Author Archives: Nik
MAKLUMAN TENTANG SERVIS & PRODUK (CETAK TSHIRT DLL)YANG KAMI SEDIAKAN!
Salam cetak baju semua,
Diharapkan semuanya dalam keadaan sihat selalu ye.
Saat artikel ni di tulis, kita ada lagi sebulan nak sampai hujung tahun.
So..kepada korang yang rasa tersaaaaaaangat sibuk dengan tugas hakiki masing2, saya nak ingatkan…
Takut terlupa pulak…..kami di Ainix Resources ada menyediakan pelbagai jenis servis dan produk untuk apa sahaja aktiviti/program korang. Antaranya :
Cetak Silkscreen – TShirt/Baju
Sublimation
Sulaman
Stiker DTF – Heatpress
Baju Korporat
Jaket Kerja/Vest
Sejadah – Cetak/Sulam
Tuala mandi & tuala muka
Mug
Button Badge
Topi – sulaman/cetak
Nametag
Cenderamata dari kayu, keychain dll
Banner & bunting
Bag – Non woven bag, bag pack, sling bag dll
Bagi korang yang berada di pusat pengajian seperti sekolah, kolej, universiti dll…kami ada macam2 jenis aktiviti yang perlu gunakan TShirt ni seperti :
TShirt Sukan Tahunan Sekolah
TShirt Rumah SukanTShirt Asrama
TShirt Pendidikan Jasmani
TShirt Kelas
TShirt PPKI
TShirt Persatuan/Kelab
TShirt Rombongan Sekolah
TShirt Guru & Kakitangan termasuk Baju Korporat
TShirt Pra sekolah, Tadika & Tabika
TShirt Hari Keluarga Sekolah
Pihak kami boleh dihubungi melalui Whatsapp, SMS atau Panggilan Telefon berikut :
Nik Nasruddin – 0192254028 / 0196654028
Salina – 0193643692
Antara produk & servis yang kitaorang sediakan untuk korang….
Kami dah sediakan semua servis & produk2 ni semenjak 2010 lagi…
Produk kami ni jugak dah sampai ke seantero dunia…seluruh Malaysia termasuk Sabah Sarawak & beberapa bahagian dunia seperti Korea, Singapore, Brunei, Mesir, Poland, dan UK.
So..kalau setakat di Malaysia ni…In Sha Allah korang akan terima dengan cepat.
Ok lah…cam biasa, apa cerita cetak TShirt kita hari ni ye?
TShirt ni sampai ke Singapore ni…
Ada 2 jenis printing atas baju ni…stiker & print silkscreen.
Kena heat stiker dulu baru print sebab kalau tak nanti….tulisan tu tenggelam dalam baju nanti.
Yang ni pun sama macam kat atas tadi..guna 2 teknik printing.
Depan logo guna stiker DTF & belakang print silkscreen printing.
Senang sikit & cepat je siap.
Ni design family day 2 warna cetak.
Design tak payah pening2 sebab kitaorang dah ada sediakan.
Cuma edit tulisan je…tu je.



Yang ni tempahan tshirt hari keluarga & family trip.
Ada 1 customer tu, nak pegi bulan 2 tahun 2024, sekarang dah order dah.
Ok jugak…tak ada kalut sangat.
Nanti kalau last minit…susah jugak. Takut tak sempat siap.
Oklah…sampai jumpa lagi ye..baaaaiiiiiii….
Abg Nik & Kak Salina
Ada customer dari 2014 order…sampai sekarang order lagi, lama dah tu…TAPI bukan tu je…
Assalam & Salam Cetak Baju guys,
Apa khabar semua? Harap2 you all sihat2 lah selalu ye….
Hari ni nak kongsi ngan korang pasal ada ramai jugak customer2 lama yang order semula ngan kitaorang sekarang ni.
Macam baru2 ni…ada 1 customer tu dia kata pernah order dengan mohcetakbaju.com masa tahun 2014…masa tu dia kat maktab lagi.
Dan baru2 ni dia ada order lagi untuk student dia.
Mula2 tu saya pun tak perasan..tapi dia yang bagitahu.
Tu lah..bangga & kembang hidung jugak le rasa sebab ada customer yang setia tempah dengan kitaorang walaupun dah lama tak order.
Ada jugak cerita lain pasal customer2 yang ulang order ni…
- Ada customer ni dah 4 ke 5 tahun order TShirt sekolah tadika diaorang dengan kitaorang…non stop.
Tahun ni pun dah siapkan 500 helai lebih baju diaorang baru2 ni.
Tahun lepas, saya sendiri pergi hantar kat sekolah dia kat Putrajaya.
Syukur jugak…harap2 dia still order lagi untuk tahun2 mendatang. - Ada lagi sorang customer ni, tiap2 tahun dia order baju custom made untuk anak murid sekolah dia.
Yang hebatnya customer ni, kalau dia nak tempah baju tu..tiba2 je deposit dah masuk dalam akaun saya.
Harga belum deal lagi masa tu.
Tapi mungkin sebab memang dah percaya kat kitaorang, dia masuk je deposit untuk booking tu. - Ada customer di Kelantan ni, dah 2 tahun dia order TShirt tadika untuk area Parlimen kat tempat dia.
Banyak jugak..dalam 1,000 helai jugak.
2 tahun berturut2 dia dah order. Alhamdulillah.
Semuanya lancar & puashati semua. - Satu lagi, customer dari Semporna, Sabah….jauh tu.
Yang ni pun rasanya dah beberapa tahun duk ulang order dengan kitaorang.
Setiap tahun ada je tempahan untuk sekolah diaorang.
Baru2 ni, diorder untuk family day pulak.
Walaupun kos pos ke Semporna, Sabah ni boleh tahan mahal tapi syukur dia still maintain order dengan kitaorang lagi.
Hari ni tengok peta, baru perasan kat mana Semporna, Sabah tu.
Jauh jugak tshirt kitaorang ni sampai ye….
5. Ada beberapa customer saya dari Putrajaya yang sentiasa tak putus2 order dengan kitaorang.
Ada yang dari sekolah & ada yang dari company biasa.
Actually…ada banyak lagi tempahan dari regular customer kami.
Dari seluruh Malaysia…syukur sangat.
Mungkin diaorang puashati dengan servis kitaorang kot. Terima kasih lah atas sokongan kalian.
Selain daripada regular customer, meh saya tunjuk customer2 yang seronok & puashati dapat TShirt diaorang masing.
Antaranya :
Ni customer yang saya kata order sampai 1,000 helai tu.
Semuanya sedondon…siap dengan seluar lagi.
Seronok betul anak2 ni dapat pakai baju tu.
Kan ke seronok tu boleh pakai TShirt family day sedondon camtu.
Setahun sekali..bukan mahal pun.
Gambar ni je boleh jadi kenangan seumur hidup kita.
Bila ada yang dah tak ada…tengok balik gambar ni, terkenang masa tu…syedihhh ooooo.


Nampak tak…betapa seronoknya anak2 ni dapat pakai tshirt ni.
Ni dah besar nanti…mau tersipu2 malu tengok gelagat masa budak2 tu….
Yang ni memang betul puashati.
Kedai jual Char Kuey Teow pun boleh order baju camni.
Memang seronok betul.
https://vt.tiktok.com/ZSNHSE675/
Ni antara gambar2 yang customer sendiri bagi & semuanya Alhamdulillah…puashati dengan servis yang kitaorang berikan.
Oklah…setakat ni dulu ye.
Bagi korang yang masih mencari2 tempat untuk tempahan baju ni, singgahlah sini dulu ye.
Korang boleh je tempah terus guna Whatsapp mcm bawah ni ye….
Sampai jumpa lagi di lain hari ye….baaaiiiii…
Abg Nik & Kak Salina












Habiskan bajet tahunan dengan TEMPAH TShirt design anda sendiri…..
Assalam & Salam Cetak baju semua,
Nampaknya lagi 2 bulan Tahun 2023 akan tamat.
Macam tahun2 sebelum ni, semua tempat terutamanya pejabat, sekolah, persatuan dan lain2 akan cuba sedaya upaya menghabiskan bajet tahunan masing2 sebelum habis tahun.
Ada yang guna bajet tahunan untuk buat kursus motivasi, ada yang buat lawatan sambil belajar, ada yang bagi cenderahati dan macam2 lagi.
Kadang2 yang menguruskan bajet tahunan tu dah pening dah, apalagi yang nak dibeli supaya dapat capai target bajet tahun ni.
Tapi pada kebiasaannya…TShirt adalah antara benda yang agak glamer untuk diaorang gunakan bajet tahunan masing2.
Dengan TShirt ni at least, semua orang boleh pakai lama & boleh jadi kenangan untuk masa2 akan datang.
Kat mana biasanya selalu orang perlu habiskan bajet tahunan ni?
Antaranya….
- Pejabat – Kerajaan & swasta
Bila dah nak hujung tahun ni, kitaorang selalu sangat dapat tempahan daripada pejabat2 kerajaan & swasta untuk buat tshirt untuk staf diaorang.
Selain daripada cenderahati biasa, TShirt memang dapat sambutan yang menggalakkan.
Ada juga pejabat2 yang habiskan bajet tahunan dengan buat rombongan atau lawatan ke tempat lain.
Sambil2 buat lawatan tu, diaorang ada jugak tempah TShirt lawatan sekali.
So..bajet tahunan tu dapatlah digunakan secara maksimum supaya tahun depan dapat lagi bajet yang lebih kurang tahun ni.
Staf2 yang dapat baju free tu..memang le seronok.
Tak adalah masalah staf dipinggirkan dll. - Sekolah/Kolej/Universiti
Pusat pengajian ni pun kadang2 ada jugak yang perlu habiskan bajet masing2 dari majikan masing2.
Ada yang buat TShirt untuk student & banyak jugak untuk staf.
Kalau rasa ada yang nak lebih sikit dari bajet tahunan tu, korang boleh collect sikit dari student atau staf untuk tampung baki harga TShirt tu.
Student lagilah seronok dapat TShirt2 camtu dari tempat belajar masing2.
Mana yang dah final year kat universiti tu, lagilah diaorang seronok sebab boleh jadi kenangan bila keluar dari U nanti. - Persatuan/Kelab
Persatuan atau kelab ni mesti ada bajet tahunan masing2 hasil daripada bayaran yuran masing2.
Bagi yang tak banyak aktiviti dijalankan tahun ni, tempah TShirt adalah antara yang sesuai untuk gunakan yuran tu.
Takut ada sesetengah ahli persatuan tu yang jenis kerek sikit & selalu argue pasal kegunaan duit yuran tu, tempah TShirt tu boleh bagi diaorang diam sikit.
Nanti tahun depan boleh suggest lagi TShirt corak lain pulak. - Keluarga
Ada sesetengah keluarga, diaorang buat tabung keluarga untuk apa2 aktiviti yang nak dibuat.
Macam keluarga saya sendiri, memang kitaorang collect duit dari semua adik beradik untuk buat aktiviti tahunan keluarga.
So, bajet keluarga ni boleh jugak digunakan untuk tempah TShirt especially untuk buat Hari Keluarga. - Kelas
Ada jugak sesetengah kelas, diaorang kumpul duit sebulan sekali untuk buat aktiviti kelas.
So…kalau ada lebih2 tu, saya cadangkan buatlah TShirt kelas.
Yang lagi sempoi, TShirt kelas yang siap ada nama2 student kat belakang baju tu.
At least, bila dah habis sekolah nanti…kalau terlupa nama kawan sekelas, rujuk je balik baju tu nanti.
Macam baju kat bawah ni….
Tengok baju ni..siap ada nama satu kelas bahagian belakang tu. Memang sempoi.
Ok….so, ini antara tempat atau aktiviti yang selalu gunakan bajet tahunan untuk aktiviti tahunan diaorang.
Bagi korang yang tak ada bajet tahunan tapi saje2 nak order pun boleh jugak.
Order je guna wasap ikut step bawah ni…tak ada susah pun. Simple je.
Ok,,cam biasa…
Kalau nak tengok…ada macam2 order yang saya siapkan baru2 ni…
Antaranya….










