Macam2 jenis cetak tshirt kelas customer order….
Assalamualaikum & Salam Cetak Baju buat semua,
Berjumpa lagi kita hari ni dalam blog mohcetakbaju.com. Tahu tak korang, blog kitaorang dapat hits atau pelawat dalam 116,000++ sehingga hari ini. Terima kasih pada korang yang sudi melawat blog kitaorang. Kitaorang tak kisah…window shopping pun boleh. No hal punya.
Pada yang sedang mencari2 kat mana nak print baju murah2 pastu lak nak yang kualiti baaaeekk punya, ini le tempatnya. Insya Allah, korang akan berpuas hati nanti.
Kalau korang nak tahu sebab apa blog atau website kami ni lain daripada yang lain, korang cuba baca statement kat bawah ni. Pasti korang tak nak pegi ke tempat lain dah lepas ni…..:
1. Tahu tak korang, harga yang kami letak ni pada saya ialah harga orang kampung. Student2 suka sangat order kat sini sbb sesuai dengan bajet diaorang.
2. Tahu tak korang saya dah letak KOS POS FREE sejak saya buat blog ini lagi. Maknanya dah setahun saya bagi kos pos FREE* untuk customer saya. Harga baju saya tak mark up untuk cover kos pos tu tapi bagi saya rugi skit tak apalah, asalkan customer tak putus2 order. Kalau jual mahal ngan kos pos skali buat apa. Nanti customer lari kang.
* Kos pos free tu kalau nak tahu detail, tengok kat page Syarat Pos kat atas nun.
3. Tahu tak korang, saya kena tanggung 2 kos pos iaitu kos pos baju dari supplier kat saya & kos pos ke customer. Alhamdulillah…setakat ni boleh maintain lagi.
4. Tahu tak korang saya sebenarnya kerja full time kat tempat lain. Isteri yang buat full time bisnes ni tapi masih lagi mampu uruskan masa untuk dua2 kerja tu.
5. Tahu tak korang, sesetengah design saya kena bersengkang mata untuk dibuat semula depan komputer tapi walau camtu pun, masih mampu bagi free design tu tanpa caj. Bukan semua design print tu free ye. Kalau tak faham, tanya le nanti.
So…kalau ikutkan banyak benda nak kongsi ngan korang sebenarnya tapi takut kang kalau panjang2, boring lak kang. Nanti le saya sambung di lain masa lak ye.
Seperti biasa…kitaorang nak berkongsi cerita pasal tempahan yang datang tak putus2 baru2 ni sehinggakan terpaksa cuti seminggu untuk selesaikan tempahan tu. Hari ni 2 cerita je yang saya nak kongsikan.
Cerita pertama berkenaan tempahan baju kelas yang bagi saya cantik gak lah design dia. Design ni saya upah designer profesional untuk touch up balik ni. Harga dia saya serap skit dalam baju & upah print. Cer tengok.
Yang atas nun bahagian depan & gambar kedua bahagian belakang. Puashati gak buat baju ni sebab design dia cantik. Terer betul sape yang print ni…..hehehehe.
Baju ni saya buat saiz A3. Design besar nampak menarik skit.
Kat bawah ni ada lagi baju2 yang sedang dijemur tu.
Siap ada nama lagi kat bahagian bawah baju tu. Itu atas permintaan customer le. Diaorang nak, kitaorang ikut jer.
Ok…ni satu lagi kisah tempahan baju kami. Cuba tengok…
Haaaa…ini lak baju kelas yang diaorang nak muka sorang2. Yang ini jauh datang ni. Dari seberang Laut China Selatan ni.
Diaorang cuma bagi gambar sorang2 pastu kitaorang akan touch up balik untuk jadi cam atas ni. Kalau ikutkan masa ni baju ni tak siap lagi ni sebab ada lagi nama sorang2 kena print kat lengan. Bukan apa, excited nak kongsi ngan korang semua. Bawah ni ada lagi baju camtu.
Cantik tak? Nanti dah siap semua nanti saya update balik gambar ni. Depan ada lagi yang kena buat. Tunggu ye.
Ok….dah lambat ni. Ada hal skit nak buat. So, cam biasa kalau nak order baju, klik je pada page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ataupun sms, emel atau call. Mana2 je yang korang suka. Kami akan sentiasa menjawab soalan korang.
Jumpa lagi…baiiii……
Posted on 13/06/2012, in Baju Kelas and tagged baju cetak, baju cetak online, baju kelas, cetak t shirt, contoh design baju kelas, tshirt cetak, tshirt online. Bookmark the permalink. 2 Comments.
smart ah pattern baju .. untung be a creative student !!
LikeLike
thanks…
LikeLike