Dah setahun dah rupanya blog cetak bajuku ni…….

Hai & Salam Cetak Baju buat semua peminat mohcetakbaju.com,

Alhamdulillah….Alhamdulillah…..Alhamdulillah….bulan Jun ni genap le setahun blog http://www.mohcetakbaju.com ni berada dalam online.

Dan setakat ini, hampir 5,000 lai telah kami siapkan untuk customer2 kitaorang.

Dalam setahun ni jugak macam2 kenangan yang kitaorang dapat…yang syok ada, yang kurang syok pun ada.

Tahu tak korang dalam setahun ni…..

1.  Ada 3 jenis baju dari 3 orang customer yang tak ambik baju diaorang sejak setahun lebih yang lalu. Ada lagi kat dalam kotak bawah meja kitaorang ni. Tak tahu le apa nak buat ngan baju2 tu. Nak jual murah kot. Yang problemnya, baju tu dah bercetak nama kelas. Dah banyak kali call, tak ambik2 lagi budak2 ni.

Pasal tu le saya nak mintak deposit dulu sebelum order baju. Takut jadi camni le. Kalau saya tak ambik deposit, pastu tiba2 tak jadi ambik…tak ke naya tu. Macam yang kat atas ni. Dah bayar deposit pun tak ambik2 jugak lagi.Tak tahu le nak cakap macamana dah.

2.  Kitaorang masa mula2 buat bisnes printing baju ni, kitaorang print atas lantai je. Bayangkanlah bagaimana kitaorang susun selai2 atas lantai pastu print. Sakit belakang, jangan cakap le.

Pastu kitaorang pindah buat atas meja makan. Muat 3 lai je untuk satu2 masa. Jenuh jugak time tu. Baju lak jemur atas katil je. Cuba korang tengok cerita2 yang saya muatkan dalam blog ni masa mula2 dulu. Kat situ ada cerita pasal printing baju kitaorang tu.

Kemudian, mintak kebenaran bapak mertua untuk buat kedai kecik sebelah rumah dia…heheh(yang nak buat tu anak dia, isteriku)..Alhamdulillah dia bagi. So, saya beli le meja panjang 2 kaki X 6 kaki, 2 buah. Muat le 9 lai untuk 1 masa. Tapi rasanya masih susah gak kitaorang nak buat printing terutamanya kalau ada order 20 ke 30lai ke atas.

Pastu, kitaorang ada buat rumah baru. Minggu lepas baru siap…kat situ kitaorang buat satu bilik khas untuk printing. Saya dah beli 5 buah meja & mungkin akan tambah lagi 5 ke 6 buah meja lagi. Saya bajet boleh print dalam 30 ke 40 lai satu2 masa nanti. Alhamdulillah….

3.  Dulu saya pergi kursus print baju. Mula2 dulu saya tak bagi orang rumah buat sebab tak konfiden dengan dia. Tapi sekarang ni terbalik lak. Dia pulak tak bagi saya buat sebab tak konfiden saya print baju tu. Dia lak yang terer print baju. Tugas saya sekarang hanya buat blok printing ngan design je termasuk uruskan kewangan & akaun company.

4.  Dulu nak buat blok printing 1 pun jenuh. Slow jer. Hari ni saya boleh buat 10 buah blok printing dalam 1 hari. Memang suspek betul le kat diri sendiri…hehehe.

5.  Dari bulan Jun 2011 hingga Jun 2012 ni, satu emel pun saya tak tertinggal untuk saya jawab. Semuanya berjawab kecuali yang bagi emel invalid ataupun setengah2 yang tanya melalui komen kat bawah ni. Yang lain semuanya berjawab dengan complete. Insya Allah…saya harap benda ni takkan berubah pada masa akan datang. Korang jangan risau sebab semua pertanyaan, Insya Allah akan dijawab.

6.  Dari dulu sampai sekarang saya mampu bagi KOS POS FREE untuk seluruh Semenanjung Malaysia & separuh harga untuk Sabah Sarawak. Satu pencapaian yang jarang orang buat. Sape nak rugikan. Kami pun taknak rugi tapi cara kitaorang boleh tarik beribu2 pelawat ke blog kitaorang.

