Katalog CHANGE…satu lagi brand baju yang kitaorang offer!
Hai & Salam Cetak Baju semua,
Buat apa tu? Harap korang sihat2 le selalu hendaknya. Bagi korang yang masih mencari2 kat mana nak order baju tshirt korang, apakata berenti jap kat blog kitaorang ni & survey le skit apa yang kitaorang boleh offer.
Haaa….ni nak bagitau ni, bagi yang dah biasa ngan blog kitaorang, selain daripada TShirt murah yang kitaorang boleh offer, ada satu lagi brand baju baru ala2 Oren Sport gitu. Nama brand baju ni CHANGE. Mesti korang tak pernah dengar kan tapi baru pagi ni (7/12/2012), ada wakil supplier baju tu jumpa saya untuk promote baju dia.
So, untuk pengetahuan korang, hari ni saya dah start jual baju tu dengan harga PROMOSI.
Kain dia, memang cantik & sesuai untuk semua lapisan umur. Cuba korang klik kat logo bawah ni untuk tengok detail katalog baju tu.
Ini antara stail2 baju yang diaorang offer.
Ini sebahagian je ni. Kalau nak tengok detail lagi, klik kat page “KATALOG CHANGE” Â kata atas nun. Ada macam2 design menarik lagi yang saya belum masukkan. Nanti korang tengok & buat pilihan le mana satu idaman hati.
#SAYA GERENTI KORANG MESTI SAAAAAANGAT PUAS HATI DENGAN KUALITI BAJU NI SEBAB IANYA ADALAH KUALITI YANG SAMA DENGAN ENZO & OREN SPORT.
So, tunggu apalagi. Pilihan sekarang ni kat tangan korang sendiri base on bajet masing2.
Saya ada sediakan macam2 jenis baju + printing untuk korang. Insya Allah, korang pasti puashati nanti.
Ini harga promosi ni sampai hujung tahun 2012 ni tapi tak tahu lagi…kalau saya ubah fikiran, saya bagitahu balik nanti ye.
Jadi, rebutlah peluang ni sementara harga masih rendah ni. Dah naik nanti, lari lak bajet korang nanti.
Ok……cam biasa. Kalau tak kongsi ngan korang pasal cerita baju yang kitaorang terima tempahan sebelum ni memang tak sah. Cuba tengok cerita2 ni…..
Yang ini print dia biasa je tapi customer tu nak suruh print atas baju kaler lain2. Untuk budak2 time kem ibadah ni. Bawah ada lagi gambar baju2 tu…
Ni untuk budak2 semua ni. Tu yang macam2 kaler ada tu. Simple but nice.Biasanya kalau nak print kena saiz A4 je ni. Kalau buat saiz A3, konfem tak muat sebab besar design dia.
Meriah betul kaler dia. Budak2 mesti suka punya….
Cerita kedua lak….
Satu lagi, tshirt running man. Suka betul customer kitaorang buat gambar running man ni. Dah berapa orang dah mintak buat design running man. Kalau sape2 tak tahu sape running man tu, dia sebenarnya comedian Korea. Kalau buat kaler hitam camni, harga dia lagi murah kalau buat banyak kaler sebab saya guna dye & bukan heat press. Kalau banyak kaler, heat press cantik tapi setakat ni, baju jersi putih je saya boleh buat heat press. Â Baju cotton ngan jersi, tak sanggup sebab kertas dia saya tak ada.
Kalau diikutkan banyak dapat order baju ni tapi lupa nak ambik gambar time printing. Dah nak bungkus & pos baru teringat nak ambik gambar. Korang yang rasa2 nak buat gambar camni pun, kontek le kitaorang. In Sha Allah, kitaorang buatkan ye.
Lagi citer apa lagi….
Baju yang ni saya suka sebab design dia cantik. Kaler hitam tu menyerlah naik kalau dengan baju oren. Design tu customer sendiri buat dalam Photoshop, pastu diaorang terus emel kat saya. Tak yah nak touch up apa2 lagi. Dapat kat saya terus print out & terus buat blok printing. Jimat masa skit.
Memandangkan hari ni nak masukkan banyak skit cerita pasal printing tu, so gambar yang saya paparkan pun tak banyak. Yang penting korang konfiden dengan hasil tangan kitaorang.
Last sekali….
Ini lak baju KEMAS. Logo depan saje saya kena buat 3 kali tindih. Mula2 putih, biru pastu last sekali merah untuk tulisan.
Walaupun nampak macam mudah tapi ambik masa jugak nak print sebab nak kena tunggu kering dulu satu step, baru saya tindih kaler lain lak. Selagi tak kering, tak boleh tindih sebab nanti kaler tu akan rosak.
So, bawah ni step2 by step design tu saya buat…
Nampak tak camane saya print baju tu. Ini guna dye ni. 1 kaler, 1 blok printing. Dah kering, baru boleh tindih. So, saya cerita ni nak bagi korang nampak skit le step2 dalam printing ni. Faham kan?
Kat lengan lak ada print nama masing2 cam gambar bawah ni. Simple. 1 kaler jer. Semua sekali dalam 69 lai guna baju Enzo yang lengan kaler lain, baju kaler lain. Cer cek katalog Enzo kat baju TC kalau nak tengok contoh.
Ok…takat ni dulu le nampaknya. Sekarang ni emel & order dah bertalu2 masuk. Jadi, kena ambik masa skit untuk upload cerita dalam blog ni. Cerita kena update tiap2 minggu gak sebenarnya sebab kalau tak update, nanti korang kata macam dah tak jalan je bisnes brader ni. Betul tak?
So, cam biasa….korang survey le dulu katalog2 yang kitaorang offer kat atas. Yang paling latest, katalog Change…katalog ni memang kita suggest untuk korang order sebab ini company baru ni. Diaorang tengah bagi offer. Saya pun bagi offer gak kat korang. Kain dia saya dah tengok. Memang cantik & berkualiti. Macam baju Oren Sport & Enzo.
Nanti kalau nak order, korang isi je form kat page ” Nak Tahu Harga Tak?”, emel kat adminkomisen@gmail.com, call atau sms je kitaorang. In Sha Allah, kitaorang layan sebaik mungkin. Cuma kalau nak order baju tu, toloooooong le jangan guna bahagian komen2 kat bawah sebab susah nak jawab. Guna je emel. Lagi senang sebab tiap2 hari saya buka emel.
So….setakat tu dulu le ye. Jumpa lagi dilain masa. Baaiiii…….
Posted on 10/12/2012, in Baju Company, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju murah, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak tshirt, print baju, t shirt group, t shirt kumpulan, tshirt group, tshirt online. Bookmark the permalink. Leave a comment.
Leave a comment
Comments 0