Alhamdulillah, ramai yang puji servis kitaorang……
Hai geng,
Selamat datang pada korang yang baru first time jejakkan mata ke blog saya. Jangan risau, jangan segan & jangan silu. Kalau baca artikel dalam ni tak kena bayar pun.
Alhamdulillah, syukur pada Allah…walaupun dah 1 tahun lebih blog ni online, pelawat makin bertambah2. Skang ni dah 200,000 lebih dah orang masuk kat blog saya ni semenjak diperkenalkan pada Jun, 2011. So, korang memang bertuah le sebab jumpa blog ni.
Alhamdulillah jugak, setakat ni tempahan baju yang kitaorang terima masih maintain 1,000 helai lebih sebulan. Menunjukkan ramai dah yang order ngan kitaorang & percaya ngan servis kitaorang.
Setakat ni, semua customer puji servis yang kitaorang berikan. Bukannya nak riak atau sombong, cuma nak bagi korang konfiden yang bisnes kitaorang ni memang betul2 wujud & sentiasa bagi servis yang terbaaeekkk pada korang.
Cuba korang klik kat page Testimoni kat link ni…https://mohcetakbaju.com/testimoni/. Sini ada sebahagian je sebenarnya yang sempat saya upload. Yang lain2 tu, ramai gak emel. Pastu ada yang cakap kat telefon & sms. Tak sempat nak ambik gambar bukti tu.
Tapi apa yang penting, customer yang dah order ngan kitaorang rata2 memang puashati ngan servis printing yang kitaorang bagi. Kalau tak caya, cuba korang order ngan kitaorang….hehehehe. Baru tau betul ke tak, ye dokk?
Ok…hari ni tak nak berceloteh panjang. Hari ni nak masukkan banyak skit cerita pasal tempahan sebelum ni sebab banyak gak yang tak sempat nak kongsi ngan korang sebelum ni.
Cer tengok citer kat bawah ni….
Baju ni untuk student UPM Kampus Bintulu ni. Gambar bangunan tu diaorang nak kaler lain2 tapi still gambar yang sama. Apa yang saya perlu buat ialah buat base putih dulu pastu baru tindih ikut kaler yang diaorang nak.
Tshirt tu kitaorang guna samada baju Enzo ataupun brand 4Square. Kalau Oren Sport, cam kasar skit kain dia.
Ni ha, baju dah siap diprint. Alhamdulillah, customer ni pun puji printing yang kitaorang buat. Saya pun puashati sebab memang cantik betul printing dia…heheheh..angkat bakul.
Ok, ini ada lagi cerita pasal tempahan baju tu…..
Yang ini lak baju family day. Dia nak buat design cam dalam gambar tu. So, yang ini 2 kali tindih ni. Mula2 buat merah untuk love, pastu tindih hitam. Jenis kain pun main peranan gak. Saya tak terima baju dari luar sebenarnya sebab kain dia kadang2 tak boleh nak buat print.
Lain ngan kain jenis Enzo atau Oren Sport sebab dua2 brand ni memang cantik kalau kita buat print.
Ini untuk baju dewasa ni. Tadi baju baby. Yang ini guna baju Enzo. Memang agak sharp jugak kalau buat printing. Kalau betul2 concentrate buat baju ni, 2 ke 3 jam siap semua skali.
Cuba tengok kat bawah meja tu. Bertimbun2 baju yang tengah siap sedia untuk didera oleh kitaorang….
Ini bahagian belakang baju ni. Gambar sorang2 yang diaorang sendiri buat. Saya tak adjust apa2 pun. Just print out & print je.
Ini ada lagi citer nak kongsi…..
Yang ini design simple jer. Belakang, depan & lengan. Semua 1 kaler. Kalau tak silap, tengah malam print baju ni ni. Guna baju jersi Oren Sport. Memang sempoi.
Ada lagi cerita lain….
Inipun simple je. Just 1 kaler je belakang. Dah biasa buat sebelum2 ni. Tapi biasanya kitaorang tindih kaler tu 2 kali untuk naikkan kaler dia. Kalau print sekali, takut lama2 kaler dia masuk dalam benang. So, nak selamat, tindih 2 kali le. Tok guru pun ajar camtu.
Ada lagi citer baju tu….
Rasanya belum cerita lagi pasal baju naga ni rasanya. Design baju ni diaorang emel hari tu, pastu saya kena touch up balik untuk disesuaikan dengan printing kitaorang. Baju hitam & design kaler kelabu. Kalau baju hitam memang cantik kalau print kelabu.
Customer ni nak print depan belakang & lengan skit. Semua kaler kelabu atau silver. Kalau kaler camni tak payah tindih putih sebab sekali print pun dah cantik dah.
Cuba tengok gambar yang kedua tu…kalau korang nak tahu, saya guna hairdryer yang jual kat pasaraya je untuk keringkan design print tu. Memang kos murah betul bisnes ni.
Oklah….kat sini saya paparkan sekali lagi gambar2 baju yang kat atas nun untuk tatapan korang sekali lagi ye.
Sampai ke penghujung gak. So…cam biasa le. Kalau korang nak order baju cetak untuk apa sahaja aktiviti korang, korang klik je page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun. Tak pun korang call, sms atau emel terus kat kitaorang.
Tolong jangan guna ruangan komen dibawah untuk order baju sebab takut kitaorang lambat jawab nanti.
Apa2 pun korang memang BEST sebab korang melawat blog saya. Korang LAAAAGII BEST kalau korang klik follow kat blog kitaorang ni. Nanti kalau klik Follow, apa saje cerita yang kitaorang post, terus korang dapat.
So, takat ni dulu le ye. Sampai jumpa lagi…..baaaaiiii…….
Posted on 12/10/2012, in Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, print baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, tshirt group, tshirt online. Bookmark the permalink. 2 Comments.
kalau tempah berapa lama blh siap ek?
LikeLike
Skarang ni dalam 2 ke 3 minggu lps dpt deposit.
LikeLike