Cumanya kuantiti tempahan kami kena hadkan ke 5 lai ke atas je sebab kesian kat orang rumah ngan diri sendiri. Mau kasi berbaloi skit le.

So…rasanya kitaorang rasa bersyukur sangat2 sebab mampu bertahan sampai sekarang. Kalau korang nak order ngan kitaorang, jangan le risau. Semuanya akan dipenuhi, Insya Allah.

Hari ni cam biasa, saya akan kongsi ngan korang beberapa tempahan yang kitaorang dapat sebelum ni. Korang baca le ye….

Tempahan 1

baju kelas

Baju ni sebijik cam ada satu baju karikatur yang ada orang tempah sebelum ni. Yang sebenarnya, diaorang nak sebijik macam baju tu & sama gak yang belakang.

baju kartun kelas

Tempahan yang ni jauh datangnya ni….dari Sabah bah. 1 hari je sampai masa kitaorang pos hari tu. Kalau tak salah kat Lundu, Sarawak ni. Kat bawah ni ada lagi, baju2 diaorang untuk tatapan korang.

design t shirt kelasbaju t shirt kelas

t shirt kelas

Mmmmm….kalau sape2 yang berkenan, bgtau le ye. Insya Allah, kami akan buatkan. Korang pasti puashati, Insya Allah.

Tempahan 2

tshirt hari keluarga

Ada customer tu nak buat baju cam atas ni untuk family day diaorang. Ini design baju yang diaorang hantar. So, kitaorang buat le sebijik cam yang diaorang nak tu. Cer tengok gambar kat bawah ni.

baju family day

Kena flash tu…itu yang nampak blur skit tu. Kat bawah ni ada lagi gambarnya…

tshirt hari keluarga

baju keluarga

Dari yang kanak2 sampai le yang dewasa. Semua ada print. Belakang kosong & kat lengan ada nama timangan masing2.

Tempahan 3

design baju group

Yang ini lak baju untuk program kat UPM. Senang je diaorang nak print. 1 kaler jer. Bawah ni ada lagi kalau korang nak tengok.

cetak baju

baju kumpulantshirt cetak

print bajubaju cetak

So, inilah antara baju2 yang sempat saya kongsikan ngan korang hari ni. Saya syorkan bagi sape2 yang menunggu2 nak diskaun dari kami, follow je blog kami. Insya Allah, ada le nanti. Tunggu ye.

Sekali lagi saya masukkan semua gambar tempahan kat atas nun untuk tatapan korang.

So, cam biasa le jugak. Sape2 yang nak order baju, jangans egan & jangan silu. Isi je form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat atas nun atau sms, emel atau call jer. Pertanyaan korang pasti kitaorang akan jawab nanti, Insya Allah….

Ok…jumpa lagi…baiiii…tatata…titi…tutu…..

About Nik

Saya adalah seorang peniaga TShirt bercetak yang aktif di kampung saya.

Posted on 03/06/2012, in Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. 5 Comments.

  1. Tengku Nur Natasha

    Saya nak order baju tp saya nak tanya boleh tak nak buat design macam ni? —> http://shineeworldloveshinee.blogspot.com/2011/11/shining-shinee-maypole-fansign-event.html Dan kalau boleh, berapa harga sehelai. Harap-harap boleh ya sbb dah pergi bnyk kedai ramai mcm kata kurang boleh dan tak jamin akan 100% sama. Sy amat berharap. Tq.

    • Tengku, gambar mana satu nak print tu? Gambar orang betul ke? Kalau org betul, memang tak leh buat….sori, eekkk.

  2. Tengku Nur Natasha

    Bukan print orang, tapi print baju yg lima lelaki pakai tu. Yg belengan panjang, dan yg macam-macam warna tu. Kain guna kain cotton je.

  3. Tengku Nur Natasha

    Balas lah, dah lama sy tunggu ni.

  4. Tengku, boleh guna emel tak? Saya jawab kt emel ye…sori.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: