Kitaorang bercuti balik kampung dari 10/11 ke 18/11/2012….

Salam Cetak Baju & Salam bahagian semua hendaknya,

Ni nak bagitau ni….kitaorang suami isteri satu famili bercuti mulai 10/11/2012 ke 18/11/2012. So, pada sapa2 nak baju tu dalam waktu tu, saya nak mintak maaf banyak2. Tak dapat ditunaikan. Kalau nak lepas tu, Insya Allah.

Emel, tempahan pertanyaan dll semua berjalan cam biasa. Cuma nak siapkan baju je tak leh siapkan dalam tempoh tu.

So, harap korang faham2 le ye. Bukan apa, ramai gak yang nak urgent tu. Memang tak sempat sangat2. Kitaorang ada 2 tangan, 2 kaki & satu mulut je.

Lagipun nak rehat sikit. Kebelakangan ni tak putus2 order masuk. Nak bertenang sikit. Dah masuk balik nanti, baru semangat sikit nak siapkan order tu sebab yang dah menunggu pun dah menimbun dah.

So, hari ni cam biasa, macam2 cerita pasal tshirt yang orang order saya nak kongsi ngan korang.

Sebelum tu, nak tanya ni? Korang masih lagi mencari2 tempat nak print baju ke? Saya tahu ramai yang nak baju yang berkualiti tapi nak harga yang murah. Kalau korang jumpa yang macam tu, itu rezeki korang le sebab sesetengah peniaga printing macam kitaorang ni tak mampu nak bagi harga yang gila2 rendahnya sebab kami bukan kilang besar. Kami hanya peniaga sederhana yang mendapat tempias2 dari kilang je. Maknanya kalau kilang tak leh buat, kami sanggup buat, Insya Allah, dengan syarat2 tertentu.

Baru2 ni saya dapat offer untuk buat 100,000 lai tshirt & diaorang mintak harga RM1 ke RM2 selai. Memang nampak besar dia punya kuantiti tapi harga serendah tu, memang saya tak dapat bagi. Kalau buat kat negara China mungkin boleh kot.

So, apa yang saya boleh bagi, saya bagi & harga yang saya bagi tu pun memang berpatutan & berpadanan dengan kos & tenaga yang saya tanggung. Jadi, faham2 le ye.

Kalau tak, cuba survey2 dulu kat sini. Tengok apa yang kitaorang offer kat korang & cuba bandingkan dengan kedai lain. Pastu, pandai2 le buat keputusan nanti ye.

Cam biasa…macam2 jenis tempahan saya nak kongsi ngan korang hari ni. Antaranya….

cetak baju

Baju gambar katak tu. Macam2 idea budak2 ni. Mula2 hari tu, diaorang lukis atas kertas je, pastu saya buat balik dalam komputer untuk dapatkan gambar yang lebih sharp.

design baju kelas

Ini gambar baju belakang lak ni. Diaorang mintak buat 2 kaler. Kaler pink ngan hijau lime green. Apa2 pun saya kena tindih putih dulu sebelum tindih kaler lain tu untuk bagi naik dia punya kaler.

Baju hitam memang agak rumit sikit sebab kalau kaler sekali, kaler dia tenggelam dalam benang. Camane pun, base putih mesti ada.

contoh design baju kelas

design tshirt kelas

Selain daripada baju kelas, saya jugak banyak terima order untuk baju sukan. Ada satu Uitm kat Perak ni order baju tshirt roundneck untuk team sukan diaorang. Design dia simple je, 2 kaler tapi nice & sweet design dia. Cer tengok ni…..

baju sukan

Ini gambar dah lepas print 2 kaler tu. Cer tengok design sebelum print hitam tu.

baju sukan

Biasanya saya akan buat 2 blok printing kalau design camni. Satu kaler hitam & satu untuk kaler putih. Senang skit nak print. Satu lagi, customer akan bagi ukuran design siap supaya senang saya nak print. Tak yah le saya duk test banyak2 kali kat baju sebelum saya buat final printing.

baju sukan

baju sukancetak baju sukan

Ini antara gambar2 baju yang saya sempat upload untuk tatapan korang semua. Kalau diikutkan banyak gambar nak dipaparkan kat sini tapi nanti penuh sangat le pulak. Design dia sama je cam gambar kat atas ni.

Selain daripada tu, ada jugak customer yang nak mintak cetak atas apron. Biasanya yang mintak cetak atas apron ni, tokey kedai makan ataupun tokey gerai jual makanan kat pasar malam. Macam yang ini, tokey roti pita ngan kebab. Diaorang nak design gambar roti pita diprint atas apron tu…

cetak apron

Satu lai apron dengan print 2 kaler camni, saya tolak RM16 selai. Kalau banyak kaler printing, harga lain lak.

cetak apron
Kain dia pun cantik. Licin &  senang nak cetak. Kalau sape2 yang berkenan, bagitau je kitaorang. Nanti kitaorang printkan nanti.

Lagi tentang tempahan baju…..

baju sukan

Yang ini print simple je. 1 kaler kat lengan & kat dada. Semua customer bagi design tu. Saya just touch up sikit je untuk sesuaikan dengan printing.

cetak tshirt sukanbaju kelas

cetak tshirt

Camni le rupanya baju yang tengah kena dera tu. Satu kali print boleh muat 30 lai. Kalau 100 lai, maknanya dalam 3 ke 4 kali pusingan le nampaknya. Tapi kalau print 1 kaler, Insya Allah masih mampu disiapkan dengan cepat.

Ok..ini lak bukan cerita pasal baju tapi nak tunjuk kat korang bakat terpendam seorang pekerja cilik yang sedang berusaha & bertungkus lumus untuk melipat & memasukkan baju ke dalam plastik. Lihatlah kepada kesungguhan pekerja cilik ni…..

Main2 pulak pekerja cilik ni. Gigit telinga kang…baru tau. Sempat lagi berposing nampaknya walaupun kerja menimbun2.

Ini bukan penderaan ni. Memang dia sukarela nak buat tu. Jangan ada yang telefon polis lak. hehehehe…..Mana tahu satu hari nanti ganti mak ayah dia jadi bisneswoman cetak baju lak nanti. Tengok tu. Bukan main khusyuk & tawaduk anakku yang sorang ni buat kerja. Ini le Nik Nurain Syahirah…anakku yang bongsu, umur 4 tahun. Dia le harapan bangsa. Yang kakak ngan abang dia, mintak tolong baru buat.

Ok, takat ni dulu le korang.

Nak bagitau ni….kalau nak tanya soalan, jangan le guna komen kat bawah. Emel je soalan awak tu.

Kalau nak tanya harga…isi je form “Nak Tahu Harga Tak?” seperti kat bahagian atas nun, takpun emel, call atau sms je. Insya Allah, kami akan layan sebaik mungkin.

So….jumpa lagi korang….baiiiii……

About Nik

Saya adalah seorang peniaga TShirt bercetak yang aktif di kampung saya.

Posted on 02/11/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Umum and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink. Leave a comment.

Ada nak cakap apa2 ke?

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: