Monthly Archives: May 2015

Promosi macam2 jenis baju Raglan…..

Hai & Salam Cetak Baju kepada semua,

Alhamdulillah…..berjumpa lagi kita dalam blog kitaorang yang tak seberapa ni.

Korang yang baru melawat blog kitaorang ni saya ucapkan Selamat datang & sudi2kanlah survey macam2 benda berkenaan printing baju yang korang boleh dapat kat sini.

Yang selalu melawat blog kitaorang pun terima kasih banyak2 sebab korang sudi jadikan blog kitaorang sebagai rujukan korang.

Hari ni, saya nak buat promosi sikit. Tentang baju jenis Raglan. Sebelum ni saya dah pernah cerita pasal baju Raglan ni.

Kalau ikut kamus, Raglan ni sebenarnya baju yang disambung kain lain kat lengan. Ada 2 jenis baju..lengan panjang, pendek & lengan 3 suku.

Tapi setakat ni saya jual yang lengan 3 suku & lengan pendek je dulu yang readymade. Kalau nak lengan panjang, mesti order lebih daripada 50 lai ke atas.

Ni antara baju Raglan yang saya nak promosi kat korang hari ni….

Baju Raglan matahari

 

Ini brand JMJ Matahari. Ada 10 pilihan warna. Lengan 3 suku.

Design baju Raglan Body Putih Lengan Hitam

 

Design Baju Raglan 2015

 

Ini brand saya sendiri. Brand Ainix. Lengan 3 suku.

Kod 1028 Raglan Enzo

Ni brand Enzo. Lengan pendek. Ada baju budak & dewasa.

Baju Raglan Baseball Tee GILDAN

Ni baju Raglan brand Gildan. Lengan pendek.

Bawah ni antara baju2 yang kitaorang pernah print guna baju Raglan tu ye….

Baju Raglan senior

Baju Raglan senior 3

Baju Raglan enzo

Baju Raglan 1

tshirt raglan cetak

tshirt raglan cetak baju

tshirt I AM Raglan

Actually banyak lagi design baju Raglan yang kitaorang pernah  print sebelum ni. Cuma ni je antara yang sempat saya ambik gambar & upload dalam blog ni.

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Selain daripada baju Raglan ni…ada macam2 jenis baju yang saya sediakan untuk korang. Klik kat macam2 katalog baju kat atas nun untuk lihat baju apa yang korang nak ikut bajet korang. Murah ada & mahal skit pun ada.

Harga kitaorang bergantung pada kuantiti tempahan, design nak print & jenis baju jugak.

Ramai jugak yang tanya pasal baju jersi lengan panjang macam bawah ni. So, kalau korang nak order pun boleh jugak….

baju jersi arorasport

Klik link SINI untuk lihat macam2 jenis baju jersi lengan panjang ni ye.

Oklah….cam biasa. Saya nak kongsi skit cerita pasal baju yang saya dah pernah siapkan sebelum ni.

tshirt cetak stiker

tshirt cetak

Ni saya guna stiker ni atau heatpress ni. Kalau order sikit tapi nak kaler ori camni, saya suggest guna stiker je. Kalau printing, agak remeh & banyak kaler nak guna tu. Bawah ni ada lagi baju yang saya guna stiker. Cer tengok….

tshirt print stiker

tshirt stiker

Yang tulisan tu saya print tapi gambar dinasour tu je saya guna stiker. Ni gambar sebelum saya heat guna mesin heatpress. Lepas tu….

tshirt heatpress

Pastu kita heat dalam 10 ke 15 saat. Tadaaaa……

tshirt heatpress

Akhirnya..jadi le camni.

Oklah..setakat ni dulu ye. Nanti kita sambung lagi dilain hari. Cam biasa….

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Selamat bershopping…..baiiiiii…

Ikhlas dari :

Abg Nik & Kak Salina
www.mohcetakbajuiam.com
www.cetaktee.com

Apa yang specialnya www.mohcetakbaju.com ni ye…….

 

Design Baju Raglan 2015

Hai & Salam Cetak Baju buat semua pelanggan & bakal pelanggan,

Lama tak bersua dalam blog kitaorang ni. Alhamdulillah…..tempahan kitaorang terima masih tak putus2. So, agak sibuk  sikit untuk update cerita dalam blog ni.

Saya tahu…ramai juga yang menunggu2 cerita & tips dari kitaorang terutamanya regular customer kitaorang.

Sebelum saya bercerita lanjut tentang specialnya blog kitaorang ni berbanding blog atau website lain, kat sini nak kongsi sikit pasal GST yang kitaorang tanggung.

Untuk pengetahuan korang, kebanyakan besar pelanggan kitaorang ialah student. Student tak ramai yang ada bajet yang besar. So, nak tak nak saya terpaksa beri harga berpatutan tanpa jejaskan kualiti baju tu. So, setakat ini kitaorang masih lagi sanggup serap amaun GST dari supplier & kos pos semenanjung. Kalau tak serap, takut2 student tak mampu nak bayar nanti.

Tapi apa2 pun kena tengok pada design nak print jugak. Kalau dah kaler nak print sampai dah macam kaler pelangi…susah le nak bagi harga murah. Saya nak kena cover kos2 yang saya tanggung jugak. So, harap2 faham le ye. Orang bisnes ni kalau boleh tak nak rugi. Nak untung & nak jimat…

So, hari ni saya nak kongsi ngan korang tentang kelebihan atau specialnya blog kitaorang ni berbanding blog atau website lain. Nak kongsi jugak pasal kelebihan servis yang kitaorang ada.

Tujuan saya kongsikan tentang ini adalah untuk bagi korang pilihan terutamanya yang baru lawat blog ni. Mungkin dalam online ada macam2 jenis website cetak baju tapi ada tak servis yang kitaorang bagi yang diaorang tak bagi.

Tapi apa2 pun…itu terpulang pada kebijaksanaan korang juga.

Apa antara kelebihan atau specialnya blog kitaorang ni ye……..saya bagi 11 perkara :

1.  Kitaorang terima 5 helai ke atas untuk satu2 design. Kebanyakan cetak baju di luar sana terima dalam kuantiti besar sebab kuantiti sikit ni tak banyak untung. Lagipun kuantiti sikit ni agak remeh kerjanya. Kalau banyak, berbaloi sikit kerjanya. So, kitaorang terima 5 lai ke atas untuk sape2 yang nak kuantiti sikit.

2.   Kitaorang sediakan tempat untuk buat design sendiri. Klik link DISINI untuk tengok camane korang boleh buat design tu tanpa bantuan designer profesional. Boleh buat sendiri je. Lebih puashati. Kebanyakan cetak baju diluar tak sediakan servis ni. So, pelanggan susah nak buat design kalau tak ada idea.

3.  Blog kitaorang telah dilawati oleh 1.6 juta pelawat semenjak Jun, 2011 & setiap hari meningkat. So, ini menunjukkan begitu ramai pelawat yang seronok melayari blog kitaorang. Anda salah seorang yang masuk dalam statistik tu. Maknanya…….blog kitaorang menjadi pilihan ramai semenjak dulu lagi.

4.  Blog kitaorang telah mendapat LIKE dalam Facebook sebanyak 17,600 sehingga kini & semakin meningkat setiap hari. Ini menunjukkan begitu ramai yang sukakan servis kitaorang, In Sha Allah.

5.  Kitaorang bukan saje sediakan tempat nak buat design sendiri tapi kitaorang juga sediakan pelbagai jenis pilihan baju kosong pelbagai brand. Mudah untuk korang buat TShirt nanti. Kitaorang ada Oren Sport, Gildan, Enzo, Change, 4Square & Arorasport.

6.  Blog kitaorang juga ada sediakan maklumat tentang bisnes cetak baju, ebook & pelbagai maklumat tentang cetak baju ni. Bukan senang nak kongsi maklumat camtu kecuali yang dah ada pengalaman luas dalam bisnes cetak baju ni.

7.  Kitaorang juga ada sediakan servis cetak baju dari jenis Rubber Dye, Plastisol, Daislue dll. Kitaorang ada sediakan print jenis EMBOSS/TIMBUL. Heat press & sulaman. Macam2 jenis printing ikut pilihan pelanggan.

8.  Tahun lepas, kitaorang dah siapkan 20,000++ helai baju pelanggan kitaorang & tahun ini semakin meningkat. So, korang boleh jadi salah seorang daripada statistik tu.

9.  Sehari kitaorang terima hampir 100 emel, mesej, SMS, Whatsapp & Call & hampir 98% kami dah bagi jawapan. Yang tak jawab tu, mungkin tak sempat nak jawab, kalau emel..mungkin dah klik tapi lupa nak jawab atau memang tak dapat nak jawab sebab banyak sebab.

10.  Bagi followers blog kami, FB atau mereka yang dapatkan ebook kitaorang, mereka akan dapat macam2 tips tentang bisnes cetak baju ni. Kitaorang kongsi macam2 benda tentang camane korang juga boleh buat duit dengan bisnes TShirt ni. Saya rasa tak ada satu pun website diluar sana yang sediakan servis camni….

11.  Kos pos untuk Semenanjung kitaorang masih lagi tanggung selepas hampir 6 tahun buat bisnes. Kos  pos ke Sabah Sarawak kitaorang tanggung separuh. Sebulan hampir RM2,000 kitaorang tanggung untuk kos pos ni. Nampak macam besar tapi kitaorang puashati sebab dapat bantu korang & ini adalah antara yang membuatkan bisnes kitaorang lain dari yang lain.

 

So, saya harap 11 perkara atas ni bagi jawapan tentang apa kelebihan blog atau servis kami ni berbanding website cetak baju diluar sana ye.

Apa2 pun…korang lah yang boleh buat keputusan. Saya tak paksa. Saya tahu rezeki tu Tuhanlah yang akan kurniakan. Kalau tak ada rezeki saya, nak buat camane. Redha je lah…..

Baju Raglan matahari

 

Ok, hari ni cam biasa, nak kongsi pasal tempahan cetak baju yang kitaorang terima sebelum ni ye.

Cerita 1 :

baju custom made

baju custom made

Ni baju custom made ni. Kena jahit lain kalau nak camni tapi saya terima 50 lai ke atas je.

Baju readymade saya tak ada baju camni. Yang ni customer kitaorang order 60 lai ni. Siap ada label company kitaorang lagi tu.

Cerita 2 :

tshirt kelas

baju kelas

Yang ini, customer lukis atas kertas dulu & kitaorang edit balik untuk jadi sebijik camni.

Yang ni 1 kaler print & 2 layer supaya kaler dia naik cantik.

Cerita 3 :

baju Family Day

Tshirt hari keluarga

Yang ni untuk TShirt Hari Keluarga. Agak mahal sikit sebab depan 2 kaler & belakang 3 kaler tapi harga masih lagi berpatutan.

Depan belakang tu diaorang buat sendiri kat page “Buat Design Sendir” tu. Tak yah pening2 nak buat design tu sendiri.

 

Cerita 4:

tshirt group

baju kumpulan

Yang ni pun diaorang buat kat page “Buat Design Sendir” atas nun. Cantik apa…belakang 2 kaler & depan 2 kaler. Memang naik kaler dia.
Cerita 5 :

Tshirt kelas

baju kelas

Yang ni sempoi je. Satu kaler depan belakang. Tapi yang belakang tu rumit sikit sebab nak kena edit jadi huruf AA camtu.

Ni group Aaron Aziz ni. Tu yang belakang tu print AA tu.

Cerita 6 :

baju jawi

tshirt tulis jawi

Tulisan jawi ni customer yang bagi sendiri. So, mudah sikit saya nak print. Tak payah edit apa2 dah. Terus je print.
Oklah…rasanya setakat ni je dulu. Ada baaaaaanyak lagi gambar TShirt yang dah siap dalam kamera kitaorang tapi tak sempat nak upload kat sini.

Ok….kalau nak order TShirt ngan kitaorang, tentukan design nak print & kuantiti tempahan tu dan :

1.  Emel ke adminkomisen@gmail.com ;

2.  Klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun ;

3.  SMS atau Whatsapp ke nombor hp kitaorang….Abang Nik – 0192254028 atau Kak Salina – 0193643692 atau

4. Call terus ke nombor2 diatas (tapi tolong jangan call malam sebab kitaorang nak berehat jugak!)

Baju Raglan matahari

Sampai jumpa lagi korang…..jangan segan2 kontek kitaorang ye….baaaiiiiii…..

Yang Sentiasa Ikhlas Membantu,

Abang Nik & Kak Salina
www.mohcetakbajuiam.com
www.cetaktee.com