Material atau jenis kain yang kitaorang jual….PART 1
Hai & Salam semua,
Lama tak update cerita kat sini. Biasanya saya update seminggu sekali tapi lama dah tak update sebab agak sibuk menyiapkan tempahan yang masuk. Bayangkanlah, saya terpaksa siapkan dalm 15 ke 20 blok printing sehari.
Biasanya time nak buat design tu yang ambik masa. Time nak print kejap je. Kadang2 tak sampai sejam dah siap dah. Kalau print 1 kaler le. Kalau banyak kaler, jenuh jugak.
Ok….hari ni saya nak cerita skit pasal material atau jenis baju yang kitaorang jual skarang ni.
Kalau korang tengok kat bahagian atas blog ni, ada 2 Katalog baju yang kitaorang offer. Katalog Enzo & Katalog Oren Sport. Company lain2 tapi dah establish dalam bisnes tshirt banyak tahun dah. Kiranya memang mantap le.
Untuk pengetahuan korang, saya paling banyak order baju Enzo sebab stok memang sentiasa ada & kualiti memang cantik.
Contohnya, kalau baju cotton. Enzo sebenarnya tak jual baju cotton tapi diaorang panggil TC. Kain jenis TC lagi elok dari kain cotton sebenarnya sebab biasanya kain camni tak akan kecut lepas basuh & tak kembang kalau pakai lama.
Korang ada pengalaman tak kalau beli baju, bila lepas basuh je, saiz jadi kecik skit. Biasanya kalau baju murah & brand cikai & ntah apa2 ntah, memang senang kecut. Saya pun berapa lai dah beli untuk guna sendiri. Memang kain dia maintain je walaupun dah basuh.
Satu lagi, kain jenis TC ni lagi cantik kalau kita print berbanding kain cotton. Kain cotton ni kadang2, cam kasar skit. Kain TC licin je. Memang senang nak print.
Maknanya kat sini, kalau sape2 nak order tshirt, saya memang suggest Enzo. Kalau tak ada kaler baju yang customer nak dalam Enzo, baru saya suggest Oren Sport.
Kalau bagi sape2 yang nak baju cotton yang bajet murah skit, saya ada jual jugak. Brand 4Square. Tapi brand ni saya terima 30 lai ke atas je sebab kos pos baju tu kat saya agak mahal skit. Kalau order banyak2, agak berbaloi skit.
Kalau sape2 nak baju cotton murah, bgtau saya balik nanti ye.
Baju jenis TC untuk Enzo tu, kitaorang ada banyak pilihan. Ada yang plain, ada yang bercorak dll. Saiz baju dari 28 ke 36 untuk kanak2 & saiz S ke 3XL untuk dewasa. Setakat ni, stok memang sentiasa ada. Biasanya kalau order hari ni, esok dah sampai dah.
Memang saya suspek betul le kat Enzo ngan Oren Sport ni sebab dalam 2 tahun saya buat bisnes ni, jarang2 sekali diaorang ada problem stok. Kalau tak ada pun, kejap je. Dalam sehari dua, dah ada dah stok tu.
Apa2 hal pun, korang boleh le kontek saya kalan nak tahu apa sahaja berkenaan material baju tu ye.
So, saya rasa untuk permulaan ni, ini le cerita saya dulu pasal material baju tu. Nanti kita sambung lagi dalam episod akan datang. Sambung ngan cerita tempahan baju lak.
Ok….ini cerita pertama hari ni.
Baju ni customer suruh buat emboss ataupun design timbul. Harga dia agak mahal skit berbanding kalau print biasa sebab saya kena guna special dye & guna iron untuk naikkan design dia.
Kalau nak emboss, kitaorang biasa buat kat baju cotton je. Macam gambar ni. Ini baju TC dari brand Enzo sebenarnya. Kalau baju dari jenis material lain, tak pernah cuba lagi.
Cer tengok bukti design yang timbul tu kat bawah ni.
Punyalah nak tunjukkan bukti design tu timbul, sanggup ambik gambar dari sudut tepi ni. Nampak tak design dia timbul? Memang cantik gak kalau nak buat timbul camtu tu.
Design apa ye tadi anak2…..ini namanya EMBOSS ataupun TIMBUL. Paham ye anak2….hehehehe.
Cerita kedua….yang ini cerita pasal baju kelas. Yang ini semua design & font, customer bagi. Memang bagi saya cantik gak design dia. Cuba tengok….
Yang bahagian belakang tu, diaorang bagi font jugak. Mechanical Engineering tu font “IRON MAIDEN”. Memang sesuai ngan baju.
Baju ni jenis kain jersi ni. Brand Enzo. Kain dia licin & senang sangat nak print. Kalau tak silap kod 1708 ni rasanya. Kalau tak silap le. Memang sesuai ngan kaler yang nak printing tu.
Tapi kan…kalau nak diikutkan, bukan mudah sebenarnya nak print baju ni sebenarnya sebab kena tindih 2 kali. Kalau tak buat base putih, kaler oren tu tak naik. So, nak bagi naik, kena print putih dulu. Tapi kalau baju cerah ataupun putih, tak perlu tindih putih sebenarnya sebab cukup dengan print terus kaler yang nak tu. Background dah memang putih. Senang le skit nak print.
Lagi cerita pasal tempahan baju…..
Yang ini design dia simple je sebenarnya tapi nak bagitau yang baju ni jenis TC, brand enzo. Satu lagi, nak bagitau yang untuk design ni, saya kena designkan balik guna Illustrator untuk dapatkan sharp camtu. Kalau ikut, design asal customer tu emelkan logo cam kat bawah ni tapi sebab bajet rendah, so saya cadang untuk buat 1 kaler je.
Ini lagi design baju yang dah ditempah tu….
Customer ni tak order banyak…10 lai je tapi memang cepat buat. Rasanya buat tengah malam ni. Esoknya terus pos.
Cuma yang ambik masa sikit yang baju hitam print kuning je sebab kena buat base putih dulu. Kalau tak buat memang tak naik kaler dia.
Lagi…apa cerita lagi?
Haaaa….yang ini special skit. Design belakang tu, saya buat sendiri tu. Disebabkan customer nak buat nombor 12 & ada nama student dalam tu, so terpaksa le ambik masa skit untuk saya siapkan design tu. Kalau korang nak tahu, saya caj skit harga untuk saya buat design tu sebab saya kena mengadap komputer gak time nak buat tu.
Tapi kalau korang pandai, buat sendiri pun boleh. Camtu lagi baik. Korang lagi puas hati.
Korang tahu ke kat mana SMK Bum-Bum tu. Kalau tak silap, kat Sabah ni. Ini cikgu diaorang yang uruskan order baju ni. Bila diaorang dapat je baju ni, bukan main happy lagi. Seronok betul dapat baju tu. Alhamdulillah, kitaorang pun tumpang seronok bila customer puas hati.
So, setakat ni dulu le ye korang.
Kalau korang nak order, cam biasa….isi je form kat bahagian atas nun kat page “Nak Tahu Harga Tak” atau korang boleh emel, call atau sms kitaorang terus. No hal punya.
Jumpa lagi di lain waktu. Baiiiii…….
Posted on 24/10/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju Kelas and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju jersi, baju kelas, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, print, print baju, t shirt group, t shirt kumpulan, tshirt group, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0