TShirt Hari Keluarga paling banyak dapat sambutan sebelum ni.
Ada macam2 stail customer order.
Tapi design mostly ambik yang kitaorang ada je semua.
So, tak payah pening2 nak pikir pasal design semua.
Tapi ada jugak yg guna design sendiri..terpulang masing2.
Ni tshirt rombongan sekolah ni.
Cikgu2 patut tempah tshirt kat budak2 yang nak pegi rombongan camni….barulah diaorang seronok nnti.
Bukan setakat budak seronok ada baju sedondon camni…cikgu pun mesti seronok jugak.




Bagi yang nak bersukan lak…ada macam2 jenis baju korang boleh pilih.
Ada yang jenis sublimation, ada yang readymade & tambah cetak je.
Mana2 je….saya just print je apa yang korang nak tu.



Ini tshirt company lak.
Mostly yang order ialah regular customer.
Mungkin sebab dah selalu order & servis diaorang rasa ok…tu yang selalu order tu.
Oklah…setakat ni dulu buat kali ni…
Bagi yang rasa tak ada idea nak buat design, korang boleh buat design tu sendiri dengan gunakan website kat bawah ni.
Klik je link bawah ni & korang godek2 le sendiri.
Mudah sesangat….
Selamat berjumpa lagi…baaaaiiiii….
Abg Nik & Kak Salina
Masa…sangaaaatttt penting dalam bisnes cetak TShirt design sendiri ni….
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Apa khabar semua?
Saya doakan semoga semuanya sihat2 belaka & rezeki melimpah ruah semuanya.
Hari ni just nak share dengan korang…bagaimana pentingnya MASA dalam bisnes cetak baju design sendiri ni.
Kalau bagi bisnes yang buat TShirt readymade & customer tak ada event apa2…MASA ni taklah penting sangat.
Tapi kalau bagi TShirt yang nak digunakan dalam acara2 tertentu…kadang2 memang terkejar2 dengan masa ni.
Hanya ada beberapa situasi je yang tunjukkan MASA ni sangat penting bila customer order dengan kitaorang.
Bila tu???
- Hari Keluarga
Biasanya kalau Hari Keluarga yang customer buat tu secara tiba2 atau last minit.
Jenis yang macam ni memang terkejar2 nak disiapkan sebab TShirt tu MESTI & WAJIB sampai kat tangan diaorang sebelum program Hari Keluarga bermula.
Kalau dapat lepas Hari Keluarga…memang stress lah customer sebab tak dapat pakai baju tu.
Ada beberapa kali, saya terpaksa hantar sendiri by hand baju tu kat customer sebab masa dah suntuk.
Kadang2 tu pelik jugak…kalau nak urgent ni ada je masalah timbul macam courier lambat lah, print problem lah dll.
Tapi hanya masalah minor saje tu.
Biasanya kalau customer yang duduk jauh & terpaksa kena pos, kalau suntuk sangat, saya tolak je dengan cara baik.
Sebab kalau terima & tak sempat pos, kan ke naya tu.
Kalau yang order tu…dekat2 sini je, In Sha Allah boleh lagi. - TShirt Rewang/Kahwin/Bekwoh
Yang ni dia punya cerita pun sama jugak dengan TShirt Hari Keluarga.
Kalau tak pos time hari kahwin diaorang…mesti naya nanti.
Time kahwin tu mesti TShirt tu dah diterima & boleh pakai sedondon dengan keluarga & petugas2 jamuan tu nanti. - TShirt Program Pejabat
Ada sesetengah TShirt tu, customer buat untuk meraikan sesuatu kat pejabat diaorang.
So..untuk raikan program tu, TShirt yang ditempah tu mesti sampai sebelum program dijalankan.
Kadang2 ada orang besar nak datang…tu yang beria2 benor nak siapkan sebelum majlis tu.
Macam baru2 ni…saya terpaksa pulun siang & malam siapkan topi untuk customer ni sebab ada menteri nak datang kat ofis diaorang.
Kalau tak siap on time, mesti kena marah nanti. - TShirt Sukan Sekolah
TShirt sukan sekolah ni banyak jugak saya terima tempahan tapi kebanyakannya diaorang order awal.
Yang mana biasa order dengan saya atau regular customer, memang diaorang akan order awal supaya tak kelam kabut.
Yang last minit order ni biasanya yang baru dapat bajet untuk beli TShirt tu.
Macam TShirt lain jugak…kalau dah last minit order ni, kalau mampu siapkan ontime, saya terima…kalau tak mampu, saya tolak cara baik. - TShirt Reunion
TShirt Reunion ni biasanya customer order time2 cuti sekolah sebab nak kumpul ramai2 tu biasanya tunggu anak2 cuti sekolah dulu.
So..pada yang dah plan awal, tak jadi masalah…In Sha Allah selamat.
Ada jugak jenis customer yang minggu depan nak buat program, minggu ni baru nak order.
Ada yang lagi stress tu, Jumaat nak buat program, Rabu baru nak order.
Kalau suntuk sangat macam biasa…saya cuba tolak dengan cara baik.
Baik kita terus terang je sebab kalau tamak & tiba2 tak siap on time…rasanya sekali tu je customer tu order kot.
So, kesimpulannya…..bagi customer yang nak buat TShirt & ada program penting nak guna, kitaorang syorkan order awal…average 2 minggu awal ke.
Supaya nanti tak pening kepala atau stress kalau tshirt tak siap on time.
Lagipun bagus order awal ni sebab boleh basuh dulu baju tu & sempat agih kat group proper sikit.
Ada jugak regular customer kami yang dah start untuk buat TShirt sekolah masing2 sekarang ni tapi nak guna tahun depan.
Bagi saya…baik standby awal sebab kalau last minit order…ada 2 risiko, takut baju tak sempat siap ataupun kalau siap pun mungkin risau masalah pada kualiti.
Tapi Alhamdulillah setakat ni kitaorang jujur je….kalau sempat buat, kitaorang bagitahu & kalau tak sempat pun, kitaorang bagitahu jugak.
Buat apa nak rebut semua order tu tapi last2 tak sempat siap on time.
Baik fikir untuk jangka masa panjang daripada nak untung cepat.
So…mana2 yang rasa nak order TShirt korang tu, plan awal2 supaya tak jadi masalah kemudian nanti ye.
Ok…hari ni, cam biasa, saya nak kongsi ngan korang antara tempahan TShirt yang kitaorang siapkan baru2 ni ye….


Punyalah banyak logo nak print atas baju tu.
Yang mencabar sikit bila nak buat satu2 logo tu semula dari scratch…memang kena fokus lebih.
Tapi Alhamdulillah…pengalaman lebih 13 tahun dalam industri ni, so rasa mudah sikit nak buat.
Kalau guna stiker untuk warna logo asal, mudah je sebenarnya tapi sebab nak kena tukar ke 1 warna, tu yang pening sikit tu.
Tapi Alhamdulillah…settle dah semua.


Yang ni biasa je sebab depan logo 2 kaler je.
So, agak mudah. Lagipun ni regular customer ni.
Design logo asal dah pernah buat sebelum ni. So…tak ada masalah besar sangat.
Yang ni pun sama…tempahan dari regular customer kami.
Tapi masalah sikit sebab design asal designer lama yang simpan. Dia dah berhenti kerja.
So…bos le yang kena korek & cari dalam komputer dia sebelum ni.
Nasib baik jumpa…kalau tak, jenuh jugak nak lukis semula gambar didi & friends tu…hehehe.


Sempena Maulidurrasul baru2 ni, kitaorang dapat jugak tempahan dalam 200++ untuk program selawat customer kitaorang.
Alhamdulillah…at least dapat le buat sumbangan sikit pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Kat bawah ni antara gambar2 yang sempat kitaorang ambik masa program tu…seronok ooooo….


Alhamdulillah…..selesai semua tadi.


Ni pulak TShirt Pertandingan Memancing Udang Felcra.
Memang sempoi….seronok le depa dapat baju FREE masing2 sambil mancing udang.
Lagi TShirt Family day.
Simple je…cetak belakang je 1 kaler.
Bukan susah pun…design semua dah standby…tak yah pening2 nak mikirkan designnya…
Semua kami buatkan & tunjuk kat korang.
Setuju je..jalaannnn…..
Sape tahu apa makna GEJOBOS?
Saya dah kahwin dengan orang Perak ni baru tahu apa itu GEJOBOS.
Gejobos ni kalau diikutkan bahasa Jawa..macam rewang le camtu.
Maknanya ni TShirt rewang le ni.
Kalau orang Pantai Timur panggil Bekwoh atau in English BIG WORK…hehehe.
Oklah..rasanya setakat ni dulu buat kali ni.
Macam biasa…banyak cara yang korang boleh order dengan kitaorang….
Kalau nak order baju, korang boleh order ikut langkah2 bawah ni :
1. Emel ke adminkomisen@gmail.com ;
2. Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau KLIK SINI ;
3. SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0196654028 / 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau
4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!
Ok semua…jumpa lagi dilain masa…baaaiiii….
Abg Nik & Kak Salina
Contoh Cetak TShirt Design Sendiri Sebelum Akhir Tahun 2023 ni….
Salam Cetak Baju semua,
Apa khabar semua pelanggan & bakal pelanggan kami?
Nampaknya masa berjalan agak laju.
4 bulan lagi Tahun 2023 akan tamat.
Sebagai salah satu kenangan seumur hidup, TShirt adalah yang terbaik.
Bila dipakai dengan kawan2, sahabat2 atau sesiapa sahaja bersama2…memang seronok tak boleh nak cakap.
Tak payah cakap orang lain…diri sendiri pun sama.
Macam gambar atas ni…ni masa hari keluarga kitaorang Tahun 2019 kat Pahang ni.
So..bila tengok semula gambar ni, tak ke rasa sebak sebab teringat seronoknya time tu bersama2 dengan ahli keluarga kita.



Tahukah korang….TShirt ialah salah satu benda yang agak mudah untuk didapati sekarang ni.
Maklumlah..semuanya dihujung jari masing2 je…
So, di 3/4 tahun 2023 ni, ada macam2 program yang perlu guna TShirt samada sebagai cenderamata atau pakaian rasmi.
Antaranya :
- TShirt Program Motivasi
- TShirt pejabat
- TShirt Sempena Pencapaian Khas Pejabat
- TShirt Batch untuk pelajar2
- TShirt Kelas untuk pelajar
- TShirt Persatuan (Sekolah atau bekerja)
- TShirt Hari Keluarga
- TShirt Rewang/Kahwin
- TShirt Asrama Sekolah / Pelajar Sekolah / Universiti / Kolej
- TShirt Konvoi
Dan macam2 jenis TShirt lagi yang boleh jadi kenangan seumur hidup kita!
Terpulang pada korang…nak order untuk guna sendiri atau nak jual untuk buat duit sampingan.
Bagi korang yang rasa macam nak buat duit sebagai dropshipper kitaorang pun..boleh tapi dengan syarat mesti order 5 helai ke atas.
Kami akan poskan setiap baju tu kepada customer korang one by one tapi still kena caj kos pos nanti.
Macam atas ni. Kami berpengalaman mengepos baju bukan sahaja dalam negara tapi luar negara juga.
Antara tempat2 yang saya pernah pos sebelum ni adalah seperti…



