2013 dah…apa benda baru yang kitaorang offer?
Hai, hai, hai & Selamat Tahun Baru 2013 pada korang semua,
Tahun 2012 dah nak berlabuh & 2013 lak menjelang. Kalau diikutkan dah hampir, 1 tahun setengah mulai Jun, 2011 lagi kitaorang atas online ni.
Untuk pengetahuan korang jugak, setakat ni dah hampir 300,000 orang dah melawat blog kitaorang. Rasanya satu pencapaian yang hebat jugaklah tu, Alhamdulillah. Syukur pada Allah.
So, apa yang kitaorang nak offer kat korang untuk tahun 2013 ni?
Cer baca ni…..
1. PRINT JENIS HEAT PRESS
Pada korang yang tak tahu apa itu Heat Press, cuba tengok gambar kat bawah ni.
Ini namanya mesin heat press ataupun mesin panas tekan….hehehehe. Macamana saya print baju korang kalau guna heat press ni?
Cer tengok flow bagaimana saya print baju korang tu kalau guna heat press ni.
Ini le flow bagaimana kitaorang print baju korang kalau guna heat press tu. Heat press kena guna mesin & kertas special.
Gambar diatas termasuklah pekerja kerahan kitaorang…heheheh. Kitaorang upah nasi ayam je sorang sebungkus ni. Yang kecik tu tambah susu sebotol. Senyap le diaorang tu nanti….hehehe.
Berbeza dengan printing guna dye kerana printing heat press ni korang boleh print gambar original termasuk yang banyak kaler sekalipun kat atas baju tu.
Cuba tengok beza kalau guna dye atau silkscreen seperti yang kitaorang buat sebelum ni….
Print silkscreen guna manual. Guna tangan je. Tu yang letih skit kalau print silkscreen tu.
TAPI…..ADA TAPI JUGAK…BUKAN SEMUA JENIS BAJU BOLEH GUNA HEAT PRESS KITAORANG NI. HANYA BAJU2 BERIKUT JE BOLEH GUNA HEAT PRESS NI…..
1. BAJU KAIN JERSI WARNA PUTIH ATAU CERAH SAHAJA….DIULANGI!!!! HANYA KAIN JERSI WARNA PUTIH ATAU CERAH SAHAJA. KAIN COTTON KAMI TAK BOLEH BUAT.
# JERSI WARNA PUTIH ATAU CERAH SAHAJA
# KAIN COTTON
So, fahamkan……..hanya kain jersi putih atau cerah je yang saya boleh buat camtu. Tapi kalau dapat buat baju camtu, memang cantik sebab boleh print gambar original sekali.
2. Saya jugak dalam proses untuk buat blog SPECIAL untuk baju kelas sahaja. Blog tu masih dalam proses. Tak sempat nak update lagi. Kalau korang2 saje nak tengok blog tu, cer klik kat sini kat www.cetakbajukelas.com.
Untuk blog cetakbajukelas.com ni, saya akan bagi peluang kat korang yang kreatif kat luar sana untuk sama2 buat duit dengan design baju masing2. Lagi satu, tujuan saya buat blog tu adalah untuk sape2 je yang nak buat baju kelas, senang nak cari idea untuk buat baju kelas korang.
So, kalau nak tahu bila kitaorang nak launch blog tu, follow je blog mohcetakbaju.com kitaorang nanti.
3. Kitaorang dalam proses nak update balik harga baju Oren Sport. So, nantikanlah senarai baru tshirt Oren Sport tu ye.
4. Kitaorang jugak akan update balik Katalog Arorasport siap ngan harga sekali nanti. Pada korang yang nak cari baju jersi, kat Katalog Arorasport tu banyak pilihan.
So…..cam biasa. Kalau nak cerita pasal tempahan baju memang tak sah punya. Apa cerita hari ni?
Ok…kalau ikutkan customer emel gambar cam kat bawah ni…
Pastu, ini hasilnya…..
Baju kaler putih cotton. So, agak mudah skit nak print. Tak perlu base putih dulu. Terus je print atas baju tu. Cuma bahagian belakang tu kena tindih 2 kaler. Mula2 merah. Pastu hitam supaya sama ngan design yang diaorang bagi tu.
Kalau ikutkan tarikh tu, hari ni diaorang berkonvoi tu. So, nanti kalau sempat saya mintak diaorang emelkan gambar konvoi tu nanti untuk tatapan korang semua.
Ok…ini lak cerita satu lagi pasal cetak guna mesin heat press. Memandangkan banyak gak kaler nak print, so saya suggest guna heat press je. Kalau guna silkscreen, konfem mahal & susah skit nak buat. Cer tengok camane kitaorang print baju tu.
Ini lah hasilnya. Design tu sebenarnya saiz A3. Memandangkan saya tak ada kertas stiker tu yang saiz A3, so saya gabungkan 2 kertas A4 untuk buat design besar camtu. Belakang ada jugak. Heat press jugak. Cer tengok gambar ni.
Ni gambar En.Zul tengah pakai baju tu…seronok betul En.Zul bila terima baju tu.
Selain daripada tu, ada banyak jugak customer yang nak buat baju kelas tapi siap ada nombor jersi kat belakang. Macam customer sorang ni….
Sebelum tu cuba baca apa kata dia tentang baju tu….
Nama: Syaza Nurhanas bt. Mat Seman
Alamat Emel: cazapirlorh@gmail.com
Komen/Teguran/Pesanan Untuk Kami: -Cepat,pantas & efisyen. Hehe
-Admin friendly.
-Jujur.
-Takde ape dah nak cakap sebab sy memang puas hati 🙂
Tq Syaza atas komen jujur awak tu. Saya harap korang semua pun akan mendapat layanan first class kitaorang gak nanti ye.
Baju ni senang je design dia. Diaorang guna Customink.com je seperti yang saya cadang kat korang kat page “Buat Design Sendiri” kat atas nun. Simple je. Cuma dengan syarat, bila dah buat design tu send je gambar tu kat kitaorang nanti.
Gambar kartun & jenis tulisan semuanya customer pilih dalam Customink.com tu. Saya cuma transfer ke baju je.
Hari ni nampaknya semua cerita pasal baju warna putih je. Kebetulan tu. Kalau ikutkan banyak lagi nak cerita kat sini tapi kalau panjang2 sangatkan, boring lak. Cerita lain tu kitaorang simpan untuk artikel akan datang nanti.
So….pada sape2 yang nak baju atau tshirt untuk apa sahaja aktiviti korang, silakanlah isi form kat page “Nak Tahu Harga Tak?” kat bahagian atas nun atau emel, call atau sms kitaorang.
Kalau boleh…jangan le order melalui komen2 dibawah ni. Susah nak menjawab.
Ok…jumpa lagi korang. INGAT!!!!KALAU NAK TAHU PERKEMBANGAN CERITA KITAORANG, SELALU2 LE LAWAT BLOG KITAORANG NI YE….
Baiiiiii……
Posted on 31/12/2012, in Baju Company, Baju Group, Kumpulan @ Pertubuhan, Baju jersi, Baju Kelas, Umum and tagged baju cetak, baju cetak online, baju group, baju jersi, baju kelas, baju keluarga, baju sukan, baju syarikat, cetak, cetak baju, cetak jersi, cetak t shirt, cetak tshirt, cetak tshirt kartun, contoh design baju kelas, print baju, printing baju, printing tshirt, t shirt kumpulan, t shirt murah, tshirt group, tshirt online. Bookmark the permalink. 2 Comments.
bangga eh tgok baju honda tu..hihii
Tq…kembang semangkuk jugak.