Jujur dan amanah penting dalam bisnes online ni…….
Hai korang,
Jumpa lagi. Setiap minggu saya update cerita dalam blog ni. Bukannya apa…nak bagi korang konfiden skit, yang tuan punya blog ni masih hidup sebenarnya. Kalau tak di update selalu, nanti orang kata, betul ke tak blog ni. Macam hidup segan, mati tak mau je…betul tak?
Hari ni saya nak berkongsi ngan korang skit le pasal jujur & amanah dalam berbisnes ni. Bukan online je, offline pun camtu gak sebenarnya. Tapi sebab saya buat bisnes online, so nak berkongsi skit le pengalaman dengan bisnes online ni.
Buat bisnes online macam kitaorang ni, tahap jujur & amanah mestilah di tahap yang paling tinggi kalau nak bisnes kekal lama. Tahu tak sebab apa saya kata macam tu? Katakanlah, ada customer excited sangat nak order baju, dia terus buat bayaran penuh sedangkan dia baru kenal pemilik bisnes tu….kalau jenis yang tak amanah, dapat duit terus je lari.
Jenis yang macam tu le yang boleh melingkupkan bisnes cepat & orang camtu le yang buat imej buruk kat bisnes online lain yang jujur.
Macam saya kan….bukan saya nak puji diri sendiri tapi nak bagi pengajaran kat orang lain yang buat bisnes online le, kalau saya terima duit dari customer, saya akan pastikan baju di order segera supaya duit tu memang betul2 digunakan untuk beli baju. Saya juga akan pastikan maklumat selalu diberi kepada customer tentang baju tu samada melalui emel atau sms. Kalau diaorang tanya je, mesti jawab cepat2 sebab berdasarkan pengalaman saya sendiri, kalau dah beli barang & duit dah bagi, pastu jurujual tu buat senyap je, saya pun susah hati.
So, saya ambik pendekatan camtu. Kalau customer tanya je, mesti jawab cepat. Kalau tak diaorang akan susah hati. Kang diaorang ingat kita tipu ke, lari ke….betul tak?
Dengan customer, kita kena jaga betul2 sebab saya sendiri pun kalau deal dengan orang lain, saya nak diaorang jujur ngan saya. (Sape nak kena tipu, ye tak?)
Kalau kita jujur & amanah ni, bukan je rezeki kita murah tapi hati pun tenang. Kalau menipu, bila masa nak hati tenang.
Ada satu kali hari tu, ada satu customer tu dah buat payment tapi ada masalah teknikal skit, so dia tak jadi order & mintak balik duit. Masalah tu pun memang tahap serius jugak. So, saya kena pulangkanlah balik duit dia walaupun baju kosong dah order 100 lai. Nak buat camane? Dah kena pulangkan, pulangkan le. Kalau simpan, tak bagi balik..tu yang jadi tak jujur & tak amanah tu. Baju kosong tu, pandai2 le saya jual nanti.
So, kesimpulannya kepada bakal customer saya, sape2 yang jual barang online & korang semua….bersikap jujur & amanahlah. Tak rugi sebenarnya sebab dengan jujur & amanahlah, bisnes kita kekal lama & customer sedia ada akan terus order dengan kita sebab tahu kita macamana.
Setakat ini, dah 2 tahun bisnes dalam online bermacam2 dugaan saya tempuh tapi Insya Allah, jujur & amanah akan dipegang kuat, bukan sahaja untuk didunia sini tapi juga didunia sana nanti.
Hmmmm….hari ni saya nak sembang ngan korang tentang baju yang dah diorder sebelum ni. Cer tengok…
Haaa…memandangkan cuti sekolah ni, bertalu2 orang berkahwin, so ni nak cerita kat korang pasal baju kawin ni.
Customer ni bukan orang lain gak….sepupu sepapat sendiri. Diaorang order baju ni hari tu. Kebetulan saya balik kampung, so bila dah siap, bawak le sekali balik.
Print senang je. Depan belakang kaler hitam. Baju Oren Sport, sea blue.
Kamera problem…so, ambik gambar guna tablet je. Tu yang nak kabur je tu.
So, sape2 yang nak order baju kawin atau rewang, dialu2kanlah…sekarang ni dah banyak free dah. Nak buat segera, 1 kaler, Insya Allah.
Ni lagi citer pasal tempahan tu…..
Baju ni pun sempoi je. Depan 1 kaler & belakang pun 1 kaler. Yang lambat skit, time nak buat design dia. Tu yang lambat tu. Dah siap, cepat je print.
Ni ada lagi cerita pasal baju tu…..
Ni baju ni dari Kelantan ni. 1 kaler depan belakang. Design diaorang buat sendiri kat Customink.com, pastu saya akan buat balik dalam Illustrator untuk printing.
Apa yang penting, saya perlu tahu font & kat mana nak ambik design tu je. Dapat tu semua, Insya Allah cepat print.
1 kaler, depan belakang. Kalau camni, memang cepat buat.
Ok…nanti ada beberapa cerita lagi menyusul iaitu pasal tshirt murah, Katalog Arorasport & servis heat press.
Kalau sape2 nak tahu cerita lanjut lagi, apakata korang klik button Follow kat blog saya kat bawah ni. Nanti kalau saya update je cerita, terus automatik masuk kat emel korang nanti.
So, takat ni dulu. Cam biasa2….isi form kat page Nak Tahu Harga Tak? kat bahagian atas nun, sms, emel atau call terus kalau nak tahu lebih lanjut.
Jumpa lagi semua, baiiiii……
Posted on 23/11/2012, in Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kerja Kawin @ Rewang, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, printing tshirt, t shirt rewang, tshirt kahwin, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0