Kami kembali selepas cuti sakan seminggu & tempahan menimbun menunggu….
Hai kawan2,
Apa kabor korang? Kitaorang ni sihat2 sokmo sementelah balik dari bercuti seminggu balik kampung minggu lepas.
Walaupun kitaorang bercuti tapi kepala hotak ni tak berenti2 memikirkan pasal tempahan yang belum disiapkan lagi. Nasib baik le customer2 sebelum ni paham kedudukan kitaorang. Bukannya apa, nak rehat sikit tangan, kaki & kepala. Non stop bergerak sebelum2 ni.
Bila dah masuk balik kerja ni, tempahan sebelum2 ni sedang menunggu. So, apalagi pulun habis2an le nampaknya. Kang kalau tak siap on time, kena marah ngan customer lak kang.
Untuk pengetahuan korang, ada beberapa ratus lai sedang menunggu untuk dicetak. So, pada korang yang nak segera tu, saya mintak maaf awal2 le. Kalau nak pun, 2 ke 3 minggu lepas buat deposit, Insya Allah saya boleh usahakan. Satu lagi, kalau takat 1 kaler je print & kuantiti tak banyak, Insya Allah saya boleh buat cepat.
Cuma,kan…nak bgtau jelah ni. Bukan semua tempahan kitaorang boleh buat sebenarnya. Ada antara customer yang mintak print baju gambar original. Apa yang saya boleh katakan kat sini ialah kalau korang nak baju kain jersi warna putih, Insya Allah saya boleh buat…tapi kalau baju kaler gelap saya tak boleh buat. Cuba baca kat page Soalan Lazim kat atas nun untuk tengok apalagi tempahan yang kitaorang tak boleh buat.
Sekarang ni saya ada satu mesin heat press khas untuk baju jersi warna putih je. Untuk warna lain, saya memang tak boleh ambik. So, sape2 yang nak buat baju camtu, korang boleh emelkan design kat saya. Nanti saya bagi harga nanti.
Iklan berkenaan heat press ni saya akan buat dalam iklan akan datang. Tunggu ye…
Hari ni cam biasa2, saya akan kongsi ngan korang, macam2 citer pasal tempahan baju sebelum ni untuk korang rasa lebih konfiden untuk order ngan kitaorang.
Cerita 1
Ni baju kelas ni. 2 kaler depan & 2 kaler belakang. Baju cotton Enzo. Memang senang nak print. Kat bawah ni ada lagi…
Tau tak camane kitaorang print kalau 2 warna camni…Untuk 2 kaler ni saya buat 2 blok printing. 1 untuk kaler putih & satu untuk kaler pink. Kaler pink memang senang masuk ngan baju cotton. Tak payah buat base putih pun. So, cepat skit kalau nak print.
Cerita 2
Ini lak tshirt hari keluarga. Yang ini customer nak design kaler hijau pucuk pisang. Kalau baju hitam camni, saya kena tindih 2 kali. Biasanya saya akan buat base putih dulu, baru kaler hijau kat atas dia. Kalau tak kaler hijau tu akan tenggelam masuk dalam kain.
Depan belakang diaorang nak print. Itu terpulang kepada customer sendiri. Kitaorang ikut je. Design nak print, diaorang sendiri emelkan. Senang sikit le nak print. Kalau buat sendiri kang, takut tak puashati lak…betul tak?
Maknanya, kalau dapat design dari customer lagi mudah kitaorang nak print berbanding kalau kitaorang tolong carikan.
Ok…cerita 3 lak….
Kalau 1 kaler print camni, korang akan dapat harga lebih murah & lebih cepat. Kalau banyak kaler, kitaorang bukan tak leh buat…boleh sebenarnya tapi harga akan mahal skit & lambat skit le dapat. Kalau korang nak guna lewat skit, ok le. Yang nak cepat tu yang susah hati tu.
Ini le antara design baju kelas yang customer kitaorang tempah baru2 ni. Kalau korang berhajat jugak nak design camni, apalagi…kontek le kita orang.
Cerita last….
Ini salah satu design yang saya suka sangat nak print sebab kombinasi kaler putih ngan oren memang sesuai betul dengan baju kaler hitam.Nampak menyerlah kaler putih ngan oren tu. Design asal diaorang buat kat www.customink.com je, pastu saya touch up balik nak bagi cantik skit.
Sama gak ngan belakang. Memang cantik betul le. Bukan angkat bakul tapi memang cantik pun…heheheh. Sesuai ngan baju tu.
So, ini jelah cerita yang dapat saya kongsi ngan korang semua hari ni. Insya Allah, akan datang banyak lagi cerita yang akan saya kongsi ngan korang semua nanti.
Apa yang korang perlu tahu, semua kos pos dalam semenanjung Malaysia, saya yang tanggung, FREE je & untuk Sabah Sarawak, saya tanggung separuh. So, camane lagi korang nak cari servis baaeeekkk punya camtu.
Nanti kalau ada yang nak order baju, sudi2kanlah untuk isi form kat page Nak Tahu Harga Tak? kat bahagian atas nun & emelkan sekali design nak print untuk saya bagi harga nanti. Korang boleh jugak hantar emel, call atau sms. Mana2 je yang korang rasa sesuai ye.
So, jumpa lagi dilain hari…baiiiiii…..
Posted on 16/11/2012, in Baju Family Day, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, contoh design baju kelas, print, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, tshirt cetak, tshirt group, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0