Ni antara sebahagian tempat yang saya pernah pos sebelum2 ni.
Kalau ikutkan banyak lagi tempat2 pedalaman yang saya pernah pos tapi dah tak ingat dah.
Tak kisah…satu2 pos atau banyak2 sekali pun..semua kitaorang buatkan.
Bawah ni antara gambar2 TShirt yang kitaorang siapkan baru2 ni ye…
















So..macam biasa…sape2 yang nak order TSHirt design sendiri korang, order je guna Whatsapp macam bawah ni ye….
Selamat berjumpa kembali…baaaiii….
Abg Nik & Kak Salina
Apa kata customer kitaorang bila dapat baju diaorang tu??




Stiker DTF…sebijik macam cetak TShirt guna Silkscreen printing..
Salam Cetak Baju guys,
Hari ni dah masuk tengah bulan 8 dah…maknanya ada 4 bulan lagi nak habis tahun 2023 ni.
So..apa perancangan korang untuk group korang tahun ni?
Tak kan tak ada apa2 kenangan kot…
Kebiasaannya time2 nak masuk hujung tahun ni lah ramai yang order TShirt untuk :
- Hari Keluarga
- Rewang/ Bekwoh
- Konvoi
- Tshirt Kelas
- TShirt Cenderamata untuk ahli persatuan
- TShirt Batch
- TShirt Sukan
Dan macam2 lagi…
At least korang ada le something yang boleh diingat dalam tahun 2023 ni kan….
Oklah…hari ni saya nak kongsi ngan korang cerita pasal print jenis Stiker atau kitaorang panggil DTF Stiker.
Apa itu Stiker DTF?
DTF stand for Direct Transfer.
Kalau biasanya stiker yang kita guna sebelum2 ni dibuat dari plastik & kemudian kita tampal atas TShirt guna heat press.
Yang tu kita panggil Print & Cut Sticker.
Tapi untuk stiker DTF ni, bahan yang digunakan lebih kurang sama macam bahan untuk print silkscreen printing.
Bahan dia macam cat yang boleh serap terus dalam baju.
Cara nak lekatkan kat baju pun sama je macam stiker biasa.
Still guna mesin heatpress.
Nak mudah…tengok video bawah ni.
DTF stiker ni sesuai untuk sape2 yang nak cetak banyak kaler print sebab proses dia sangat mudah & cepat.
Cuma nak inform awal2..stiker DTF ni saya order dari kilang di Shah Alam.
So, kualitinya sangat tinggi.
Dia bukan stiker yang cikai2 yang biasa print kat printer rumah je.
Kualitinya memang A++ terutamanya dari segi ketahanan (durable) & performance dia.
Ni antara contoh TShirt yang saya pernah guna teknik stiker DTF ni sebelum ni.
Kalau stiker biasa…ketahanan dia macam ragu2 sikit sebab dia guna plastik.
Tapi DTF ni saya boleh confident boleh tahan lama sebab bahan yang digunakan tu macam cat & finishing dia sebijik macam silkscreen printing.
Kalau tengok dari jauh pun, tak perasan itu stiker tapi macam printing biasa.
So..bagi sape2 yang nak try stiker DTF ni, korang boleh je start order dengan kitaorang ye.
Apa cerita cetak TShirt minggu ni ye?




TShirt ni simple je sebenarnya tapi part nak bancuh warna untuk printing tu ambik masa sikit.
Sebab customer ni nak sebijik warna cam kat baju tu.
Pastu kat belakang ada nama sorang2 lagi.
Simple & sempoi.
Depan guna stiker DTF & belakang silkscreen printing.
Belakang ambik masa sikit nak print sebab 4 kaler print (4 layer print).
Disebabkan staf saya ni dah expert, so sekejap dia print belakang tu.
Customer pulak mintak warna tu bagi sebijik macam asal…so, terpaksalah staf saya mengorek ilmu alam yang dia ada untuk bagi warna tu sebijik macam asal.
Alhamdulillah…kalau tengok design tu memang sebijik macam asal.



Yang ni merupakan regular customer saya yang repeat order semenjak 2021 lagi.
Design pun tak banyak berubah.
Nama pun still kena print kat lengan jugak macam dulu.



Yang ni cetak logo felcra atas baju warna royal blue.
Kalau jauh tak berapa clear sangat tapi still naik warna dia.
Antara TShirt yang banyak dapat sambutan dari customer kitaorang ialah TShirt sukan sekolah.
Pilih je design mana yang nak & letak je atas TShirt korang macam design atas ni.
Ok..rasanya sampai setakat ni dulu lah ye.
Bagi korang yang rasa nak order TShirt dengan kitaorang sambil buat duit sampingan, boleh join jugak.
Macam biasa…order dengan Whatsapp dengan kitaorang lebih mudah.
Selamat Hari Merdeka 31 Ogos 1957
Baaaiiiiii…
Dari :
Abg Nik & Kak Salina
Kami dah ada TShirt Lengan Panjang untuk budak guys!
Salam Cetak Baju semua,
Apa khabar guys?
Ramai yang cari TShirt sedondon yang sama warna semua untuk aktiviti diaorang.
Terutamanya TShirt yang ikut grup atau kumpulan masing2 macam TShirt Hari Keluarga, TShirt Sukan Sekolah dll.
TShirt dari budak kecik sampai le dewasa.
Semua nak pakai TShirt sedondon tu supaya nampak lebih meriah.
Cuma sebelum2 ni mana2 budak perempuan terutamanya yang muslimah & nak tutup aurat, pilihan TShirt lengan panjang agak terhad.
Biasanya kitaorag suggest je TShirt lengan pendek budak, pastu pakai handsock.
Itu je lah yang boleh bantu pun.
Tapi sekarang ni, terima kasih banyak2 lah diucapkan kepada supplier TShirt kitaorang iaitu Rightway yang sudi supply TShirt sedondon termasuk TShirt lengan panjang budak tu.
Cuba tengok contoh baju sedondon yang kitaorang supply ni ye…
Ni TShirt Lengan Pendek Roundneck Dewasa
TShirt Lengan Panjang Dewasa
TShirt Lengan Pendek Budak
TShirt Lengan Panjang Budak
Lengan Pendek Berkolar Dewasa
Lengan Panjang Berkolar Dewasa
Baju budak ni start dari saiz 22 untuk budak umur setahun & paling besar untuk extra saiz 7XL.
Memang sesuai sangat untuk group yang ada macam2 saiz tubuh badan.
Pilih je warna yang nak, pastu tambah cetak.
Yang sebenarnya, kitaorang ada macam2 lagi TShirt readymade yang kitaorang supply sebenarnya.
Bagi korang yang nak tengok macam2 lagi jenis baju yang kitaorang ada, boleh try tengok kat sini ye.
Klik je link2 diatas untuk tengok macam2 stail baju yang ada.
Boleh pilih kat situ ikut suka korang ye.
Oklah…hari ni nak dengar cerita apa ye?
Cam biasa, saya kongsikan kat korang antara TShirt yang saya siapkan baru2 ni ye…



Ni TShirt geng2 Team Building pejabat kerajaan kat area kitaorang ni.
Design asal macam kat atas tu, pastu saya transfer ke baju juga macam gambar diatas ni.
Depan 3 kaler print & belakang 1 kaler.
Jauh diaorang berkursus ni..sampai ke Kelantan nun.
Jauh tu….dari Perak ke Kelate…


TShirt yang ni lebih sempoi sebab 1 warna print je ni.
Yang mencabar sikit time nak edit logo kat dada tu yang ambik masa sikit.
Yang lain tu customer nak bagi siap dah.
Cuma logo tu dia bagi tapi blurrr sikit & terpaksa lukis balik untuk lebih sharp.
Bila sharp, nanti senang nak buat blok printing & design lebih cantik.





Ni TShirt kelas & TShirt PASTI.
Logo kat dada tu guna print silkscreen printing tu. Agak mencabar jugak tapi Alhamdulillah staf dah expert…so, mudah le sikit.


Yang ni tshirt tomoi atau muay Thai ni.
Customer dia owner gym untuk geng2 peninju tomoi.
Design depan tu dia buat dalam customink.com je & saya just lukis balik untuk bagi design tu lebih sharp.
Depan kena guna 4 blok printing supaya kena dengan warna2 yang dia nak tu.
Alhamdulillah..kalau masa mula2 bisnes dulu, design camni yang buat saya selalu pening kepala untuk pecahkan warna dia.
Tapi setelah 13 tahun dalam bisnes ni, syukur semuanya mudah & sekejap je siap.



TShirt design ni yang selalu saya terima…tshirt hari keluarga & rewang atau bekwoh.
Design asal semua customer yang bagi…setengah tu pakai google je, pastu bagi kat kitaorang untuk kitaorang edit semula.



Kalau design banyak warna kat depan, biasanya cabarannya ialah untuk pecahkan warna dia untuk mudah buat blok printing.
Contoh macam gambar atas ni, gambar ATV tu saya terpaksa lukis balik sebab design asal pecah.
Lepas dah lukis balik, terus standby untuk pecahkan warna dia.
Hasilnya macam diatas ni.
Oklah..rasanya setakat ni dulu buat kali ni.
Cam biasa…bagi yang plan nak tempah TShirt dari kitaorang, guna je Whatsapp seperti dibawah :
Sampai jumpa lagi ye…
Baaaiiiiii….
Ikhlas Membantu :
Abg Nik & Kak Salina



IKLAN : Kenangan disatu ketika dulu…hehehe..
Ada Macam2 Stail Cetak TShirt Design Sendiri Yang Customer Tempah Sejak 2010 Lagi!!


Salam Cetak Baju semua,
Tik Tok Tik Tok…cepat betul masa berlalu.
Sedar tak sedar nampaknya dah 7 bulan kita dalam Tahun 2023 ni.
Kalau dikira2 kan…Tahun 2023 ni dah masuk 13 tahun kitaorang dalam bisnes cetak TShirt secara online ni.
Kalau dikira2kan jugak….dah lebih dari 125,000 ++ helai TShirt yang dah ditempah oleh customer kitaorang sejak 2010 lagi.
Dan semenjak itu jugak, ada maaaaacam2 stail design TShirt yang customer order dengan kitaorang.
Semua tu diambil dari pelbagai sumber.
Ada yang perah guna idea sendiri, ada yang ambik kat Google, ada yang buat kat design TShirt Maker, ada yang ambik dari design sedia ada yang kitaorang sediakan dan macam2 lagi cara diaorang ambik design tu.
Tak kisah le camane diaorang dapatkan design tu…janji senang & mudah untuk saya print kat atas baju tu.
Satu lagi..janji tak melanggar batas agama, akhlak & moral sebagai seorang manusia & hamba Allah.
Meh saya tunjukkan kat korang..antara design2 yang saya anggap lain dari yang lain yang ditempah oleh customer kitaorang.
Design camni tak lah pelik sangat tapi jarang2 kitaorang guna teknik ni untuk print design ni.
Dah lama dah tak cetak guna teknik ni.
Design ni kitaorang panggil Teknik CMYK (Cyan Magenta Yellow Black).
Teknik tindihan 4 warna atas ni & jadi lah seperti design kat atas ni.
Biasanya teknik CMYK ni, design dia akan nampak dot dot dot kat gambar dia.
Walaupun ada dot dot dot tapi bila tengok dari jauh, nampak macam real je.
Bagi yang nak tempah design camni, korang di alu2 kan ye.





