapatkan order, order dengan pencetak baju (kami pun boleh) & buat untung. Mula2 memang rasa susah tapi bila dah biasa, korang rasa seronok nanti.

So, camane? Dah berkobar2 nak start bisnes TShirt korang ke? Tok guru saya kata…kalau duduk Malaysia ni tak kaya, tak tahu le. Kita bukan duduk negara yang berperang macam Syria, Iraq atau Palestin. Negara kita aman. Hanya orang malas & banyak alasan je yang tak akan berjaya.

So….bagi membantu korang memulakan bisnes TShirt ni, saya ada sediakan satu ebook yang mempunyai 80 jenis bisnes berkaitan TShirt yang korang boleh pilih ikut kesesuaian korang.

Ebook tersebut saya akan jual sebab isi kandungannya sangat eksklusif. Hasil pengalaman & pemerhatian saya sendiri dalam perniagaan cetak baju selama 5 tahun ini. Ebook tersebut akan mula dijual selewat2nya sebelum masuk Tahun 2015 nanti.

Tunggu kemunculan ebook tersebut nanti…..sabar ye……

Ok…cam biasa….apa cerita tempahan kitaorang sebelum ni?

tshirt basketball

tshirt basketball

TShirt basketball. 2 kaler printing. Cuma kalau atas baju kain jersi, susah sikit nak buat. Tapi Alhamdulillah….ok je. Kuning dia memang naik menyerlah betul. Sesuai di combine dengan kaler kuning tu.

tshirt kelas

tshirt group

Yang ni biasa je. Guna baju 4square ni. Cuma masalah masa nak lukis balik design kartun depan tu. Bila kita besarkan design dia pecah. So, saya kena lukis balik untuk jadikan design tu lebih sharp.

tshirt kelas

tshirt kelas

Sori..kabur sikit gambar. Design ni dah pernah buat dulu. Suka benor diaorang ni gambar katak. Cute kot.

Yang ni pun saya lukis tangan balik sebelum boleh print tu. Tapi memang sempoi punya…..

tshirt kelas

tshirt kelas

 

Ni baju untuk budak SPM hari tu ni. Memang boleh jadi kenangan untuk budak2 ni. Bila lain kali ada reunion, boleh pakai balik baju ni. Memang diaorang akan teringat zaman muda nanti yek….

tshirt cetak

Yang ni print atas baju kain jersi ni. Cantik kombinasi kaler tu bila print atas kaler baju camni. Design memang diaorang dah siapkan, so cepat saya siapkan hari tu.

tshirt kelas

tshirt kelas

Yang ini pun customer dah siapkan design dia & mudah skit nak print.

So, takat ni dulu ye. Banyak2 nanti, boring lak nanti.

Ok…cam biasa..kalau nak order :

1.  Isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun atau;

2. Emelkan detail & design nak print tu kat emel saya di adminkomisen@gmail.com atau:

3.  Call, Whatsapp, sms ke 0193643692 (Kak Salina) atau 0192254028 (Abang Nik) – PERINGATAN….JANGAN CALL MALAM2 YE SEBAB KITAORANG NAK REHAT JUGAK YE…..

So, jumpa lagi….baaaaiiiiii….

Yang sentiasa membantu anda,

Abang Nik & Kak Salina
adminkomisen@gmail.com

 

About Nik

Stesen Cetak Tshirt Online Anda walau dimana jua anda berada!

Posted on 22/11/2014, in Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: