Cetak Baju Kelas paling ramai orang order…..
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Apa kabor semua? Sihat2 le hendaknya selalu ye. 2, 3 hari ni cuaca panas skit. So, printing pun ada efek gak skit sebab kalau cuaca panas ni, blok cepat kering & tersumbat. Biasanya kitaorang printing time pagi2 lepas sembahyang subuh. Baru design dia sharp skit.
Keja dari rumah ni oklah jugak sebab ikut suka kitaorang nak start keje bila. Kadang2 tu kalau time sibuk sangat, mandi pun kat nak masuk zohor.Baju pun pakai baju tido je.Cik Sally(isteriku) kadang2 tu pakai baju kelawar je.Dah macam batwoman je.Dengan baju kembangnya tu…
Tapi Alhamdulilah…walaupun camtu, rezeki kami tetap tak putus2 & makin banyak sambutan yang kami terima. Memang majoriti tempahan yang kami dapat adalah melalui online.
Yang paling banyak kitaorang terima, tempahan baju untuk kelas. Saya pun kadang2 excited nak buat baju diaorang ni sebab kebanyakannya design diaorang ni kreatif2 belaka.
Baju kelas ni kalau u all tempah memang berbaloi sebab harganya tak le mahal sangat selai kecualilah korang nak design berkaler2 & nak kain yang memang kualiti tinggi punya. Biasanya baju kelas, kitaorang caj dalam RM25 ke bawah bergantung kepada design nak print, kuantiti & jenis kain.
Kalau macam baju karikatur tu…alaaa..yang ada muka budak kelas sorang2 tu. Kalau camtu, biasanya saya ambik upah design sekali sebab nak kena buat balik muka budak2 tu untuk print atas baju tu. Tapi bagi saya, harga masih mampu lagi le bagi korang.
Apa2pun, design yang nak print atas baju tu memang penting untuk saya bagi harga. Kadang2 ada yang tanya soalan pasal berapa harga baju selai tanpa bagi maklumat spesifik macam jenis kain, kuantiti baju & design nak print. Sebab 3 benda ni memang akan bagi efek pada harga.
Cuma nak bagi klu kat korang le…kalau print 1 kaler & kuantiti banyak, harga selai Insya Allah dapat murah berbanding korang order 5 lai & print 2,3 kaler…konfem mahal. Korang pun paham kan…
Oklah…maleh le nak berceloteh panjang2. Apakata kita tengok je baju2 yang kami dah siap print kat bawah ni.Sekurang2nya dapat bagi idea skit untuk korang tempah baju nanti ekk.Betul tak?
Cerita pertama yang saya nak kongsi ngan korang ialah cerita pasal baju kelas. Design dia sempoi jer…semua print 1 kaler je. Boleh save bajet skit. Cer tengok….
Simple kan. Tapi apa2pun terpulang pada korang sendiri. Kalau sanggup bayar mahal untuk buat banyak kaler, terpulang le. Saya boleh buat tapi takut ada yang tak mampu nak bayar lak nanti kang. Betul tak?
Macam baju ni, design dia simple je. Design nak print tu pun saya touch up balik.Kalau order banyak biasanya kos design tu saya bagi free je kecuali le kalau nak buat balik design baru..kalau camtu saya akan caj skit korang nanti…
Kalau diikutkan, tarikh kitaorang buat baju ni 2011 lagi tapi rasanya cerita pasal baju ni belum masuk dalam blog ni lagi rasanya.
Okay…masuk lak ke cerita kedua. Yang ini pasal baju jersi. Jauh tempahan ni…dari Sabah bah. Baju ni diaorang nak design sama ngan baju yang kitaorang pernah buat sebelum ni cuma wording je lain. Warna baju pun diaorang nak sama gak. Cer tengok….
Ini pun t shirt kelas gak sebenarnya tapi diaorang nak buat ala2 jersi gitu. Depan nama kelas, belakang nama masing2 & siap nombor skali.
Semua design tu sama jer…kaler pun sama. Bawah ni ada lagi design baju tu untuk tatapan korang…
Yang dua lai warna hitam ngan biru tu orang lain punya tu…time tu kami terima lagi 2 lai tempahan tapi skang ni stop jap. Kami terima 5 lai ke atas je.
Apalagi citer nak kongsi ye. Hah…ada satu group ni nak pegi ke Bali, Indonesia, so diaorang nak buat baju stail sama jer semua. Cam kat bawah ni…
Belakang simple je 1 kaler & depan sulam kecik kat dada. So, korang kalau ada rombongan ke mana2, elok le korang buat baju seragam camni sebab kenangan camni susah nak dapat tau…
Nanti bila 10 tahun, 20 tahun akan datang, bila tengok balik baju tu, teringat balik memori masa rombongan hari tu. Nak lagi spesel, setiap kali pegi rombongan mesti buat baju untuk group rombongan tu. Mesti seronok punya…
Okay…hari ni setakat ni le dulu ye. Korang yang rasa nak order baju, jangan lupa isi form kat page “Cara Bayaran” kat atas nun ataupun call, sms atau emel jer kat kami. Nanti Insya Allah, kitaorang akan jawab apa saje persoalan korang tu.
So…jumpa lagi..baii….
Posted on 30/05/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju Kelas and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, cetak, cetak baju, cetak tshirt kartun, contoh design baju kelas, print baju, print jersi, print nombor jersi, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, tshirt cetak, tshirt group, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0