Yang ni pun lain dari yang lain.
Siap ada muka sorang2 kat atas baju tu.
Biasanya sahabat dari Indon yang suka design baju camni.
Bangga je bila dapat pakai baju yang ada muka masing2 camni.
Ni le specialnya design cetak design sendiri.
Boleh buat ikut sukahati kita je.








Cetak tulisan jawi juga bagi saya sangat special sebab bukan senang nak cetak tulisan jawi ni.
Biasanya cetakan jawi ni customer sendiri bagi wording yang diaorang nak cetak tu.
Tapi kalau nak, kitaorang buatkan boleh.
Mana2 je.
Macam design tulisan jawi atas ni. Memang cantik & special.


Ni satu lagi contoh design yang agak special yang gunakan tulisan jawi tapi kali ni siap buat bentuk nombor macam diatas.



Yang ni kita panggil teknik halftone.
Teknik yang nampak sebijik macam design asal bila kita print.
Yang ni pun ada dot dot dot macam teknik CMYK sebelum ni.
Lama dah teknik ni customer tak order.
Kalau ada yang nak…boleh je kitaorang buat.





Yang ni tak pelik tapi juga special bagi saya.
Sebab bukan senang nak letak nama sorang2 kat dalam nombor macam atas ni.
Boleh jadi kenangan terindah untuk semua student dalam 1 kelas.
Boleh jadi kenangan bila kita imbas semula nama2 kat baju tu. Seronok ooooo….




Yang ni special printing ni.
Kita panggil EMBOSS PRINTING.
Jenis cetakan timbul. Bila kita raba design tu, rasa design tu timbul.
Memang special…lain dari yang lain.
Teknik still guna Silkscreen Printing tapi jenis emboss.
Nak order?? Whatsapp je kitaorang ye…







Ni antara design2 yang customer tempah sebelum2 ni.
Agak rare daripada design lain.
Ada yang mintak lukis tulang belakang saje pun ada. memang pelik betul.
Yang gambar orang & bulldozer tu macam yang saya bagitahu sebelum ni guna teknik HALFTONE.
Yang ABJAD corak bunga tu guna stiker (Heat Press).
Kebanyakan design2 ni customer sendiri yang sediakan.
Dan kebanyakan besarnya, semua design ni kitaorang boleh buat.
Tapi kalau tak boleh buat, saya akan bagitahu awal2.
Oklah…rasanya setakat ni dululah buat kali ni ye.
Cam biasa….kalau nak tempah TShirt korang, sila Whatsapp macam bawah ni.
Bagi korang yang sedang mencari TShirt Design sendiri, http://www.mohcetakbaju.com ada sediakan macam2 jenis TShirt mengikut aktiviti korang.
Korang boleh Whatsapp kitaorang untuk tanya terus kalau nak.
Kalau nak buat duit dengan bisnes TShirt design sendiri ni pun boleh jugak.
Ok..korang. Jumpa lagi. Baaaiiiii..
Abg Nik & Kak Salina
Upah cetak TShirt Tak Payah Bayar pun KALAU……
Salam Cetak Baju semua bakal2 pelanggan,
Alhamdulillah….settle dah TShirt Hari Raya korban baru2 ni.
Memang pulun sakan siapkan baju tu. Nasib baik sempat.
Ni antara gambar2 TShirt korban yang diaorang pakai baru2 ni yang saya sempat kongsikan dengan korang.



Ok…hari ni saya nak share dengan korang pasal design yang nak print atas TShirt korang.
Kebanyakan besar masalah customer yang agak kritikal time nak order baju ialah design yang nak print atas baju tu.
Yang sebenarnya…tak susah pun.
Ada macam2 cara untuk kita letak design yang korang nak tu atas baju tu.
Antaranya…
Google kat Google Image design yang nak diprint tu.
Ramai jugak customer yang guna kaedah ni sebab senang nak cari.
Dah dapat design tu…snap & Whatsapp bersama detail nak order tu kat kitaorang.
Boleh guna link ni untuk letak design yang nak print. Guna www.customink.com. Mudah je.
Lepas dah siap buat design tu, boleh snap gambar tu atau emelkan ke emel saya di adminkomisen@gmail.com.
Kalau korang ada design spesifik nak buat, boleh try design2 readymade yang kitaorang ada kat bawah ni.
a. TSHIRT HARI KELUARGA <<KLIK SINI>>
b. TSHIRT REWANG/BEKWOH/KAHWIN <<KLIK SINI>>
c. TSHIRT KELAS <<KLIK SINI>>
d. TSHIRT DOODLE <<KLIK SINI>>
Kalau terer lagi boleh je guna Adobe Illustrator atau Adobe Photoshop untuk buatkan design tu.
Dah siap, tunjuk kat kitaorang nanti time nak dapatkan harga nanti.So..terpulang camane korang nak bagi design tu kat kitaorang nanti.
Janji senang nak tengok & bagi harga nanti.
So..camane nak dapat FREE atas UPAH DESIGN tu?
KORANG MESTI ORDER DALAM KUANTITI YANG BESAR ATAU BANYAK…BARU KITAORANG CONSIDER UNTUK BAGI FREE UPAH DESIGN TU.
Contohnya….kalau korang order 100 helai ke atas & cetak hanya 1 design & 1 warna je, katakan harga baju tu RM15 sehelai kosong, so, kitaorang nanti caj RM15 je sehelai.
Tak ada kos tambahan untuk upah cetak dikenakan.
Tapi tak semua yang kuantiti besar tu kitaorang bagi FREE upah design tu.
Adakalanya, kitaorang terpaksa caj jugak tapi dengan harga yang paling minima.
Contohnya…design korang tu kitaorang kena edit balik sebab komplikated, so, kitaorang akan caj sikit supaya sesuai dengan kesusahan untuk edit semula design tu.
Itulah caranya kalau korang nak dapatkan upah design tu free je ye.
Harap2 korang dapat ambik kesempatan ini sekarang sebelum kitaorang berubah fikiran nanti ye.
Ok…seperti biasa, saya akan kongsikan antara tempahan2 yang kitaorang siapkan sebelum raya baru2 ni ye.





Ini nak kata TShirt gengster bukan…hehehe.
Sebab tengok customer lembut je…
Semua design ni customer bagi kat Whatsapp je. Saya just edit balik untuk bagi senang nak cetak.






Yang ni macam biasa…TShirt Hari Keluarga.
Design ni semua customer yang sediakan. So, saya akan edit semula untuk bagi nampak sharp masa print nanti.
Alhamdulillah..pengalaman 10 tahun ni walaupun tak ada basic kelas komputer tapi dapat juga edit sama sebijik macam customer nak.







Ni antara TShirt company yang sempat disiapkan sebelum raya haji hari tu.
Tak kira korang Doktor ke, korang cikgu ke, korang tokey cafe ke…..semua boleh buat baju ikut design korang sendiri.
Sediakan je design tu..nanti pandai2 le kitaorang edit nanti.
Macam design baju atas ni.




Ni salah satu jenis TShirt yang selalu dapat sambutan dari customer.
TShirt budak sekolah Tadika, Taska, PASTI, Tabika dll.
Siap boleh order 1 set dengan seluar lagi kalau nak.



Yang ni hari tu kitaorang buat untuk Tabika KEMAS KETEREH Kelantan dalam 1300 helai.
Seronok diaorang dapat pakai baju tu ramai2.









Ini TShirt korban yang kitaorang siapkan untuk raya haji baru2 ni.
Alhamdulillah…selamat siap on time semuanya.
Alhamdulillah..macam biasa, kalau nak order TShirt dengan kitaorang, follow je detail atas ni.
Nanti kitaorang Reply ye…In Sha Allah.
Sampai jumpa lagi ye….baaaiiii…
Abg Nik & Kak Salina
Cetak TShirt Korban Datang Lagi Guys!!!
Salam Cetak Baju semua,
Lepas raya puasa, datang pulak raya haji atau raya korban.
Macam biasa le…tiap2 tahun pasti ramai yang uruskan pasal nak buat korban ni.
Kebiasaannya…kalau buat majlis korban kat satu2 tempat, bukannya sekor dua…ada yang sampai berpuluh2 ekor pun ada.
Kalau dah berpuluh2 ekor kena buat korban, bukan sorang dua yang akan uruskan nanti…
Mesti libatkan ramai orang nanti.
So, bila libatkan ramai orang, pasti tak meriah kalau diaorang tak ada TShirt yang sedondon nanti.
Setiap tahun time korban, kitaorang pasti akan ada regular customer yang tetap order TShirt korban dengan kitaorang.
Dan setiap Tshirt tu jugak, pasti akan ada kenangna sendiri masing2 nanti.
Kebanyakan TShirt korban, customer suka tulis tarikh & tahun kat TShirt tu supaya senang ingat pasal korban tahun tu nanti.
Ada jugak customer yang ambik TShirt kosong je sebab diaorang kata senang buat berjalan nanti.
Bagi korang yang berhajat nak buat TShirt korban tu…tak payah pening2 sebab kitaorang ada sediakan design nak print & TShirt sedia ada.
Terpulang pada masing2 samada nak guna design yang kitaorang ada tu atau buat design sendiri.
Korang pilih je salah satu design ni & kitaorang akan quote harga kat korang nanti.




Pilih je salah satu design atas ni atau cari design korang sendiri & bagitahu kitaorang kat Whatsapp di bawah ni untuk dapatkan harga.
Raya korban ni setahun sekali. So, mesti kena ada kenangan terindah nanti.
Dengan adanya TShirt yang sama sedondon semua, pasti korang akan teringat2 time tu nanti.
Macam gambar2 customer kitaorang kat bawah ni….










Ada macam2 organisasi yang order dengan kitaorang sebelum ni.
Antaranya :
- Orang perseorangan
- Surau/ Masjid
- Pejabat Kerajaan/Swasta
- Pertubuhan2 NGO
Dan macam2 lagi.
Seronok betul tengok diaorang pakai baju tu semua…sama je semua.
Korang boleh jugak tengok TShirt2 tu sebelum hari kejadian tu…


















Ni adalah sebahagian gambar TShirt korban yang kitaorang buat sebelum ni.
Macam2 stail design customer nak cetak.
Ni yang baru siap beberapa hari lepas. Memang sempoi…baju budak pun ada jugak.
Selain dari majlis korban dalam masa terdekat ni, cuti sekolah pun akan tiba.
So, kalau cuti sekolah, salah satu aktiviti kegemaran ramai ialah berkumpul beramai2 bersama keluarga & kawan2.
Ni antara gambar TShirt Hari Keluarga yang customer dah start order dah.
Customer ni datang walk in je kat kedai kitaorang.
Terpulang..nak datang boleh..deal dengan Whatsapp pun boleh…mana2 je.
https://vt.tiktok.com/ZSLd885Up/
Ok..sampai jumpa lagi ye semua!
Kami menunggu tempahan dari kalian.
Ikhlas :
Abg Nik & Kak Salina













































































