Designkan baju korang & biar kitaorang cetakkan…..
Hai, hai, hai…..
Pekabo korang? Jumpa lagi kita….Alhamdulillah, syukur sebab kita masih hidup sampai sekarang ni & Tuhan masih bagi nyawa lagi kat kita, ye tak.
Hari ni kan, saya nak kongsi beberapa benda le ngan korang….
Pertamanya, berkenaan budi bahasa dalam bisnes online.
Kalau diikutkan kat mana2 je budi bahasa kita tu penting. Tak kiralah korang kat dalam bas ke, kat sekolah ke, kat supermarket ke atau kat muzium ke. Tapi kali ni saya nak kongsi ngan korang tentang budi bahasa dalam bisnes online.
Semenjak tahun 2010 saya buat bisnes ni, macam2 jenis manusia saya jumpa (maksud saya jumpa melalui emel, call atau sms). Macam2 stail ada customer ni. Ada yang penggunaan bahasa baik, ok & senang nak paham. Ada yang tulis agak kasar skit & ada gak yang biasa2 je.
Bagi saya, penggunaan bahasa dalam emel atau sms (selain call) sangat penting sebab ianya akan menunjukkan bagaimana sifat & sikap kita sebenarnya.
Macam saya sendiri, saya lebih suka banyakkan minta maaf, kalau saya tak dapat tunaikan permintaan customer. Cuba korang bezakan ayat kat bawah ni kalau tak ada perkataan “Minta maaf” tu :
Saya memang tak boleh buat baju tu. Korang cari le tempat lain.
ataupun ;
Mintak maaf ye, Nurul sebab saya tak dapat buat baju yang awak nak tu. Apakata awak cuba carikan dulu kat tempat lain ye. Nanti apa2 hal bagitau saya balik ye.
Nampak tak beza, kalau guna “Minta maaf” dengan tak.
Orang akan nampak peribadi kita dengan penggunaan bahasa tu. Saya cerita ni bukannya apa, sebab ada kadang2 tu, bukannya semua, ada yang emel dengan bahasa yang agak kasar skit. Macam bagi arahan lak. Kalau korang ditempat saya, mesti korang rasa macam tak nak jawab je orang camni kan. Tapi nak buat camane, oleh sebab saya buat bisnes online. Semua le saya kena jawab.
Setakat ni, rasa saya le, satu emel pun yang tak berjawab. Semuanya berjawab. Cuma kalau sape2 yang tanya dalam bahagian Comment kat bahagian bawah setiap artikel tu, susah skit le nak jawab kat situ. Kalau emel, memang konfem saya jawab. Satu lagi, walaupun saya dah jawab, customer je yang tak jawab balik. Dah jumpa tempat lain kot…hehehehe.
Ok…itu bab Budi Bahasa dalam bisnes online. Satu lagi, berkenaan design korang yang korang nak print tu.
Korang jangan susah hati sangat kalau tak tahu nak buat design. Saya dah sediakan tempat dah untuk buat design tu. Gunakan Customink.com. Ini website orang putih sebenarnya ni tapi saya gunakan untuk mudahkan korang buat design sendiri nanti. Bila dah siap2 buat, pastu Send design tu kat emel saya nanti untuk saya ambik gambar & jenis font kat situ.
Kalau korang nak font sendiri, boleh gak…korang boleh cari kat www.1001fonts.com, www.dafonts.com dan macam2 lagi. Takpun, search sendiri kat Google. Taip FREE FONT. Bersepah2 kat situ.
Ok…harap2 korang paham le dengan apa yang saya nak sampaikan ni ye.
So, cam biasa2. Apalagi…cerita pasal baju tempahan kitaorang le. Tempahan pertama…
Ini gambar asal yang customer saya bagi. Dalam bentuk Jpeg. Dia ada hantar sekali design dalam Photoshop untuk mudahkan saya print baju tu termasuk jenis font sekali. Bila di bagi semua design tu, senang le saya nak print nanti Cer tengok hasilnya dibawah….
Hah…ini hasilnya untuk bahagian depan. 2 kaler tu. Merah ngan putih. Untuk merah tu, saya kena buat base putih dulu baru naik kaler dia.
Ini lak bahagian belakang. 1 kaler je saiz setengah A4 kat betul2 bahagian belakang kolar baju.
Ini gambar2 sedang dijemur. Kalau tak jemur & tak kering, nanti kalau basuh takut tertanggal nanti. Setakat ni tak ada lagi yang komplen kaler tanggal sebab dye dia masuk terus dalam benang tu.
Cerita kedua….
Yang ini kan….customer saya lukis tangan je, draf atas kertas pastu scan bagi kat saya. Rasanya dia tak sempat nak lukis dalam komputer rasanya. Kalau camni saya akan caj skit. Biasanya saya akan serap dalam harga baju sekali kos design tu.
Pastu, saya buat balik dalam komputer guna Adobe Illustrator, bagi dia tengok dulu sebelum boleh start print. Hasilnya seperti dibawah ni….
Ini le hasilnya. Pastu bila customer dah setuju, saya akan terus print kat atas baju cam kat bawah ni.
Ini le hasilnya. Depan belakang saya guna blok saiz A3. Nama kat depan & gambar katak ijau kat belakang. Memang naik kaler dia kan…suka hati betul diaorang dapat baju tu hari tu.
Ada lagi cerita pasal tempahan baju tu. Ini cerita pasal baju kawin lak. Asalnya customer hantar gambar cam kat bawah ni…
Ni baju rewang ni. Simple je. Yang kartun tu saya suggest buat outline hitam je kalau nak jimat bajet. Gambar kawah depan tu, dia ambik dalam blog saya je. Senang skit saya nak print. So, hasilnya….
Tak banyak lai pun, 6 lai je tapi cantik gak kartun dia. Simple je.
So, kalau korang nak order jugak, apalagi…kontek le kitaorang. Paling senang nak tahu harga, klik kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun & isi borang kat situ. Takpun korang boleh call, emel atau sms je. Terpulang pada korang mana yang lebih selesa.
Kalau korang nak baca macam2 cerita pasal tempahan baju yang kitaorang terima, korang baca le artikel2 yang kitaorang dah buat sebelum2 ni. Memang best kalau baca cerita2 tu. Mesti korang excited punya.
Satu lagi nak bagitau…kalau saya tak jawab emel korang dalam masa 24 jam, korang sms je saya ye. Pastu, kalau saya dah jawab tu, kalau boleh bagi le jawapan balik ye. Kalau tak jadi pun, tolong le bagitau ye. Tak de lah kitaorang ternanti2 nanti.
So…jumpa lagi korang, Assalamualaikum & baiiiii…….
Posted on 18/12/2012, in Baju Company, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju Kelas, Baju Kerja Kawin @ Rewang and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju kelas, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak t shirt, cetak tshirt, cetak tshirt kartun, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt group, t shirt kumpulan, t shirt murah, t shirt rewang, tshirt cetak, tshirt group, tshirt kawin, tshirt murah, tshirt online. Bookmark the permalink. 1 Comment.
Haha.. bangga tshirt kelas kiteorang tu… cantik sangat 😀 terima kasih